Tuesday, February 15, 2011

RANKING JANUARY 2011 BAGI SETIAKAWANGOLF GOLFER OF THE YEAR


Hello Members Sekelian,
Ya. Kita dah mula pengiraan points untuk memilih secara bertanding, Golfer of the Year. Kita dah mulakan bagi tahun 2011 lak. Pertandingan akhir selalu nya kita adakan pada Januari tahun berikut nya. Kali ni pada tahun 2012 lak. Jauh dan lama lagi. Bukak mata Tutup Mata dah hujung tahun dah. Saperti telah diterangkan oleh Vice Captain kita DaTaRaz, pertandingan ini meliputi 2 kriteria. Pertama nya ialah jumlah penyertaan yang diiktiraf oleh SetiakawanGolf. Kelayakan nya ialah sasaorang tu mesti telah menyertai sebanyak 25 kali pada tahun itu. Tahun 2011 lah kali ni. Yang kedua nya ialah points akan di beri kepada mereka yang mencapai tempat pertama sehingga ke 25. 50 points untuk pertama dan 2 points untuk ke25. Ada cadangan supaya SATU point diberi kepada mereka yang turut serta dalam permainan kita walau pun bawah dari tempat ke25. Dari sini lah Ranking ditetapkan. Baik pencapaian baik lah point tu. Kita sebarkan Ranking ni pada penghujung tiap tiap bulan. Untuk tujuan semakan lihat kolum ( r ) dan ( s ). ( r ) ialah jumlah penyertaan. Sesiapa dah mencapai angka 25 boleh yakin akan penyertaan nya dalam ‘Final’ nanti. ( s ) ialah Ranking sasaorang tu. Cuba tuju ketempat teratas. Di pamirkan dibawah ni Ranking kita untuk bulan Januari 2011.


Top 10 pada bulan Disember 2010 dulu ialah:
1. Kol Mutalib Mohd Salleh.
2. Dato Amin Salleh.
3. Mej Rustam Ramli.
4. Kol Ramli Kinta.
5. Tan Sri Nik Ismail.
6. Dato Khalid Saad.
7. Dr Khalil Ramli.
8. Kol Dol Ngajis.
9. Dato Nawi Alias.
10. Raden Hamzah Massod.

Kol Mutalib bermain baik dan menjuarai SEGOY tahun 2010. Juara tahun 2009, Kol Ramli Kinta mampu menduduki tempat ke2. Kali ni Nampak muka baru dah muncul dalam Top 10. Yang menyerlah ialah Orang Tepeng, Dato Malek Shahar ditempat ke4. Dia Champion SENAT 3/2010 (Setiakawan National Tours Yang Ketiga) pada bulan Disember lepas. Nampak gaya permainan nya makin baik. Tapi kita ikuti dia selepas ni. Boleh bertahan tak?






Satu lagi ialah Hj Rahim Kassim dinombor 2. Dia baru memenangi SACHA 6/2010 ( SetiakawanGolf Annual Championship Yang Ke6) Memang dia dalam Hot Streak sekarang ni. Kopiah dah tak kelihatan dah. Sorang lagi yang perlu diikuti. Rosli Nasution ditempat ke5. Ini member baru. Kalau dia turut serta dan main baik ada chan dia boleh kekalkan kedudukan nya. Kawan lama kita Dato Mokhtar Parman ditempat ke 9. Dia memang terra – dulu dulu. Nampaknya dah mula ‘regain his touch after laying off for sometime’. Terakhir yang Top ialah Tan Sri Ahmad saruji ditempat ke10. Memang tiap tiap kali permainan kita dia mendapat hadiah. Keep it up Tan Sri. Sorang lagi mantan PTU, Tan Sri Nik Ismail, yang tahun lepas di tempat ke5 dah beralih ketempat 33 lak. Kurang penyertaan lah tu. Kena kejar balik Tan Sri. Yang lain lain itu diTop 10 memang diduga tetapi tak bermakna tak boleh dikejar. Saya ditempat ke 58 sementara squad saya MJHim ditempat ke 54. Kami memang berentap selalu. Sorang lagi Dato K, kira nya Flag Bearer Squad 12 dah di tempat ke 62 lak. Hanccuuuss. Kami kena tumpang Flag Bearer Squad 12A, Tan Sri Hashim Meon di tempat ke 6 nampak nya.Senarai yang saya pamirkan hanya menunjukkan senarai seramai 81 members. Sebenar nya terdapat 109 nama, tapi semua nya dinombor 81 sebab tak menyertai langsung. Jadi saya tak masukkan. Bila mereka menyertai kelak saya akan masukkan semula. Yang nampak pincang sikit ialah Hj Sulaiman Rapek. Tak faham mengapa dia ditempat 81, walhal dia pernah mendapat nombor 12. Itu ialah 28 point. Seharusnya dia ditempat lebih atas lagi. Sabar Ji, perkara ni akan diselidik oleh Panglima Handicap kita untuk ketetapan.
Untuk yang lain. Main lah dengan baik, dapat tempat teratas dan kejar kedudukan Top 10.
Salam.
Setikawan Bertumpu ke SEGOY lak.

