Sunday, June 30, 2013

RANKING SETIAKAWANGOLF BULAN JUN 2013



 Kita dah sampai penghujung bulan Jun 2013. Terdapat sebanyak 4 Rabu dalam bulan Jun 2013, tapi oleh sebab keadaan jerubu yang index nya tinggi, maka kita telah membatalkan permainan mingguan kita tu. Jadi ada 3 Rabu je yang kita bermain. Mengikut senarai ada 114 ahli tapi yang bermain hanya 64 orang je. Jadi keputusan yang dipamirkan sehingga 65 je. Yang lain tu sema nya ditempat ke 65.
Keputusan saperti di pamirkan.
Tahniah kepada Mej Che Annuar (MCA)  
 
mendahului bulan ni dengan 136 points. Tahniah juga kepada Tan Sri Ismail Hassan Tempat Ke2dengan 122 points 
dan Dato Nawi Alias di Tempat Ke3 dengan 108 points.

Ketiga tiga bermain full 3 kali.
Ini bulan Jun je. Keseluruhan? Tunggu posting pas ni.
DiConggak Oleh:
 
Salam.

Saturday, June 29, 2013

HANDICAP SETIAKAWANGOLF JULAI 2013



Hampir masuk bulan Julai 2013. Saperti biasa ada handicap baru. Jumlah keseluruhan members bertambah dari 105  ke 113. Pecahan handicap Single, Belasan dan Puluhan tak lah banyak berbeza. Members yang masuk kawasan Single dan Belasan dah bertambah. Puluhan dah berkurangan. Ini makna kebanyakan telah bermain baik. 
Sila lihat graph dipamirkan.
Kita best semasa Jan 2013. 121 orang.
Handicap SetiakawanGolf bagi bulan Jul 2013 di pamirkan.


Mendahului masih Kol Dul Ngajis dengan handicap 2. Dan 9 orang lagi. 
DiConggak Oleh Panglima Handicap:
 
Salam

Wednesday, June 26, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF 26 JUN 2013


 Tertunggu tunggu juga bila dimaklumkan venue permainan kita pada minngu ni. Semak punya semak dimaklumkan tak jadi. Disebabkan API di Lembah Kelang sehingga ke 300.

Ingatkan kita ni ‘Hardcore’ apa jadi main juga. Rupanya pehak Jawatankuasa bertimbang rasa membatalkan permainan. Teringat juga kita di Jogjakarta pada 25 Oktober 2010. Pada masa Gunung Merapi sedang membarak mengeluarkan abu panas tanda tanda endak meletup. Kita boleh pujuk pihak berkuasa tempatan untuk bermain di Kelab Golf Merapi. Permainan kita diselubungi oleh gunung Merapi tu dengan asap berkepul kepul. Degil nya kita Main juga.
Coretan cerita sebegini:

'Bermain Golf Di Merapi Golf Course

Pagi pagi lagi kami dah berkupul. Dua belas golfers. Semua nya bersedia mencuba gelangang golf diJogjakarta. Terutamanya diMerapi Gof Course. Pada masa tu keadaan gelora Gunung Merapi tak kami hayati sepenuh nya dan juga tak bagitu pasti jarak sebenar gelanggang golf dari gunung tu. Jam 0630 pagi dah berkumpul. Hari dah cerah dah. 
Dalam bas Saudara Nazri membuat beberapa pengumuman tentang kegiatan kita hari tu.
 
 
Dato K telah menerangkan tentang system of play termasuk kutipan IRP 50,000 sebagai pool. 
Siapa bermain baik akan memenangi hadiah berupa wang tunai. Kira nya kita semua bermain ‘blind’, kerana takde siapa pernah bermain disitu.
Sedang seronok menuju keMerapi, ada sekatan jalan. Sekatan oleh Polis yang memaklumkan bahawa tiada sesiapa dibenarkan memasuki kawasan itu. Lahh. Datang jauh jauh tak kan tak de chan main disana. Berjumpa lah wakil kita Nazri dan RHM dengan Pak Polisi tu. Kita memujuk. Talipon ke kelab, minta pengurus pengaruhi keadaan. Dari dalam bas saya selalu nampak pak polisi mengeleng kepala je. Rosak rancangan. Tapi apabila mereka naik keatas bas kami dimaklumkan bahawa kita dibenarkan ke gelanggang golf aje. Legaa.


Dikelab, kami semua bersiap untuk bermain.
 
 
Tangkap gambar sikit. Kebanyakan nya berlatarbelakangkan gunung Merapi. 
 
Terdengar Tan Sri Ahmad Saruji bertanya MJHim, jarak ke gunung tu. MJHim menjawab dalam 10 kilometer (anggaran jarak Askar Melayu). Tan Sri Ahmad Saruji lak mencelah dan berkata, ‚’no, closer than that. I think its about 8 kilometres’ (anggaran jarak TUDM).


 
Lain rasa nya bermain di gelanggang yang mendapat tenungan gunung yang sedang membara. 
Terdapat juga pemerhati dari pihak pemerintah digelanggang disitu. Dalam hati – serious juga ni. 
Gelanggang nya cantik dan ‘challenging’. Saperti Kol Razaki kata ‘ada character’. 

Dari orang yang design gelanggang ni kita kira ‘ada character’ lah tu. Tapi saya bermain masih berterabur. 

 
 
 
 
 
Kita terus bermain sampai selesai. 

