Tahun ini kita adakan sambutan hari raya ditempat yang sama saperti tahun tahun yang lepas di Wisma Perwira Rejimen Askar Jurutera di Raja di Jalan Tun Ismail pada 20 Ogos 2014. Wisma Perwira ni sekarang dikenali sebagai Wisma Seri Kota. Sejak dimaklumkan oleh COO kita, banyak maklumbalas yang diterima.
Yang sahkan kehadiran bersaorangan atau berpasangan serta keluarga. Terakhir pada 18 Ogos dimaklumkan serama 91 orang termasuk 15 orang anak anak dari Rumah Jagaan Lambaian Kasih dari Sungai Penchala yang dijemput untuk bersama kita.
Turut serta ialah Datin Hamidah Yusof dan anak nya Mizi dan Midi.
Wisma Perwira Rejimen Jurutera dihias indah untuk sambutan malam itu.Acara dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Penaung kita Tan Sri Hashim Meon. Seterus nya Dato Presidente menyampaikan ucapan nya dan mengucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
Beliau menyatakan keunikan perkumpulan ini bukan sahaja beriadah dalam lapangan golf tetapi juga dalam bidang social saperti perjumpaan hari raya. Beliau berharap semangat kesetiakawanan ini akan berterusan.
Diadakan juga penyampaian ‘duit raya’ sebagai zakat yang sebahgian besar nya disumbangkan oleh Tan Sri HashimMeon. Cek sebanyak RM 5,000 dari Tabung Zakat Majlis Ugama juga disampaikan kepada ketua dari Rumah Jagaan oleh Tan Sri Hashim. Memang satu detik yang mengembirakan Rumah Jagaan tersebut beserta dengan kebangaan oleh ahli SetiakawanGolf. Selain dari itu, anak anak juga diberi ‘goodies’sumbangan oleh Puan Hjh Marsuah binti Dolah Kanan.
Kita adakan juga sambutan ‘happy birthday’ kepada 2 members kita. COO Raden Hamzah dan Pengerusi SIM Dato Amiruddin Aladad. Kita menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ kepada mereka. Dua kek telah dipotong. Ditemani oleh isteri tersayang.
Alhamdulillah satu ingatan akan meningkat umur. Supaya banyak lagi birthdays akan disambut mereka.
Hidangan makanan termasuk kambing panggang, lemang, rendang, lontong, mee rebus, nasi beriani, satay, kueh mueh serta minuman panas dan sejuk.Kita mula menjamu selera dalam jam 9.00 malam. Celah celah menjamu selera kedengaran gelak ketawa kemeriahan.
Ialah jarang sekali kita berjumpa sebagai keluarga.Tentu nya banyak cerita. Menanyakan khabar serta perkembangan keluarga termasuk cucu.
Kita bersurai dalam jam 11.00 malam dengan bersalaman sesama kita bertekad untuk mengeratkan tali silaratulrahim dan dengan doa semoga dapat diadakan pada tahun tahun berikut nya. Terima kasih kita kepada pihak Wisma Perwira Rejimen Jurutera atau Wisma Seri Kota diatas. kesudian merestui kegunaan wisma ini serta aturan aturan yang di buat termasuk hidangan makanan, anak anak dari Rumah Penjagaan Lambaian Kasih, Kol Sidek, COO serta jawatankuasa kerja diatas aturan serta persiapan malam itu.
Salam.
No comments:
Post a Comment