Sunday, February 13, 2011

KEPUTUSAN MINGGUAN SETIAKAWAN GOLF DIKELAB GOLF SULTAN ABDUL AZIZ SHAH PADA 09 FEBRUARI 2011


Permainan Mingguan kita pada minggu ini bertukar tempat lak. Di K G SAAS. Ia Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Setahu saya first time kita kesana. Banyak sebab kita kesana, antara nya, ndak mencuba gelanggang yang lain, mengikut makluman boleh dapat dengan harga berpatutan dan dapat penuhi pelawaan Penaung kita untuk jamuan makan tangah hari dikediaman nya.
Sehari sabelum bermain SMS dari RHM memaklumkan sebanyak 10 flight akan menyertai. 40 peserta kesemuanya. Kira kira penuh KGSAAS pada pagi tu.
RM 135 termasuk sarapan. Sarapan pun Western. Dua biji telor sunny side up, sausage, turkey meat peperoni dan salad. Toast sekali dan air panas. Macam ni memang baik. Cuma – oleh sebab bagitu ramai yang menyertai ‘kitchen’ club tak dapat memenuhi order dengan cepat. Terpaksa menunggu. Jadi kita pun mula lewat sikit.
Flight list dah





tersedia. Ada yang mula di President’s Nine dan ada yang mula di Sultan Nine. Flight saya nombor 4 bermula dari President Nine. Nampak teratur. Semua flight mengikut giliran. Cuma yang kurang licin ialah penempatan caddy. Kami dapat caddy di tee box sahaja. Selalau nya golfer lewat, kali ni caddy lak lewat. Tak tahu sebab lewat, pada hal kita dah pun memaklumkan pehak pengurusan tentang rancangan kita. Kot kot oleh sebab kekurangan caddy keseluruhan disemua golf course, mereka menuntut keistimewaan lak. Maklumlah ‘Supply and Demand’. When supply is low and demand is high ‘price’ increases. Sebaliknya when demand is low and supply is high ‘price’ decreases. Flight kami dapat caddy di tee box pertama. Flight belakang kami dapat caddy selepas lubang ke tiga. Pada saya ini hanya menunjukkan pengurusan yang kurang cekap dan kurang tegas. KGSAAS lak. Pengalaman sedemikian hanya mengabitkan ‘ a put-off’. Dan berita sebegini akan tersebar luas.
Saya enjoy bermain discourse ni. Berjaga dan indah. Cuma saya rasa sesuatu lubang tu terlalu jauh. Di par 4 mithalnya, pukulan kedua secara am nya kita gunakan medium iron je. Par 4 disitu lain lak. Pukulan kedua kena pakai fairway wood. Saya ingat saya berkemampuan pukul jauh, tapi disini tak kesampaian. Kalau nak kata tua, tak juga. Cuma course ni memang ‘playing long’. Dengan saya ialah Hj Rosli Deli, Dato Selvaraj dan Saudara Subramaniam.


Dato Selva dan Subra tu pukul jauh dan tepat. Mereka handicap 20 dan memang terra. Mereka berdua je berentap. Saya partner Dato Siva, akhirnya kalah 6 biji bola. Subramaniam tu memang kukuh permainan nya. Well done Subra.
Selesai bermain, kita mandi, make up, ambik beg. Lepas tu baca peta. Google map menunjuk arah kerumah penaung kita, Tan Sri Hashim Meon. Dari awal kita telah dimaklum bahawa Tan Sri mempelawa membersSetiakawan kekediaman nya untuk makan tengah hari. Mengambil kesempatan jemputan ini lah kita bermain diKGSAAS. Sebanyak 10 flights atau 40 orang tu mungkin juga kerana tawaran Tan Sri kita tu. Maklumlah, kalau Mej Sardon masakan Johor, yang ni lak masakan ‘negori’ terbayang oleh semua. Kita kira Puan Sri punya specialty. Memusing musing juga kejap, tetapi sampai juga dikediaman TSHM.

Masuk je, dah ada beberapa kawan didalam. Juadah yang dihidang dibeberapa bahgian ruang tamu.
Macam macam ada. Eh termasuk asam podas pun ada. Yang lain tu tak leh sebut pun. Memang sodap memang lazat. Seketika senyap je. Rupanya sedang menikmati juadah. Ada yang tambah. Terlalu banyak hidangan sampaikan tak tahu yang mana nak ambik. Tetapi yang jelas ialah walau pun kepenatan dan ramai juga yang datang dari jauh, ‘it was well worth the trip’.






























Celah celah tu Ramli Kinta mengacarakan acara pemberian hadiah. Pemenang pemenang pada hari tu adalah saperti dipamirkan:










Selesai pemberian hadiah RK mengumumkan bahawa selain dari keinginan untuk meraikan ‘KAWAN’, Tan Sri juga meraikan pengurniaan beliau sebagai Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor bagi tahun 1432 Hijrah. Beliau dianugerahkan Tokoh Umar Abdul Aziz. Tahniah Tan Sri. Kami warga Setiakawan mengucapkan setinggi tinggi tahniah diatas kurniaan dan penghormatan itu. Beliau akan menerima anugerah ini pada hari Selasa 15 Feb 2011 di Stadium Tertutup Melawati sempena sambutan Maulidur Rsaul Negeri Selangor.





Kami turut bangga bahawa member kami dikurnia penghormatan yang bagitu disanjungi. Semoga Tan Sri, Puan Sri dan keluarga sentiasa diberkati dan dilindungi Allah sentiasa.
Kita selesai dalam jam 3.30 petang. Suasana riang dan gelak ketawa mengiringi kami semasa beredar dari kediaman TSHM. Celah celah mengucap terima kasih kepada Puan Sri sempat juga menyuarakan ‘Daun Keladi’. Mana lah tahu kot ada kurniaan kurniaan yang lain. Insyaallah.
Salam
Setiakawan Dah Tawan KGSAAS. Lepas ni dimana lak?