Monday, June 5, 2017

RANKINGS SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN MEI 2017


Bagi bulan Mei 2017, seramai 61 members telah menyertai tournament mingguan kita. Dari jumlah itu hanya 6 orang je yang full house. Bermain sebanyak 4 kali. Kebanyakan nya bermain sekali atau 2 kali. Perlu diingatkan bahawa untuk menyertai SetiakawanGolf Golfer of the Year atau SEGOY member perlu telah bermain sebanyakl 25 kali sehingga hujung tahun. Mengambil kira bahawa dalam sesuatu tahun tu ada 44 minggu, sasaorang member perlu bermain purata sebanyak 3 kali sebulan untuk memenuhi kelayakan. So, members semua digalakkan menyertai tiap tiap minggu untuk memenuhi syarat kelayakan ini. Memang ketat dan tiada kelonggaran diberi kepada sesiapa pun.
Ranking kita bagi bulan Mei ini saperti di pamirkan:

Mendahului Ranking kali ni ialah: Mej Rustam Ramli dengan 326 points.
Ranking Ke2 ialah Dato Tairobi Razak dengan 304 points dan

Ranking ke3 ialah Hj Ismail Muhammad dengan 266 points.

Nampak nya Top 10 saperti yang kita duga, cuma di Ranking ke5 terdapat Kol Tarmizi Yom yang bermain hanya 2 kali, Ranking ke7 Dato Amiruddin Mahmud pun bermain hanya 2 kali je.
Selain dari menyertai Tournament Mingguan kita, penting juga mendapat kedudukan yang baik. Baru boleh jadi peserta ‘Seeded” bila kita adakan SEGOY kelak.
Salam

AJK SERANTA    

No comments:

Post a Comment