Sekali lagi SetiakawanGolf gi ke Amverton Cove Golf & Island Resort di Pulau Carey. Nak sebut Amverton pun terkedu lidah. Macam macam sebutan. Ada yang kata nama England. Selidik juga sikit. Tempat ni di bangunkan oleh A&M Realty. Banyak rupa nya nama Amverton ni. Di Puchong, Bukit Rimau dan di Bukit Kemuning, semua ada Amverton Park. Rumah nya juta juta. Kebanyakkan reka bentuk ‘Australian Design’. Dari Ostolia kot.
Anyway. Masa dulu saya ikut jalan KESAS. Banyak komen dari kawan. Jauh lah, susah lah. Jadi – tanya penghulu Olak Rempit di Banting. Dato Tairobi. Dia nasihatkan saya ikut Elite, masuk Saujana Putera, ikut SKVE (South Klang Valley Expressway), masuk ke Teluk Panglima Garang dan akan jumpa sign Amverton. Memang betul. Lebih mudah dan perjalanan yang licin. A good morning drive.
Amverton Cove G&IR ni masih membangun. Bilik bilik penginapan sedang dibina.
Akan jadi pusat pelancungan setempat dimasa akan datang. Makanan laut nya memang terkenal. Resort ni akan memberi peluang pengunjung bermalam disana. Tempat nya memang hijau dan segar. Banyak juga ladang kelapa sawit. Saya telah dinasihat membawa mineral water sendiri. Makan minum disini memang 5 star punya. Sarapan pagi pun disaran bersendirian. Jadi banyak lah kedai roti canai di Telok Panglima Garang di kunjungi members kita.
Selepas mendaftar, kita ke tempat buggy, semak beg.
Caddy dah pun ada. Satu buggy satu caddy. Seramai 36 orang pemain. 9 flights. Kalau semak nama terdapat sorang member baru. Dato Suhaimi Yaacob.
Welcome Kawan.
Kita mula secara Shotgun. Tepat jam 8.30 siren pun berbunyi. Bermula lah Permainan Mingguan kita.
Course ni ingatkan saya tentang Merion Golf Club di USA yang baru diadakan pertandingan US Open. Sempit, pendek dan mengelirukan. Air merata rata. Mengikut cerita, ‘the harvest of golf balls in the ponds was 1,000 balls a week’. Pengeluar bola golf memang gemar kat Amverton Cove ni.
Tempat ni dulu berpaya. Ditambak dan di ukir golf course yang menarik. Bahang sikit. Disiang hari patutnya ada lah sea breeze tapi oleh sebab banjaran bukit di barat maka kurang lah angin. Masih belum matured lagi jadi pokok pokok masih sedang membesar.
Lalu juga hujan bakau di lubang 4. Interesting to walk through the ‘rickety’ bridge.
Di course ni kita kena ‘accurate’ baru boleh dapat score yang baik. Kalau nengokkan score seramai 10 orang main under. Baik lah tu. Dalam bermain tu, terdapat juga flights dibelakang yang tak sabar. Memukul tanpa mengira jarak hinggakan bola sampai dekat dengan kami. Ini masaalah course yang menerima sesipa je tak mengambil kira kesahihan mereka. Saya kira mereka tak beretika. Selain dari ‘Rules’, 'Etiquettes' is one of the prerequisite of being a ‘Gentlemen Golfer’.
Kita selesai bermain dalam jam 1.30 tengah hari. Kita berkumpul di Dewan Makan
untuk Makan Tengah Hari
dan acara penyampaian hadiah.
Hadiah disampaikan oleh Dato Presidente.Tahniah diucapakan kepada Dato Suhaimi yang menjadi champions pada hari ti. Dia handicap 18, main 7 under. Dah kena potong handicap. Pas ni main 16.
Deputy Champion pun dah lama tak naik podium.
Penaung kita Tan Sri Hashim Meon, dengan handicap 24 bermain net 69. Kena potong satu stroke. Sekarang 23. Well done Tan Sri. Ini practise overseas kot. Assistant Deputy Champion lak memang kukuh kebelakangan ni.
Minggu lepas di Bukit Unggul dia champion. Net 69 gak. Sekarang 23.
Keputusan keseluruhan pada hari tu dipamirkan:
Selesai majlis AJK lak berbincang.
Keputusan yang dicapai pada hari tu akan di sampaikan semua tak lama lagi.
Salam.
No comments:
Post a Comment