Tuesday, April 14, 2015

PERMAINAN SETIAKAWANGOLF WEEKLY MEDAL PADA 08 APRIL 2015 DI TASIK PUTERI GOLF A7 COUNTRY RESORT


 

 

Kita ke Tasik Puteri lak kali ni. Bermain di Putera dan Puteri Nines. Kalau di Amverton seramai 28 orang, di Tasik Puteri seramai 26 orang saje. Memang bila terlalu jauh keluar dari Klang Valley kehadiran berkurangan. Cuma yang tak disangka, Dato Khairuddin yang selalu nya tak akan bermain di sini muncul lak.
Cuaca elok hingga ke bahang menjelang tengah hari. Tapi seronok. Cuma keadaan fairway nya kurang jagaan. Kita terpaksa ‘Preferred Lie’.

Makan tengah hari di Dewan Puteri di ikuti acara Pencapaian Hadiah. Champion keseluruhan ialah Kol Mohammad Abdullah.
Dengan handicap 14, dia mendapati nett score 68.
Deputy Champion ialah Dato Zainal Rahman.

Handicap 18 dan nett score 68.
Assistant Deputy Champion ialah Dato Jasmay Shah.
 
 Handicap 14 dan nett score 69. Keputusan termasuk SIS saperti di pamirkan.


 
 
 
 
Keputusan keseluruhan saperti di pamirkan:
Tambahan: Teringat juga LMN Aminuddin memaklumkan bahawa ada pihak di MCM akan membantah kepada ASTRO kerana membatalkan Channel 815 (Golf Channel) dan yang berminat kena lah langani channel yang baru di Channel 835. Pada masa tu kejuaraan Arnold Palmer Invitational dan Shell Houston akan bermula. Kita menaruh harapan supaya bantahan ini akan berhasil dan channel tu di siarkan semula mengikut package yang di langani. Takde apa pun. Pabila kejuaraan Arnold Palmer Invitational akan berlangsung dan masih takde response dari mana mana pihak, saya terpaksa lah melanggan channel yang baru dan membayar tambahan.  Ini beban nya bila kita tertakluk kepada ‘manipulasi’ pihak swasta bila mereka ada ‘monopoli’ perniagaan. Kita pengguna menanggung impak nya. