Thursday, June 6, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF BERSAMA RETIRED MALAYSIAN NAVY OFFICERS’ ASSOCIATION DI STAFFIELD COUNTRY RESORT PADA O5 JUN 2013



Permainan Setiakawan bagi minggu ni ada berlainan sadikit. Kali ni kita bermain bersekali dengan Retired Malaysian Navy Officers’ Association atau RMNOA. Perkumpulan ini ialah pegawai pegawai Tentera Laut yang telah bersara. Rancangan ni hasil dari perbincangan antara wakil mereka dengan AJK kita. Kita bertsetuju mengadakan nya pada hari tu di Staffield. Permainan kita tu bukan lah pertandingan tetapi ‘Kekawanan’. Cuma kita bermain sekali dan keputusan mengikut perkumpulan masing masing. Kalau ada pertandingan pun sesama flight. Friendly wager je. Itu pun tak banyak. Masih mengukur jarak lagi.  Pada hari tu seramai 64 orang menyertai. Setiakawan 44 dan RMNOA 20 orang. Semasa sarapan pagi tu kelihatan kemesraan yang wujud antara kita terutama antara bekas bekas pegawai tentera.
 
 

Mereka saling mengenali semasa berkhidmat dulu. Ini merupakan kali pertama and it’s a good start.
 

Pada jam 0745 kita adakan sessi bergambar ramai,

 
dituruti dengan penerangan tentang permainan kita oleh Vice Captain Dato Tairobi

dan diikuti oleh bacaan doa selamat yang diketuai oleh Dato Hashim Yahaya.
 

Selesai bergambar semua peserta ke buggy masing masing. Kita bermula secara shotgun start, jadi semua ke tee box masing masing. Pada jam 0815 siren pun berbunyi tanda mula permainan.

Cuaca cerah dan tenang tapi takde angin.
 
Rasa lah bahang. Kita bermain di Western dan Southern nines.
 

 Course ni kita biasa tapi pukul kesana sini juga. Itu saya dan flight saya.
 
Yang nampak kukuh sikit Hj Jamaluddin Rahman.

 Member 2 lagi tu datang dari Melaka turut serta. Hj Jaafar


dan Hj Musa.
DiLubang 17 Southern Nine par 3, ada kolam lak. Semua masuk air.


 

Kita selesai dalam jam 12.30. Selesai bermandi dan mengemas diri, kita ke Peppers untuk makan tengah hari dan acara penyampaian hadiah. Majlis bermula dengan President SetiakawanGolf menyampaikan ucapan. Beliau sempat mempelawa ahli ahli RMNOA menyertai Weekly Outings kita. Ini diikuti dengan ucapan oleh Timbalan President RMNOA Dato Gunaselan. Beliau mengucapkan terima kasih da nada menyatakan akan menuruti inauguraul match ni dengan yang kedua. Acara pembahgian hadiah lak dijemput Dato Gunaselan menyampaikan kepada pemenang Setiakawan dan Dato Ghani lak menyampaikan hadiah kepada pemenang RMNOA.
Keputusan Permainan Mingguan Setiakawn pada 05 Jun 2013 saperti dipamirkan:
Keputusan bagi peserta dari RMNOA saperti di pamirkan:
 
 
 


Selesai acara, kita telah bersalaman tanda mengeratkan lagi tali persahabatan dan masing masing bertekad untuk menuruti permainan sedemikian dimasa akan datang.
Salam.

No comments:

Post a Comment