Hari ni ramai members yang datang bermain. Kesemua nya 10 flights atau 40 peserta. Ramai nye. Ini termasuk beberapa member baru dan juga yang tak baru Cuma lama tak menyertai. Kepada semua saya ucapkan Welcome dan Welcome Back.
RM 135 untuk green fee, buggy dan lunch je. Wah tempat ni kira nya mahal, tapi kita suka tempat ni kerana course nya disara dengan baik dan buggy boleh masuk keatas fairway. Banyak pertandingan yang kita telah jalankan disini. Kira nya mereka faham kita. Mahal nya juga kerana kita makan di kelab. Standard kelab lah jadi nya.
Baik nya kita tak perlu terkejar kejar ke restoran lain selepas permainan. Kita boleh relax, bermandi, berpakaian baru dan pergi makan. Semua nya in-situ.
Kali ni shot-gun start. Dari RHM kita akan mula jam 0815. Mrujuk kepada flight list takde pulak disebut kan tee box. Tapi saya kira semua berjalan dengan lancar. Flight kami Dato Tairobi, Mej Sardon K, Dato Affendy dan saya. Dua 18 dan dua 24. Dato Affendy rupanya dah naik ke 24 lak. Dulu 17. Tapi interesting. Kami ringan ringan buggy to buggy. Saya dengan Dato Tairobi. First nine kalah 2 bola. Second nine - double . Menang 2 bola juga. Tapi oleh kerana double adalah hasil sikit.
Course ni tersusun dan bersih.
Rupanya baru ada competition sehari sebelum. Patutlah green laju dan pin placing pun yang susah. Cuaca redup. Tambah lah berseronok. Ada juga kecepes dan masuk dalam kolam. Itu biasa.
Selesai bermain, kita bermandi dan pakai smart semula dan ke bilik Coffee House kelab. Makanan di hidang mengikut meja. Berlainan sikit dari biasa. Meja saya lambat sikit dihidang. Cuma ada salad dan dressing thousand island. Yang tu yang habis dulu. Walau bagaimana pun apabila hidangan penuh disediakan, kesemua kami menikmati makanan yang lazat. Ada manisan buah buahan. Yang takde kopi je. Otherwise it was a complete meal enjoyed by us.
Kol Ramli Kinta mengambil alih untuk pembahgian hadiah. Pemenang pemenang pada hari tu adalah saperti dipamirkan:
Nampak nya member baru Kapt Salinin menyerlah lagi. Minggu lepas dia Deputy Champion, kali ni dia Champion lak. Dengan handicap 14 dia dapat net 68 – 4 under. Kena potong satu stroke. Sekarang bermain dengan handicap 13. Deputy Champion Kol Dul Ngajis. Net 69. 3 under. Itu dengan handicap 2. Hampir scratch lah tu. Memang terra Wak ni. Pertama A Medal dimenangi oleh Hj Rahim Kassim dengan net 71. Dah lama dia tak ke depan. Patut lah dia dapat.Member baru satu lagi, Kol Muhammad menang lagi. Minggu lepas dia dapat nombor , kali ni pertama B Medal lak. Terra terra members baru kita ni. Tan Sri Hashim juga mendapat tempat. Kelima B Medal dengan net 73.
Patut lah dapat, kerana lama tak
dengar nama nya diumumkan. Anak dia Isman Azimy pun dapat hadiah. Kiranya anak beranak lah dapat pulangan pada hari tu. Member yang baru memegang handicap 24 pun dapat hadiah.
Dia bermain net 71. Dia dapat nombor 2 B Medal. Saya percaya dia boleh dapat rendah lagi, tapi untuk menjaga bertabat handicap 24, kena lah lepaskan bola sikit.
Selesai acara pemberian hadiah, jawatan kuasa bersidang.Perkara perkara yang di bincang termasuk:
a. Jaket SetiakawanGolf. Melalui usaha Dato Mokhtar Perman kita telah mengenal pasti jenis jaket yang hendak kita perolehi serta pembekal nya. Jaket nya cantik, lembut dan ada lining. Mengikut Dato Mokhtar standard naik business class.
