Tiap tiap tahun sejak tahun 2010 kita mengadakan sambutan hari raya sebagai keluarga. Ini kali ke 5 kita mengadakan. First kita adakan di Hotel D’Palma pada tahun 2010. Lepas tu kita adakan 4 kali berturut turut di Wisma Perwira Seri Kota, KL. Wisma Perwira Rejimen Jurutera Di Raja. Hari ni juga hari kita mengadakan pertandingan SESTRO di Nilai Springs Golf & Country Club. Siang di padang golf – malam menyambut hari raya di Wisma Perwira.
Bila sampai jam 8.00 malam dah ada tetamu yang dah sampai.
Kena daftar dulu kat Supt BaharNordin. Sekepala kita kena RM 45.00. Ok tu. Kalau nengokkan hidangan yang disediakan.
Nasi Briani, daging masak hitam, acar timun,
air sirap, mee/kueh teow goring,
nasi impit kuah kacang, lemang rending ayam, kuih muih, buah buahan, the Tarik, kopi o dan kambing panggan sekor.
Kita mulakan dengan ucapan oleh Timbalan President Dato Nawi Alias. Dato President terpaksa ke luar stesyen untuk tugas resmi.
Seterus nya diadakan acara sumbangan derma oleh Tan Sri Hashim Meon kepada Rumah Nur Kasih, iaitu sabuah pertubuhan amal yang mendidik anak anak yang perlu bantuan.
Selain dari sumbangan duit raya kepada anak anak yang datang Tan Sri juga menyumbang sebanyak RM 4,600 kepada Rumah tersebut.
Tan Sri Hashim juga mengetuai bacaan doa sempena perjumpaan kami pada malam itu. Seterus nya kami menjamu selera. Riuh satu wisma.
Ia lah sambal menikmati juadah, kita turut menanya khabar serta mengucap selamat hari raya.
Acara penyampaian hadiah di kendalikan oleh Dato Malek Shahar. Keputusan saperti di pamirkan:
Salam