Thursday, September 5, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 04 SEPTEMBER 2013 DI NILAI SPRING GOLF & COUNTRY CLUB

 
Minggu pertama bulan Sep SetiakawanGolf bermain di Nilai Spring G&CC lak.

 Tempat kita biasa. Kali ni pendaftaran dilaksanakan di Foyer kelab. Ini disebabkan juga kita tak uruskan breakfast. Berdekatan dengan Golf Section lak. Urusan pun kemas kerana score card dan nombor buggy dah disediakan. Seramai 36 orang. 9 flights. Jumlah bayaran bagi Senior Citizens ialah RM 135 termasuk green fees, buggy, insurance, satu caddy bagi satu buggy dan makan tengah hari. OK lah tu. Berpatutan.
Kelihatan juga member lama yang tak kelihatan.
Welcome back Dato. Kita dapat bergerak ke tee box masing masing dalam jam 0815.
 
 
Flight nombor 7 bermula di tee box 10 di Mango Nine.
 
 Start start dah kena lay up dengan 6 atau 5 iron. Pas tu kena cross air. Kurang cekap masuk lah air. Cuaca terang dan bahang.

Berikutan Mango nine kami ke Island Nine lak. Oleh sebab bermula awal banyak yang selesai sabelum jam 1.00.
Makan tengah hari diatur di Restoran Minang Batang Kapas. Memang menyelerakan. Banyak lomak lah.
 

Selesai makan acara penyampaian hadiah yang dikendalikan oleh Kol Ramli Kinta. Ada 16 pemenang semua nya. Cukup baik. Tak tau lak sorang dapat berapa. Kira kira lepas tol cukup.
Tahniah kepada Supp Bahar Nordin kerana menjadi Champion hari tu.
 
 Deputy Champion lak ialah Mej Ismail Hassan

dan Assistant Deputy Champion dimenangi oleh Kol Mutalib Salleh.

Keputusan keseluruhan saperti di pamirkan:

 
 
 

Kita selesai dalam jam 3.00 petang.
Salam

























































No comments:

Post a Comment