Harga jualan ialah RM 80. Kita dah bersetuju kepada mereka yang hendak menempah mengikut ukuran kita akan menjemput pembekal datang ke tempat kita bermain pada hari tu dan membuat ukurn. Tarikh 25 Okt di Nilai Springs. Ini usaha kita mengadakan jaket sendiri. Kepada mereka yang tak inginkan tak perlu beli. Mereka mereka yang tak sempat mengikuti permainan pada tu, akan diberi alamat kedai pembekal atau ditempah mengikut saiz Large, Xtra Large dan Xtra Xtra Large. Ditahap ni, kita berpendapat takde yang Small atau pun Medium. Jaket berwarna biru dan lilekatakan logo Setiakawan diatas poket kiri. Tiada nama di depan tapi akan diletakkan didalam. Digalakkan semua menempah jaket ni.
b. SIM Bandung. Saperti semua maklum, kumpulan besar akan bertolak pada 16 Okt 2011. Kita akan diterbangkan ke Jakarta dulu, pas tu dihantar dengan bas ke Bandung. Mengikut cerita kita semua akan meniakki bas yang sama. Dato Khalid Saad selaku Chairman SIM telah menerangkan sekali tentang aturcara dan program kita di Bandung. General Instructions telah pun diserahkan oleh Dato Tairobi untuk semua yang akan pergi. Tebal juga instructions dia. Nampak nya semua dah bersedia. Sapa lak jadi Champion. Mengikut sejarah, champion champion terdahulu ialah:
1. SIM 1/2009 di Surabaya pada 27 hingga 30 Julai 2009 - Mohd Nazri Sulaiman.
2. SIM 2/ 2010 di Perth Australia pada 03 hingga 10 Mei 2010 – Dato Hashim Yahaya.
3. SIM 3/2010- Jogjakarta mulai 25 hingga 29 Okt 2010 – Mohd Nazri Sulaiman.
4. SIM 4/2011 di Ho Chi Minh City mulai 30 Mei hingga 5 Jun 2011 – Kol Dato Hamid Abdullah.
5. SIM 5/2011 di Bandung mulai 16 hingga 21 Okt 2011. Aaah itu kena tunggu. Siapa menyerlah, dia akan terserlah.
Sementara kita di Bandung, dengar cerita ada juga members disini akan mengadakan pertandingan sendiri. Ok lah tu. Practise untuk PRESTRO, SEGOY dan SACHA.
Salam
Saturday, October 15, 2011
Monday, October 10, 2011
RANKING SETIAKAWANGOLF KESELURUHAN SEHINGGA BULAN SEPTEMBER 2011
Hello Members sekelian,
Selepas mengetahui ranking kita bagi bulan Julai 2011, kita lihat lak siapakah yang mendahului ranking keseluruhan. Mereka mereka ni lah yang akan menerajui pertandingan Golfer of the Year. Itu pun kalau dapat bertahan dan kekal dikedudukan sekarang. Sila lihat Ranking saperti dipamirkan.
Dihadapan ialah Kol Abdullah Khir dengan 881 points
diikuti oleh Dato Mokhtar Perman dengan 857 points.
Mereka berdua ni silih berganti. Bulan Julai Dato Mokhtar leading (745 points) dan Kol Abdullah Khir nombor 2 (739 points). Boleh kah mereka kekal sehingga Jan 2012? Ketiga Kol Dol Ngajis dengan 801 points.
Yang lain points bawah dari 800. Boleh tambah lagi ke? Mesti cuba. Sasaran kita sepatutnya sebagai juara SEGOY. Macam lah Bill Haas. Dia dapat USD 10,000,000.00. Kita kurang sikit lah. Tapi tetap dapat.
Setiakawan Members Mesti Qualify Untuk SEGOY.

Sunday, October 9, 2011
SETIAKAWANGOLF GOLFER OF THE MONTH – SEPTEMBER 2011
Selepas berhari raya, Setiakawan turun ke padang semula untuk meneruskan kegiatan mingguan kita. Saperti biasa, setiap kedudukan pada hari itu di rekod dan diberi points. Points dari 50 kepada yang pertama kepada 2 ditempat yang ke 25. Tiap tiap bulan kita akan ada ‘Golfer of the Month’. Untuk bulan Septemebr 2011 ranking tiap tiap member yang menyertai adalah dipamirkan di bawah. Dipamirkan sehingga 60 je. Dikedudukan 61 adalah mereka mereka yang tak menyertai langsung.
Syabas kepada Kol Abdullah Khir yang menduduki tempat teratas untuk Sep. Sep je.
Keseluruhan bagaimana?. Itu kena tunggu posting selepas ni.
Ranking Keseluruhan Macam Kedudukan Bill Haas.
