Friday, December 2, 2011
PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 30 NOVEMBER 2011 DI BUKIT KEMUNING GOLF & COUNTRY RESORT
Dah lama juga Setiakawan tak bermain di Bukit Kemuning. Oleh sebab course ni utara KL, maka members kita di Seremban memerlukan lebih masa untuk sampai. Kena ikut KESAS Highway. Yang mungkin suka bermain disini ialah Mahfar Hashim sebab kediaman nya disini.
Anyway, grup kita bermain disini.Tak pasti saya berapa ramai yang bermain, tapi saya jangka tak kurang dari 30. Yang saya ingat sangat course ni ialah Lubang 5. Ada kolam besar di kanan tee box. Tiap tiap kali saya tee off, bola garenti masuk kolam. Adjust macam mana pun, bola kesitu gak. Last main situ ‘selamat’. Kira nya ‘jinx’ dah habis lah tu. Harap takde sapa yang mengalami nasib yang sama.
Mengikut cerita, permainan kita kali ni ialah ‘washout’. Hujan lebat sehingga tak boleh selesaikan 18 lubang. Ada yang tak mandi pagi lah tu. Atau tak mandi ‘J’. Jadi hadiah kira untuk 9 lubang je. Nampak score kita kali ni pelik sikit. Tapi mengikut Panglima Handicap, kita tidak akan masuk kira score kali ni, Cuma untuk pemenang hadiah je. Keputusan pada hari tu adalah saperti dipamirkan.
Beberapa gambar yang diambil dolu dolu - pada 20 Apr 2011.
Salam
Setiakawan Akan Dapat Handicap Baru Bagi Bulan Disember lak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment