Wednesday, June 26, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF 26 JUN 2013


 Tertunggu tunggu juga bila dimaklumkan venue permainan kita pada minngu ni. Semak punya semak dimaklumkan tak jadi. Disebabkan API di Lembah Kelang sehingga ke 300.

Ingatkan kita ni ‘Hardcore’ apa jadi main juga. Rupanya pehak Jawatankuasa bertimbang rasa membatalkan permainan. Teringat juga kita di Jogjakarta pada 25 Oktober 2010. Pada masa Gunung Merapi sedang membarak mengeluarkan abu panas tanda tanda endak meletup. Kita boleh pujuk pihak berkuasa tempatan untuk bermain di Kelab Golf Merapi. Permainan kita diselubungi oleh gunung Merapi tu dengan asap berkepul kepul. Degil nya kita Main juga.
Coretan cerita sebegini:

'Bermain Golf Di Merapi Golf Course

Pagi pagi lagi kami dah berkupul. Dua belas golfers. Semua nya bersedia mencuba gelangang golf diJogjakarta. Terutamanya diMerapi Gof Course. Pada masa tu keadaan gelora Gunung Merapi tak kami hayati sepenuh nya dan juga tak bagitu pasti jarak sebenar gelanggang golf dari gunung tu. Jam 0630 pagi dah berkumpul. Hari dah cerah dah. 
Dalam bas Saudara Nazri membuat beberapa pengumuman tentang kegiatan kita hari tu.
 
 
Dato K telah menerangkan tentang system of play termasuk kutipan IRP 50,000 sebagai pool. 
Siapa bermain baik akan memenangi hadiah berupa wang tunai. Kira nya kita semua bermain ‘blind’, kerana takde siapa pernah bermain disitu.
Sedang seronok menuju keMerapi, ada sekatan jalan. Sekatan oleh Polis yang memaklumkan bahawa tiada sesiapa dibenarkan memasuki kawasan itu. Lahh. Datang jauh jauh tak kan tak de chan main disana. Berjumpa lah wakil kita Nazri dan RHM dengan Pak Polisi tu. Kita memujuk. Talipon ke kelab, minta pengurus pengaruhi keadaan. Dari dalam bas saya selalu nampak pak polisi mengeleng kepala je. Rosak rancangan. Tapi apabila mereka naik keatas bas kami dimaklumkan bahawa kita dibenarkan ke gelanggang golf aje. Legaa.


Dikelab, kami semua bersiap untuk bermain.
 
 
Tangkap gambar sikit. Kebanyakan nya berlatarbelakangkan gunung Merapi. 
 
Terdengar Tan Sri Ahmad Saruji bertanya MJHim, jarak ke gunung tu. MJHim menjawab dalam 10 kilometer (anggaran jarak Askar Melayu). Tan Sri Ahmad Saruji lak mencelah dan berkata, ‚’no, closer than that. I think its about 8 kilometres’ (anggaran jarak TUDM).


 
Lain rasa nya bermain di gelanggang yang mendapat tenungan gunung yang sedang membara. 
Terdapat juga pemerhati dari pihak pemerintah digelanggang disitu. Dalam hati – serious juga ni. 
Gelanggang nya cantik dan ‘challenging’. Saperti Kol Razaki kata ‘ada character’. 

Dari orang yang design gelanggang ni kita kira ‘ada character’ lah tu. Tapi saya bermain masih berterabur. 

 
 
 
 
 
Kita terus bermain sampai selesai. 

 
Diclubhouse, kita makan tengah hari

 dan diikuti oleh acara penyampaian ‚Pool Money’.

 Saperti biasa RK mengambil alih. Pemenang nya ialah saperti dibawah:

 
 
 

Kita bertolak dari Merapi Golf Course lebih kurang jam 3.00 petang. Pada jam 5.00 petang Gunung Merapi meletup. Phewww! ‚Kita sempat terbang balik ke Malaysia pada 29 Okt. Tapi kawan kita Kol Razaki yang tinggal lebih lama untuk melancung dengan isteri nya terperangkap di Jogjakarta dan tak boleh keluar bilik hotel pun. Abu tebal menyelubungi Jogjakarta. Penerbangan pulang pun terpaksa dilewatkan.
Jadi, kali ni kita beriktibar dan tidak mengikut perasaan.
Salam

No comments:

Post a Comment