Secara kebetulan, pertandingan tahunan golf bagi RAFOC akan diadakan pada 10 Jul 2012. Jadi ramai lah berlatih discourse tu. Termasuk members SetiakawanGolf . Saya percaya ramai members akan menyertai pertandingan itu. Sama ada persendirian atau sebagai tim. Saya juga tahu banyak lagi practise round akan diadakan untuk menyiapkan diri.
Pada 20 Jun 2012 ni seramai 33 members mengambil bahagian. Enam orang bermain under termasuk Hj Rahim Kassim,
Champion kali ini yang mendapat net 69, 3 under. Handicap kena potong satu. Sekarang bermain handicap 15. Well done Ji. Turun lagi. Yang last SM Nazri. Nazri kita lah tu, tapi WO. Tak tahu lak WO tu apa. Walk Over ke Walked Out atau Wash Out. Mungkin tak dapat habiskan mainan nya. Keputusan permainan adalah saperti dipamirkan:
Anyway, sabelum terlambat hari Ahad lepas ialah Hari Bapa Sedunia. Tahniah kepada bapak bapak semua. Anak anak yang ingat tu mungkin ada mengucapkan nya. Mungkin ada bapa yang dapat hadiah dan mungkin ada yang dibawa makan. Samada Breakfast, Brunch, Lunch atau dinner. Mungkin High Tea. Kemungkinan besar anak anak sibuk dengan urusan masing masing, kita adakan lak Hari Datuk atau Grandfather’s Day. Cucu kita lak yang meraikan nya bersama kita.
Sebagai bapa saya dijemput oleh anak saya, Haniff, pada hari berikut nya, Isnin 18 June ke studio nya di ASTRO. Join dia dalam rancangan Riuh Pagi Erra bersama Johan, Haniff dan Ray – JOHARA. Kena interbiu. Sempat juga mendendangkan lagu ‘Sedetik Lebih’ dan mendeklamasi sajak Usman Awang ‘ Mata Ayah’. Seronok juga dapat masuk radio.
Sajak itu diperturunkan sebagai tatapan kepada semua anak anak sebagai ingatan bahawa ayah kita tu satu saje. Luahkan kasih sayang kita kepada nya.
MATA AYAH – USMAN AWANG
Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.
Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.
Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.
~Usman Awang
Salam
Congratulations to Hj Rahim, our own Bubba Watson, to return with nett 69 and became this week's champion. Well done Haji.
ReplyDeleteI had an exciting game playing in the same flight with Dato Salleh (hc19) Dato Amir (hc 10) Dato Isa Hassan(hc 8). I missed 5 burdies but ended with 4 pars and 14 boggeys to return with overall nett 71..
Fkr my same nett score for 2 consecutive weeks I should not complain and I hope to maintain it until end of June.
I look foward to next week's outing which I hope would be at Nilai Spring before we meet for SEBTRO at Kinrara GC on 4 July, insyaAllah.
DNA