Selalu nya saya terima keputusan permainan mingguan kita dari Panglima Handicap selepas sesuatu permainan mingguan kita. Pas tu saya karang cerita. Kebelakangan ni oleh sebab tak mengikuti permainan mingguan tu saya kena harap kawan saya, MJHim bercerita. Pada 4 Jan 2012 dia ada cerita tapi pada 11 Jan ni takde lak. Tak tahu pasal ape. Tapi Nampak nama nya tersenarai pemenang. Bila saya SMS akan kemenangan tu dia menjawab dah improve dah. Jawab saya lak ‘ dapat net 74 dengan handicap 24 bukanlah improve. Kalau nak kata improve mesti dapat 69’. Gurauan je.
Dipamirkan keputusan pada 11 Jan 2012.

Saya juga ada poskan satu ‘Stop Press’. Berkenaan Convenor kita RHM kehilangan data Setiakawan yang berada dalam BlackBerry nya. Masuk air. Itulah satu satu nya alat dia mengendali SetiakawanGolf. Dia telah merayu mintak balik butir butir members. Harap members sekelian dapat membantu.
SetiakawanGolf akan bertanding di Staffield CR pada 18 Jan 2012 untuk merebut piala SEGOY dan SACHA.
Salam
No comments:
Post a Comment