Friday, March 9, 2012

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS – SENAT 5/2012 DI MELAKA PADA 6 & 7 MARCH 2012



 Lapangan golf yang dipilih bagi SENAT kali ini ialah ORNA Golf & Country Club dan TIARA Melaka Golf & Country Club.  Kedua dua lapangan ini adalah bersebelahan, satu jalan dan dekat antara satu  sama lain. 5 flt bertanding untuk merebut PIALA SENAT sumbangan Mej Dato Ismail Hanifah. Piala kini dipegang oleh MJ Dato Amiruddin Aladad. Semua pemain kecuali yang asal dari Melaka menginap di Sri Malaysia.
Presiden tidak dapat menyertai sebab masaalah pemeriksaan kesihatan. Kita doakan beliau terus sihat. Timbalan  Presiden hanya dapat menyertai pada hari kedua.Kita merakam kan berbanyak terima kasih kepada Dato Nawi kerana telah berusaha juga untuk datang pada subuh hari kedua untuk menyertai SENAT. Kita maklum bahawa  isteri beliau,Datin Mani baru  saja  pulih  dari  pembedahan. Kita doakan supaya Datin Mani cepat sembuh. Kita salute Tan Sri Hashim  Meon, Penaung SETIAKAWANGOLF  yang terus menerus committed  bersama SETIAKAWAN.  Beliau bermain boleh dikatakan bagus di kedua dua lapangan tetapi  ada lagi yang bermain lebih baik dari beliau.
 Kedua dua course yang dipilih  adalah  menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Kedua duanya pulak terletak berdekatan.ORNA  G&CC pada saya lebih cantik landscaping nya.

 Namun kebanyakan pemain handicap tinggi macam saya akan terperangkap di green nya yang  kecil, undulating  pulak tu dan tidak berapa rata. 9 lubang pertama hancus sebab baru nak mengenali lapangan baru yang belum pernah saya jejak. Saya percaya pemain lain juga begitu. 9 lubang kedua barulah dapat recover. Recovery ini dibantu oleh club dan  kayu yang baik brand On Off dan  nasihat/tip dari sahabat  saya  MJ Dato Amir.
TIARA MG&CC  bagi saya adalah lebih sukar kerana (panjang)  long, banyak kolam  dan banyak hutan.

Very challenging. Namun saya bermain baik sikit tapi kawan saya Kol Mutalib tu hancus. Terus hilang confidence. Tak tau kenapa, ,munkin saya main bagus kut - entah lah. Permainan di TIARA MG&CC  memang menguji kesabarannya. .Isttighfar  banyak banyak lah Mutalib daripada menyebut benda benda lain.
Keputusan SENAT 5/2012 adalah saperti dipamirkan saperti berikut:
1.    Keputusan Keseluruhan Mengikut Handicap Terendah.


2.    Keputusan Pembahgian Hadiah SENAT 5/2012.


Tahniah saya ucapkan kepada Juara SENAT Ke 5 di Malaka  iaitu Ir Hilmi. .Kemenangan anda menjadi perangsang bagi yang lain untuk merebut piala tersebut dari Saudara.

Salam Hormat

MJHim
Pengerusi SENAT
ps: Gambar akan dipos apabila terima dari Ibrahim.

1 comment:

  1. Dengar cerita DNA tak dapat memasuki 'Comments'. Ini saya testing je.

    KolJohn

    ReplyDelete