Thursday, August 28, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 27 OGOS 2014 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT



Hari ni, penulis blog menyertai permainan mingguan kita setelah 3 bulan berehat. Tak terkata perasaan bila masuk kekawasan Amverton Cove G&IR. Suasana sungguah indah dan nyaman. Sejuk rasa nya. Mendaftar di Meja Pendaftaran.

Pas tu berjumpa kawan. Seronok rasa nya.

 
 
Kali ni seramai 34 orang mengambil bahgian. Tee off dari 3 point secara shotgun.


 Kami Flight 4B tee off dari Lubang 4.
 
Hari redup, jadi tak lah rasa kehangatan sangat.

Angin pun meniup sepoi sepoi bahasa. Course ni dianggap pendek je, 5,594 meter walau pun Par 72. Cepat kami habis.
Selepas bermandi dan makeup sikit, kita ke Dewan untuk makan tengah hari. Selain nasi terdapat lauk kari ayam, ikan kembong goring, telur dada dan sayur kobis. Minuman sirup serta kopi panas juga disediakan. Kita mengenalkan member baru kita Dato Lokman. Starting starting dia handicap 16. Dah menang hadiah pun.
 
Tahniah Dato.


 
Selesai makan acara pemberian hadiah. Tahniah diucapkan kepada Kol Dato Arshad Salam yang menjadi champion pada hari tu.
Dengan handicap 9 dia mendapat nett 65. Gross dia 74 je.
 Deputy Champion lak Dato Malek Shahar. Handicap 16 nett 69. Assistant Deputy Champion ialah Kol Johary Mat Seth. Handicap 9 nett 71.

 Pada hari tu jugak ialah pertandingan SetiakawanGolf Monthly Medal kita. Pemenang pemanang ialah:
Medal Winners:
A Medal -  Kol Dato Arshad Salam.
B Medal - Dato Malek Shahar.
C Medal - Mej Rusmi@Tuk.
Dato Mangsor dijemput menyampaiakan hadiah. Keputusan keseluruhan saperti di pamirkan:

 
 
Selesai acara pemberian hadiah jawatankuasa telah bersidang dan berbincang tentang:
a.    Program SetiakawanGolf sehingga Disember 2014 dan
b.    Rancangan SIM ke Soerabaya.
Kami bersurai dalam jam 1530 hrs.





Salam

No comments:

Post a Comment