Sunday, January 8, 2012

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BANGI GOLF RESORT PADA 04 JANUARI 2012


Ini merupakan kali pertama kita bermain pada tahun baru 2012. Ikuti liputan dari sahabat saya Dato Hashim Yahaya atau nama glamour nya MJHim.

Rabu, 4 Jan 2012 SetiaKawanGolf bermain di Bangi GR. Course ini digemari oleh sebahagian besar members kita. Kata Dato Khalid Course yang paling senang untuk bermain golf. Tapi ada juga dikalangan members yang tidak suka dengan course ini kerana caddy fee nya terlalu mahal, tidak setimpal dengan kebolehan caddy nya. Kalau di Chiangmai, Captain Yahaya boleh berbincang dengan caddynya tentang arah dan kederasan angin, slope, jarak, lantunan bola, lengkok dan sebagainya. Tapi caddy di tempat kita hanya dapat memikul beg, cari bola, dan bersembang sahaja. Yang bagus sedikit hanya boleh bagitau jarak dan baca green sebelum putting. Jadi tak berbaloilah membayar caddy fee yang begitu mahal di Bangi GR.
Seramai 6 flt sahaja yang dapat bermain pada hari itu. Yang lain mungkin ada yang kena hantar cucu masuk sekolah hari pertama atau masih in the blues melangkah masuk ke tahun baru 2012, Tahun Naga. Harap-harap tahun ini membawa keamanan, kesihatan, kemakmuran dan rezeki kepada kita semua.
Saya bermain dalam satu flt dengan Haji Rahim, Dato' Amin dan Dato' Tairobi. Sangat menggembirakan bermain dengan gentlemen golfers yang tahu adab sopan golf. Ketiga-tiga mereka main dengan baik sekali. Dato Tairobi yang absent selama 2 bulan pun dapat menyaingi Dato Amin dan Hj Rahim hinggakan Dato Amin komen "kalau kita nak main baguih absentlah 2 atau 3 bulan dari bermain golf". Kepuasan yang saya dapat ialah dapat pukul jauh dengan driver ‘Onn Off’ sumbangan Dato Nawi Alias .Terima kasih Dato.
Bagitulah orang handcap tinggi, Pukul jauh tak semesti dapat par atau birdie. Kita kecundang berdekatan green atau ditepi green atau diatas green.
Beruntung bagi orang yang dapat bemain dengan Hj Rahim sebab beliau akan membantu dalam kiraan kawan kawan nya. Janganlah salah kira,. sengaja atau tidak, dia akan correct you on the spot. Jangan juga rasa dia tidak memandang anda, tidak kira anda pukul bola dimana dia tetap nampak. Kalau anda cuba kalih kalih bola walau pun bersebab tanpa kebenaran pemain yang lain anda akan ditegor. Jadi jangan marah padanya sebab itu kesalahan anda. Syabas Hj Rahim. Saya harap semua pemain SETIAKAWAN mempunyai etika permainan golf yang betul. The Golf Rules make the game interesting. Play the ball as it lies and count your score as it is.
Keputusan permainan Mingguan adalah saperti dipamirkan:



SETIAKAWANGOLF terus teguh sebab silatulrahim antara kita,saling menghormati. Kini SETIAKAWANGOLF menjadi lebih besar sebab kita menerima siapa saja, Tak kira agama, bangsa, kerja, pangkat, fahaman dll. Bila persatuan menjadi besar ada pula masaalah dan ragamnya yang tersendiri. Nasihat saya marilah kita kukuhkan silatulrahim melalui SETIAKAWANGOLF dengan pergaulan yang baik. Beri lah senyuman, tegoran dan salaman kepada semua kawan kawan kita. Bila bersalam pandanglah muka. Kalau kita dapat kekalkan budi bahasa sebagini SETIAKAWANGOLF akan dikasihi, disegani dan dihormati bukan saja oleh kita sendiri tetapi juga orang luar.

Semoga SETIAKAWANGOLF terus kukuh. Selamat Tahun Baru.

Salam Hormat
MJHim

1 comment:

  1. Kawan-Kawan Setiakawan Golf,

    Saya rasa GUMbira mendengar MJHim sangat GUMbira dengan pencapaiannya kerana
    menggunakan "peralatan perang" barunya bernama "onOFF"!
    Saya tahu onOFF ini satu teknologi Jepun canggih yang membantu saya memperolehi banyak rezeki di lapangan golf hampir 2 tahun. Jadi tak sia-sialah saya "menghadiah"kan driver tersebut kepada seorang kawan!

    Sekarang pun saya maseh kekal menggunakan teknologi onOFF (yang baru sikit) dan nampaknya permainan saya ada meningkat sedikit tetapi tidaklah begitu hebat sehingga boleh mencabar bakal-bakal johan SEGOY! Macam mana nak lawan memandangkan kedudukan saya nombor 12 dan hampir 2000 mata dibelakang Abdullah Khair dan Dato Mokhtar Perman, nombor SATU dan DUA?
    ADUUH.........sukar nak lawan tetapi, seorang golfer tak pernah tak berangan-angan mahu
    menang dan tak pernah mengaku kalah!

    Just for record, I netted 73 on 04 Jan skawan golf at Bangi GR and last Wedmesday 11 Jan, at Staffield GR ( where we are playing SACHA/ SEGOY) on 18 Dec, I was number 4 overall with net 71! Logically, I can't be playing worst than last Wednesday in view of my regular training at RSGC driving range and putting green! You surely can guess my nett score during coming SEGOY but, please do not ask about my current Skawan handicap!

    NA

    ReplyDelete