Sunday, May 18, 2014

SETIAKAWANGOLF BOGEY TROPHY 4/2014 PADA 14 MEI 2014 DI NILAI SPRING GOLF RESORT




Kejohanan Piala SEBTRO kita kali ini ialah yang ke 5 diadakan. Kita adakan nya di Nilai Spring Golf Resort. Pemegang piala pada tahun 2013 ialah Dato Jasmay Shah. Seramai 52 orang mengambil bahgian, tetapi tak semua layak bertanding untuk piala itu. Kelayakan ialah telah bermain tak kurang dari 5 kali dengan kita.
Cuaca baik dan perjalanan pertandingan berjalan dengan licin. Cuma ada kekecohan sikit tentang keputusan kerana program perkiraan tidak mantap. Akhir nya keputusan dapat diperbetulkan . Selesai makan tengah hari
 

acara penyampaian hadiah diadakan.
 

Tahniah diucapkan kepada Mej Ismail Hassan TD kerana menjuarai Piala Bogey kali ini.
 Dengan handicap21 dia mendapati +10. Sayang sadikit dia tak sempat menerima piala tersebut kerana telah pulang. Mungkin ada urusan yang penting. Deputy Champion lak ialah Tan Sri Ismail Hassan,

handicap 22 dan mendapat +7. Assistant Deputy Champion ialah Kol Johary Mat Seth, dengan handicap 10 mendapat +5.
Ada juga disampaikan hadiah bagi ballsweep. Seramai 12 orang telah memenangi nya.
Kita juga adakan pertandingan novelty. Seramai 6 orang yang memenangi nya.


Keputusan pemenang pertandingan bogey ni dipamirkan:



Keputusan keseluruhan net score juga di pamirkan.
 
Salam

1 comment:

  1. Terima kasih kepada Dato Johar kerana telah menyumbang piala Bogey Trophy.
    Tahniah kepada Maj Ismail Hassan ( Tancho) kerana telah berjaya menjadi johan SEBTRO dengan jumlah +10 mata, iaitu 10-under.
    Hari ini Rabu 14hb Mei 2014 juga merupakan hari terakhir ramai di antara kita yang menatap wajah, makan bersama bercakap dan bersalam dengan rakan rapat kita, Mej Jen Dato' Khalid Saad ( Chairman SIM) sungguh pun beliau tidak bermain hari itu tetapi sengaja datang menemui kawan-kawan Setiakawangolf. Dua hari kemudian, ia itu pada pagi Jumaat 16hb Mei, lebih kurang jam 0800 pagi, Dato Khalid telah pergi meninggalkan kita semua.
    Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas roh Allah Yarham Dato Khalid dan beliau diletak di kalangan orang-orang yang soleh. Alfatihah........

    ReplyDelete