Thursday, May 29, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 28 MEI 2014 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT





Minggu ni kita ke Amverton Cove lak. Di Carrey Island. Dalam  ruang Whatsapp kita banyak juga perbincangan termasuk hadir dan penarikan diri. Ada jugak panggilan dari Convenor untuk tambahan pemain. Akhir nya seramai 35 orang bermain. Termasuk 2 member baru – Encik Samad dan Hj Shamsuddin. Encik Samad menyumbang sebanyak 3 dozen bola golf. Secara kebetulan hari tu juga ialah Monthly Medal kita yang ke 5 tahun 2014.
 
 

 

Sabelum tu banyak juga trafik tentang nak bersarapan. Ada nak berenti kat warung roti canai lah dan ada juga suggest R&R Telok Panglima Garang di Tol House. Tak tahu lak dimana dema bersarape.

Tahniah kepada Kol Abdullah Khir Saidi sebagai Champion pada WO kita kali ni. Dia bermain net 67.
 Dia juga champion A Medal bulan ini.
Deputy Champion  ialah Dato Ruslan Hanafiah dengan net 67 jugak. Potong handicap satu stroke.

Dia juga champion B medal. Assistant Deputy Champion ialah LMN Aminuddin dengan net 67 jugak.

Potong handicap satu stroke. Wah seramai 4 orang dapat net 67. Dan seramai 16 orang bermain under. Memang course ni menjadi favourite kita.
 
Keputusan:
 
 
 
 

 




 
 
 
 



Salam

1 comment:

  1. Tahniah kepada Col Abdullah Khir kerana bermain dengan cemerlang dan menjadi Johan keseluruhan dalam SMM bulan ini. Beliau juga telah mencapai gross 72 dan juga mendapat "hole- in-one" di lubang no.5. Well done Abdullah Khir.
    Dengan hole in one beliau kita semua dapat makan dan minum daripada kelab berjumaah RM 2000.

    ReplyDelete