Saturday, March 31, 2012

RANKING BULANAN SETIAKAWANGOLF BAGI MAC 2012






Bulan Februari 2012, walau pun 29 hari je tetapi ada 5 hari Rabu. Bulan Mac lak, walau pun ada 31 hari tapi hanya ada 4 hari Rabu je. Itu pun satu hari Rabu dimuatkan dengan pertandingan SENAT kita pada 7 Mac. Sebab tu kalau dibezakan penyertaan bulan lepas dengan bulan ni, terdapat perbezaan points di kutip
 kalau menyertai.
Anyway, sehingga akhir bulan Mac, Top Ranking ialah Dato Roslan Hanafiah.
Dia menyertai sebanyak 3 kali dapat nombor 2, 16 dan 3. Banyak points dia dapat. 114 kesemua nya. Kol Ramli Kinta second
dan Kapt Salimi third.



Ini untuk Mac je. Keseluruhan bagaimana?
Kita semak kedudukan masing masing dulu.



Salam Dari Panglima Handicap






Thursday, March 29, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BANGI GOLF RESORT PADA 28 MAC 2012

 Penghujung bulan Mac 2012, SetiakawanGolf mengunjung ke Bangi Golf Resort lagi. Memang course kesukaan ramai saya rasa. Seramai 32 members mengambil bahgian. 8 flights.  Penyertaan Setiakawan kalau kurang dari 6 flights – something is wrong somewhere. Dengan 24 ke 30 golfers memang lah kita menjadi tarikan kepada semua golf course yang menerima non members.
Keputusan permainan yang diterima dari Panglima Handicap ialah saperti dipamirkan:


Tahniah kepada semua pemenang.


Semoga dapat dikekalkan standard untuk masa masa akan datang.
Salam.

Monday, March 26, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI KUALA LUMPUR GOLF & COUNTRY CLUB PADA 21 MAC 2012





Pada mula nya terkejut juga mendapat berita dari Convenor kita. ‘ 21/03 SETIAKAWANGOLF akan bermain di Kuala Lumpur Golf & Country Club’. Ingatkan dia bersenda. Macam dia pegi  ‘outstation’ lah. Rupa nya betul. Macam mana dia dapat mengatur tak lah saya tahu. Ada sponsor rupa nya. Itu pun kena tampong sendiri pada mula nya RM 210 ke RM 230. Ingatkan bila meningkat naik sabagitu, tak ramai berminat, rupanya pada 18 Mar yang berminat dah meningkat ke 11 flights. 44 members dah respon. Pada hari sebenar terdapat 10 flights je. 40 members. Itu cukup baik.




Yang tak sedap, terima SMS dari RHM, saya dalam flight pertama. Tee off jam 8.10. Ini tempat orang, tempat pertandingan international lak. Tak mau lah ‘cock up’, jatuh standard nanti. Apabila sampai kelihatan buggy dah teratur mengikut flights. Memang organisation nya baik. Kira nya not much hassle. Semua berjalan lancar. Cuma semasa nak bergerak, saya didatangi staf meminta bayaran. Tapi saya tak memesan apa apa. Ada yang terlupa bayar lak.
Course untuk kita ialah East Course. Mengikut website nya – East Course ni:
‘An Exceptional Risk – Reward Design
This course is a parkland style course, with beautiful vibrant coloured landscaping. Designed to reward the intelligent golfer, the length, layout and toughness of this course, offers the potential for major international tournaments. The magnificient golf course features impeccable fairways and greens, challenging elevation changes and an environment that enhances the essence of the local terrain. This 18-hole championship ground was design in full respect of the tranquility and beauty of the experience and to set each player in harmony with nature. If offers a very different character, with natural grasses and wetlands and a sanctuary to provide a habitat to the numerous forms of wildlife and birds in the area’.

Kita teruskan  pergerakan ke East Course.

 Tepat jam 0820 kita tee off. Dato Presidente, Dato Tairobi, Kol Mutalib dan saya.
 
 
Saya, pertama kali menyertai selepas 5 bulan tak bermain.
Dalam persiapan tak jumpa kasut. Beli kasut baru. Adidas Samba. Harap harap boleh main cam Sergio Garcia. Lubang pertama, putting untuk par, dapat bogey. Lubang kedua, putting for par, dapat bogey juga. Lubang ke3 putting for par, dapat bogey je. Dato Presidente menyebut, kalau maintain gitu boleh jadi champion. Takat tu je. Lepas tu berterabur. Hancus. Saya dapat main sehingga Lubang 14 je. Pas tu
terpaksa jadi passenger je. Tak boleh gi. Keletihan.


Cuaca pun bagitu baik, tak hujan lah tu, tapi panas memancar. Saya masih belum pulih penuh. Kena bertanggoh lagi sehingga betul betul fit. Tapi saya enjoy outings tu. Selain dari menjejakkan kaki kegelanggang, dapat bertemu kawan kawan.


 Ada juga yang baru kenal. Memang outings yang bagitu akrab dan mesra.
 Tambahan lak, Convenor telah menjemput makan tengah hari ke rumah baru nya. Ini kira ‘House Warming lah’.






Anyway, kita bermain di venue international. Maybank Malaysia Masters akan diadakan tak lama lagi.
Kira kita main dalam Pro Am. Am je yang ada. Pro tak sampai lagi.


  Lain rasa nya bermain disana. Memang seronok. Terasa juga macam ada rakaman TV lak. Cuma tiada siaran je. The course was superb. Ingatkan susah nak bermain baik, tapi ada juga bermain ‘under’. Mej Adnan, net 69 dan Saudara Zainal Abidin, net 71.

 Keputusan Keseluruhan saperti dipamirkan:
 

Sempat kita menyampaikan hadiah jam tangan sumbangan Dato Johar Murad untuk Hole-In-One SetiakawanGolf. Pemenang nya ialah Halimi Abdullah yang mencapai kejayaan tu semasa Permainan Mingguan SetiakawanGolf di Staffield Golf Resort pada 29 Feb 2012. Tahniah Halimi.



Seramai 14 peserta menerima hadiah yang di adakan di teratak Kiara View RHM.

 



 

Kali ni champion dan deputy champion menerima hamper. Dalam cabutan bertuah, Puan Marsuah, the Lady Of the House, menerima  hamper juga. Terima Kasih diucapkan kepada RHM dan Puan Mars kerana mengatur jamuan yang bagitu lazat dan mengenyangkan. Anchor dish ialah beriani kambing, ayam dan lembu dan diselang seli dengan juadah juadah lain. Cantik pun cantik dan sedap lak. Congrats to both RHM dan Mars on their new house. Semoga berpanjangan menerima rezeki dan berkat Allah Subhahan Nahuwataala. InsyaAllah.
Salam