Thursday, September 19, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 18 SEPTEMBER 2013 DI TASIK PUTERI GOLF & COUNTRY CLUB

 
Minggu ni kita bermain di Tasik Puteri lak. Oleh sebab tee-off jam 0815, kena bertolak awal dari rumah. Kena gi jauh ke Rawang. Silap jalan gi ke Kuang lak. Pagi pagi memang sesak kenderaan. Terutama  nya dari utara ke Selatan. Jalan tak berlampu. Jadi kena berhati hati – silap jalan gi ke lain lak.
Sampai di kelab, masih gelap. Tapi dah mula ada aktibiti. Satu ruang dikhaskan untuk breakfast kita.
Ada
 nasi lemak.
 Dengan ayam. Ada roti dan kaya & jam. Minuman air cordial dan kopi. Memang memadai bersarapan di Tasik Puteri.
 
 

Selepas register di Meja Pendaftaran kita ke tempat tee-off.

 
 
Untuk kelicinan permainan kita tee-off dari 3 tee box serentak. Seramai 40 orang. 10 flight.  Riuh satu kelab. Course ni memang kesukaan kita. Oleh sebab start serentak awal awal lagi, flight pertama selesai dalam jam 1230. Bermandi manda. Bersiap. Selesai, kita pun ke Dewan Puteri untuk makan tengah hari dan penyampaian hadiah.



Makan pun ok juga.
Ada lemak ayam, asam pedas ikan kembong, telur dadar, sup ayam dan sayur kangkong. Buah buahan pun ada juga. Memang berselera.
Untuk penyampaian hadiah, Dato Mangsor dijemput menyampaiakan hadiah. Seramai 14 orang menerima hadiah. Dari RM 10 hingga ke RM 50. OK lah tu. Yang memnang sekurang nya dapat bayar tol. Yang lain – Tukang Tepuk. Itu Ok juga. Semangat Kesetiakawanan.
Tahniah kepada Champion pada hari tu. Supp Bahar Nordin.
 
Handicap 23 net 67. Kena potong satu stroke.
Deputy Champion Kol Tengku Ismit.

 Handicap 24 net 68. Potong juga satu handicap.
Assistant Deputy Champion lak ialah Hj Malek Hormat.
 Handicap 10 net 71. Yang ni tak payah potong handicap.
Pada hari tu juga, setelah sekian lama kita ada pemenang Bullseye. Member baru Fathul telah mendapat kemenangan itu di lubang 14.
Tahniah Fathul.
Keputusan keseluruhan saperti di pamirkan:
 

 
 
 

 
Untuk minggu depan kita akan adakan Tournament of Winners. Atau pemenang pemenang monthly medal akan bertarung untuk mencari juara sebenar dan mengejar Piala Sardon Kaprawi. Yang lain tak memenuhi kelayakan masih boleh bertanding dalam permainan mingguan kita. Butir butir lanjut akan menyusul.
Salam.

1 comment:

  1. I enjoyed the game with Tan Sri Yunus Tasi, Dato Hashim Yahaya and Col Dato Hamid Abdullah.
    I partnered Tan Sri Yunus and members can guess who took the money...though very small, it was good enough to pay the toll!

    ReplyDelete