Salam.
Friday, October 7, 2011
PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BUKIT UNGGUL GOLF & COUNTRY RESORT PADA 05 OKTOBER 2011
Selepas bertarung di Kelab Rahman Putra untuk SEBTRO pada 28 Sep 2011, kita beralih lak ke Bukit Unggul, where eagles live and play, untuk routine kita. Permainan Mingguan atau Weekly Outings kita. Dah lama tak kesana. Bagus nya kelab ni – harga berpatutan. Dengan RM 110 je kita boleh bermain 18 lubang, dapat buggy, dapat satu caddy untuk satu flight dan makan tengah hari. Tambahan lak, buggy boleh masuk fairway. Kalau fairway lecah sangat tak boleh masuk juga. Itu kita faham.
Bila sampai dikelab, cuma RHM dan DaTaRaz je tinggal. Yang lain dah turun kebawah. Ke Golfers’ Terrace lah tu. Cari rakan sebuggy. Takde. Rupanya dia dah turun bersaorangan. Dia ingat saya dah turun dah. Mencari lah kita. Akhirnya dia datang ambik gak. Pada hari tu ada 9 flight. 36 peserta. Wah ramai nya. Termasuk member baru saperti Shaari Rais, Kapt Salinin, Mej Hussin Nayan, Mr Yap, Mej Adnan dan Kol Mohammad. Selamat Datang kami ucapkan. Semoga mereka akan datang lagi untuk masa masa akan datang.
Kita tee off di dua tee box. No 1 dan No 10 mengikut aturan yang tertera di Flight List. Saya satu flight dengan Tan Sri Yunus Tasi (TSYT),
Dato Nawi Alias (DNA)
dan Dato Hashim Yahaya (MJHim).
Dua Army dua Air Force. Kita rengan rengan main ‘Sixes’. Seronok bermain pada hari tu. TSYT claim dah tua. Baru 71 tahun. Kita pun dah melepasi garisan 60 tahun. Tua jugak lah tu. Tuntutan Tua ni bukan apa. Kalau tak menang adalah ‘mitigating’ factor nya. Tapi pukul jauh juga. Cuaca redup menaik ke panas ketengah hari.
Selesai bermain, terdapat air orange squash menunggu. Boleh lah minum, mengambil nafas dan
tulis score. Selesai mandi, kita makan tengah hari di Bilik Makan kelab.
Makanan pun sedap. Nampak ada tambahan lauk apabila berkurangan. Kiranya semua puas makan hari tu. Selesai makan Dato Khalid Saad, selaku Pengerusi SIM, memberi perkembangan tentang aturan serta persiapan grup kita ke Bandung.
Kebanyakan akan berlepas pada 16 Okt dan kembali pada 21 Okt. Nampaknya semuanya sudah pun dimutakirkan. Berikutmya acara pemberian hadiah. Ramli Kinta mengambil alih. Penerima penerima hadiah adalah saperti dipamirkan:
Selesai acara pemberian hadiah, Jawatan kuasa berbincang. Secara am nya perbincangan menumpu kepada SIM Bandung, The Presidents’ Trophy dan Golfer of the Year.
a. SIM Bandung. Chairman SIM mengemaskinikan kepada JK tentang pergerakan, permainan golf serta program untuk non golfers. Beliau juga memaklumkan susunan makan. Kebanyakan nya makan sendiri melainkan berkumpulan dicadangkan dikutip wang in-situ. Beliau banyak menerangkan tentang transport. Ini supaya perkumpulan kita aka nada transport diBandung.
b. The Presidents’ Trophy (PRESTRO). Telah ditetapkan pada 28 Dis 2011. Oleh sebab Kelab Golf Port Dickson masih belum pulih sepenuhnya maka JK menetapkan supaya PRESTRO diadakan dikelab lain. Jawatankuasa Penganjur (RHM dan DaTaRaz) akan meninjau dan membuat cadangan secepat mungkin.
c. Setiakawan Golfer of the Year ( SEGOY). Akan di adakan pada 18 Jan 2012. Saperti PRESTRO tempat nya masih belum ditetapkan. Akan dimaklumkan kemudian.
Di ingatkan supaya tarikh tarikh 28 Dis 2011 dan 18 Jan 2012 di ‘block-out’ untuk Setiakawan.
Setiakawan Akan Ke Bandung Lak.

Subscribe to:
Posts (Atom)