 
Diclubhouse, kita makan tengah hari

 dan diikuti oleh acara penyampaian ‚Pool Money’.

 Saperti biasa RK mengambil alih. Pemenang nya ialah saperti dibawah:

 
 
 

Kita bertolak dari Merapi Golf Course lebih kurang jam 3.00 petang. Pada jam 5.00 petang Gunung Merapi meletup. Phewww! ‚Kita sempat terbang balik ke Malaysia pada 29 Okt. Tapi kawan kita Kol Razaki yang tinggal lebih lama untuk melancung dengan isteri nya terperangkap di Jogjakarta dan tak boleh keluar bilik hotel pun. Abu tebal menyelubungi Jogjakarta. Penerbangan pulang pun terpaksa dilewatkan.
Jadi, kali ni kita beriktibar dan tidak mengikut perasaan.
Salam

Thursday, June 20, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 19 JUN 2013 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT




 Sekali lagi SetiakawanGolf gi ke Amverton Cove Golf & Island Resort di Pulau Carey. Nak sebut Amverton pun terkedu lidah. Macam macam sebutan. Ada yang kata nama England. Selidik juga sikit. Tempat ni di bangunkan oleh A&M Realty. Banyak rupa nya nama Amverton ni. Di Puchong, Bukit Rimau dan di Bukit Kemuning, semua ada Amverton Park. Rumah nya juta juta. Kebanyakkan reka bentuk ‘Australian Design’. Dari Ostolia kot.
Anyway. Masa dulu saya ikut jalan KESAS. Banyak komen dari kawan. Jauh lah, susah lah. Jadi – tanya penghulu Olak Rempit di Banting. Dato Tairobi. Dia nasihatkan saya ikut Elite, masuk Saujana Putera, ikut SKVE (South Klang Valley Expressway), masuk ke Teluk Panglima Garang dan akan jumpa sign Amverton. Memang betul. Lebih mudah dan perjalanan yang licin. A good morning drive.
Amverton Cove G&IR ni masih membangun. Bilik bilik penginapan sedang dibina.
 
Akan jadi pusat pelancungan setempat dimasa akan datang. Makanan laut nya memang terkenal. Resort ni akan memberi peluang pengunjung bermalam disana. Tempat nya memang hijau dan segar. Banyak juga ladang kelapa sawit. Saya telah dinasihat membawa mineral water sendiri. Makan minum disini memang 5 star punya. Sarapan pagi pun disaran bersendirian. Jadi banyak lah kedai roti canai di Telok Panglima Garang di kunjungi members kita.

 
 
Selepas mendaftar, kita ke tempat buggy, semak beg.

Caddy dah pun ada. Satu buggy satu caddy.  Seramai 36 orang pemain. 9 flights. Kalau semak nama terdapat sorang member baru. Dato Suhaimi Yaacob.
 Welcome Kawan.

Kita mula secara Shotgun. Tepat jam 8.30 siren pun berbunyi. Bermula lah Permainan Mingguan kita.
 
 
Course ni ingatkan saya tentang Merion Golf Club di USA yang baru diadakan pertandingan US Open. Sempit, pendek dan mengelirukan. Air merata rata. Mengikut cerita, ‘the harvest of golf balls in the ponds was 1,000 balls a week’. Pengeluar bola golf memang gemar kat Amverton Cove ni.
Tempat ni dulu berpaya. Ditambak dan di ukir golf course yang menarik. Bahang sikit. Disiang hari patutnya ada lah sea breeze tapi oleh sebab banjaran bukit di barat maka kurang lah angin. Masih belum matured lagi jadi pokok pokok masih sedang membesar.
 
 
 Lalu juga hujan bakau di lubang 4. Interesting to walk through the ‘rickety’ bridge.
Di course ni kita kena ‘accurate’ baru boleh dapat score yang baik.  Kalau nengokkan score seramai 10 orang main under. Baik lah tu. Dalam bermain tu, terdapat juga flights dibelakang yang tak sabar. Memukul tanpa mengira jarak hinggakan bola sampai dekat dengan kami. Ini masaalah course yang menerima sesipa je tak mengambil kira kesahihan mereka. Saya kira mereka tak beretika. Selain dari ‘Rules’, 'Etiquettes'  is one of the prerequisite of being a ‘Gentlemen Golfer’.
 Kita selesai bermain dalam jam 1.30 tengah hari. Kita berkumpul di Dewan Makan
 
untuk Makan Tengah Hari

dan acara penyampaian hadiah.

Hadiah disampaikan oleh Dato Presidente.Tahniah diucapakan kepada Dato Suhaimi yang menjadi champions pada hari ti.   Dia handicap 18, main 7 under. Dah kena potong handicap. Pas ni main 16.
Deputy Champion pun dah lama tak naik podium.
 Penaung kita Tan Sri Hashim Meon, dengan handicap 24 bermain net 69. Kena potong satu stroke. Sekarang 23. Well done Tan Sri. Ini practise overseas kot. Assistant Deputy Champion lak memang kukuh kebelakangan ni.
 
Minggu lepas di Bukit Unggul dia champion. Net 69 gak. Sekarang 23.
Keputusan keseluruhan pada hari tu dipamirkan:

 

 
 
Selesai majlis AJK lak berbincang.
 

Keputusan yang dicapai pada hari tu akan di sampaikan semua tak lama lagi.
Salam.