Saturday, May 31, 2014
HANDICAP SETIAKAWANGOLF JUN 2014
Senarai handicap bagi bulan Jun 2014 seramai 129 orang tersenarai. Bulan lepas 128. Ada tambah sa orang lagi. Dipamirkan senarai nya:
DiConggak Oleh:
Thursday, May 29, 2014
PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 28 MEI 2014 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT
Minggu ni kita ke Amverton Cove lak. Di Carrey Island. Dalam ruang Whatsapp kita banyak juga perbincangan termasuk hadir dan penarikan diri. Ada jugak panggilan dari Convenor untuk tambahan pemain. Akhir nya seramai 35 orang bermain. Termasuk 2 member baru – Encik Samad dan Hj Shamsuddin. Encik Samad menyumbang sebanyak 3 dozen bola golf. Secara kebetulan hari tu juga ialah Monthly Medal kita yang ke 5 tahun 2014.
Sabelum tu banyak juga trafik tentang nak bersarapan. Ada nak berenti kat warung roti canai lah dan ada juga suggest R&R Telok Panglima Garang di Tol House. Tak tahu lak dimana dema bersarape.
Tahniah kepada Kol Abdullah Khir Saidi sebagai Champion pada WO kita kali ni. Dia bermain net 67.
Dia juga champion A Medal bulan ini.
Deputy Champion ialah Dato Ruslan Hanafiah dengan net 67 jugak. Potong handicap satu stroke.
Dia juga champion B medal. Assistant Deputy Champion ialah LMN Aminuddin dengan net 67 jugak.
Potong handicap satu stroke. Wah seramai 4 orang dapat net 67. Dan seramai 16 orang bermain under. Memang course ni menjadi favourite kita.
Keputusan:
Salam
Thursday, May 22, 2014
BERSAMA MU DKS – 21 MEI 2014
Pada hari Rabu 21 Mei 2014, saperti biasa kita adakan Weekly Outings kita, Kali ni di Bukit Unggul Golf & Country Club.
Bersekali dengan permainan ini kita adakan permainan golf amal yang dinamakan ‘Bersama Mu DKS’. Permainan kenangan Allahyarham Dato Khalid Saad yang telah meninggal dunia pada 16 Mei 2014 pada jam 0804 pagi akibat ‘Massive Upper Gastro Intestinal Tract Bleeding’. Dia telah menghembuskan nafas terakhir semasa dalam perjalanan ke hospital. Jenazah nya telah selamamt dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota di Gombak.
Majlis dimulakan dengan ucapan Dato President,
diikuti dengan Deputy President merangkap Golf Captain Dato Nawi Alias. Seterusnya BG Rahman Jabir telah dijemput mengetuai bacaan doa khas untuk Aruah Khalid.
Selesai doa, majlis diteruskan dengan saya selaku MC mengimbas kembali apa berlaku pada pagi 16 Mei 2014 Saya nyatakan ‘Saya menerima SMS dari Dato Ramli Harun pada pagi 16 Mei yang berbunyi ‘kita kehilangan squad Khalid pada pagi ini’. Oleh sebab squad kami ada 2 Khalid, tertanya tanya juga Khalid yang mana satu. Setelah menerima panggilan talipon daripada President Club 12/68 baru saya sedar iaitu Khalid Saad’
Saya juga membaca ungkapan sajak dikirim oleh Convenor kita, Raden Hamzah Massod yang dikirim pada hari itu dan berbunyi:
” Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk di kenang. Hidup tak selalu nya indah tetapi yang indah itu Tetap hidup dalam Kenangan.
Bila ku renong, air mata ku mengalir. Aku tak tahu kenapa.
Titisan airmata ini bukti bahawa aku tak mahu kehilangan mu.
Allah saja yang mengetahui
Tapi andai ini ketentuan nya
Aku Pasrah
Semasa bermain di Nilai Spring diLubang PINE, aku menerima panggilan mu.. memohon untuk makan tengah hari bersama SETIAKANGOLF! Pantas aku menjawab.
‘ Its criminal if you did not turn up’
Aku merenong mencari jawapan kenapa perlu dapatkan kebenaran dari ku … walhal …
Yang pasti kau mempunyai satu etika yang tinggi. Terima Kasih Sahabat Ku.
Ya Allah sesungguh nya Engkau Maha Pengampun dan suka memberi keampunan , maka ampunilah dosa dosa sahabatku yang bernama Khalid bin Saad’.
Amin Amin Amin Ya Rabul Alamin.
Saya percaya ramai yang membaca ungkapan itu turut mengalirkan air mata.
Kita telah menjemput Khairul Hamidi iaitu anak Aruah yang kedua untuk menerima sumbangan kutipan yang telah kita adakan.
Mengambil kesempatan ini juga dimaklumkan bahawa Allahyarham sepatutnya berangkat ke Bali bersama Datin untuk mengikuti Club 12/68 Annual Reunion. Antara goodies yang patut beliau terima ialah T Shirt kelab. BG Rahman Jabir mewakili Club 12/68 telah menyampaikan cenderahati tersebut.
Khairul Hamidi seterus nya telah berucap dengan berterima kasih atas sumbangan SetiakawanGolf
dan menyatakan rasa kesyukuran bahawa Abah nya mendampingi sebuah kumpulan yang bagitu prihatin akan ahli nya.
Semasa acara penyampaian hadiah yang sepatutnya diadakan kita telah menerima cadangan supaya hadiah yang berupa wang tunai pada hari itu juga disedekahkan kepada keluarga Aruah. Semua nya setuju dan sekali lagi Khairul Hamidi telah diserah sumbangan winnings pada hari itu dari Dato President.
Selesai sumbangan, kita telah menikmati hidangan Makan Tengah Hari dan setelah itu bersurai.
Alfatiha
Senarai pemenang pada hari itu adalah saperti dipamirkan:
Salam
Subscribe to:
Posts (Atom)