Thursday, October 31, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 30 OKTOBER 2013 DI TEMPLER PARK COUNTRY CLUB

 
 Permainan mingguan kita untuk 30 Okt telah ditetapkan di Templer Park Country Club atau Templer Park Jepun. Ada 2 course di situ. Satu Diurus oleh Jepun dan satu lagi oleh Perangsang Selangor. Yang jelas ialah Bukit Takun. Satu outcrop yang besar dan tinggi. Macam macam cerita berkaitan bukit ni.
Package kita RM 152.80. Package golf termasuk green fee, satu caddy untuk satu flight, insurance, govt tax, hadiah, breakfast dan lunch. Mengikut SMS dari Convenor, ada 10 flight. Sebenar nya ada 11 flights. 44 peserta. Ramai tu. Mungkin kerana tempat baru bagi kami dan juga pertandingan SEBESTRO (SetiakawanGolf Besta Trophy) akan di adakan di sini pada 13 Nov nanti.
Nak sampai ke tempat ni kena menilai dulu. Kalau ikut PLUS Highway melalui Rawang, kena masuk jalan lama melalui pecan Rawang. Pagi pagi memang sesak. Cara terbaik ikut Jalan Kuching, Jalan Ipoh, melalui  Selayang ke utara. Lebih licin perjalanan.
Kelab sedang renovate. Berterabur sikit di Bag Drop.

 Parkir jauh sikit.

Kena naik bukit lak. Grup kita hampir kesemua silver haired, mencungap cungap. Mengikut cerita ada buggy shuttle, tapi tak kelihatan. Setelah mendaftar diri dan membayar yang patut, kita ke Changing Room.

 Sedang renovate jugak. Lampu 2 je. Kurang cahaya. Pas tu kita ke Dewan Makan. Breakfast. Hidangan nya baik sekali.



 Di tempat mula, kelihatan buggy untuk satu flight. Besar dari biasa.
 
 Satu caddy. Dalam jam 0800 kita ke tee box masing masing. 4 Point Start. Dari 4 tee box lah tu.


 


Flight saya dari Tee Box 14.
Selesai bergambar yang patut, kita pun tee off.
Jumlah jarak 6, 343 meter. Staffield sejauh 6,305 meter, Nilai Springs 6,099 meter dan Tasik Puteri 5892 meter je. Templer ni yang terjauh. Cuaca terang. Bahang.
 Buggy atas buggy track je. Caddy sorang jaga 4. Kekok kita. Banyak lah berjalan. Terjelir lidah.

 
 Kita selesai dalam jam 1.00. Bermandi, berkemas dan kita ke Dewan Makan yang disedia khas untuk grup kita. Makanan memang baik.

 
 Amat menyelerakan Potato salad, lettuce salad dan coleslaw pun ada. Roast beef pun dihidangkan. Really a good lunch spread.
 
Selesai makan, acara penyampaian hadiah.
Tahniah kepada Bomanaf yang menjadi champion kali ni. Tahniah juga kepada Tan Sri Nik Ismail sebagai Deputy Champion
 dan Mej Rustam Ramli sebagai Assistant Deputy Champion.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:
 


Permainan hari tu juga permainan Monthly Medal kita. Pemenang nya ialah:

Dalam acara tersebut, kita juga mengenalkan kepada 2 member baru. Mej Rusmi
 
dan Hj Mohd Razi.
 
Bersekali kita menyampaikan Piala Setiakawan International Masters kepada pemenang nya Kol Abdullah Khir Saidi.
 Beliau telah memenangi nya semasa SIM di Pattaya pada 29 Sep hinnga 03 Oktober yang lepas. Tahniah Kol Dollah. Dia ialah pemenang Piala SIM yang ke8.
Diadakan juga kutipan derma bagi Rumah Anak Yatim di Kuang. Masaalah rumah ini telah disiasat oleh Dato Malek Shahar dan Dato Khalid Saad. Didapati masaalah yang disebar melalui What App adalah benar. Jumlah di kutip pada hari tu ialah 1,415.00. Kita ucapkan terima kasih kepada semua yang bermurah hati menyumbang. Satu permainan golf amal akan di adakan di Rahman Putera Golf Club pada xx Nov ini untuk meneruskan usaha yang murni. Semua di jemput hadir dan kalau hendak menghulurkan sumbangan berhubung dengan Dato Malek Shahar , Dato Khalid Saad atau Dato Hashim Yahaya .
Jawatankuasa telah mesyuarat selepas tu untuk berbincang beberapa perkara lagi
Salam.




Thursday, October 24, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 23 OKTOBER 2013 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT – CAREY ISLAND



 


 Lepas terima mail baru sedar permainan mingguan kita kali ni bersekali dengan SMM atau SetiakawanGolf Monthly Medal. Makna nya 3 orang akan tersenarai sebagai medal winners dala A, B dan C Medal. Ini untuk bertanding Piala Sardon Kaprawi pada penghujung tahun depan.
Nak ngelak trafik, berlepas awal. Jam 0730 dah sampai. Tak nampak member lain. Ingatkan salah tempat. Kejap lagi dah ramai dah. Seramai 27 pserta kali ni.

Package kita untuk green fee, buggy, lunch, insurance dan bullseye (optional). Kesemua RM 180 untuk Senior Citizen dan RM 190 untuk Junior Citizen. Ada xx flight. Tee off dari 2 tee box. Satu dan 10.




Cuaca elok, course baik.
 


 Kelihatan pembinaan masih diteruskan.

 Di jangka tak lama lagi banyak lagi penghujung kesini untuk bersantai.
Total jarak hanya 5594 meter. Kepada handicap rendah, second shot dah pakai short iron. Ancaman hanya dari kolam. Direction tak betul masuk lah kolam. Lemah semangat bila bola kita tuju ke air. Dah lah ada penalty stroke, bola kadang kadang tak boleh di ambil.
Jam 1245 kita dah selesai. Berkemas dan bersiap untuk lunch di ruang cafeteria. Simple je.

 Nasi, kari ayam, sayur dengan tahu, telur macam salad dan air sirap. OK tu.
Selesai makan, pemberian hadiah. Pemenang nya saperti di pamirkan:

Tahniah kepada Kol Amran kerana menjadi champion.

 Tahniah juga kepada Kol Abdulah Khir Saidi sebagai Deputy Champion

 dan Hj Malek Hormat sebagai Assistant Deputy Champion.
Seramai 13 orang dapat hadiah.

 

 
 
AJK mengadakan mesyuarat setelah selesai pembahgian hadiah. Antara di bincang ialah Tournament Setiakawan 36. SetiakawanGolf BESTA Trophy. SEBESTRO. Satu piala baru. Yang ke9 dalam senarai piala piala SetiakawanGolf. Disumbangkan oleh Dato Jasmay Shah.Format pertandingan telah di bincangkan.Pertandingan akan di adakan pada 13 November 2013. Kelayakan – otomatik bagi ahli biasa tapi bagi ahli kasual – mesti dah bermain sekurang kurang nya 8 kali dalam WO kita. Cerita lanjut berkenaan piala ni akan di maklumkan kemudian.
Kita selesai dalam jam 2.30. Tengah jalan berenti di gerai jual ikan.

Tak banyak tinggal. Dah bawak ice chest beli juga. Ketam dan udang. Kena RM 50. Tak pasti mahal ke murah. Sehinga minggu depan.
Salam.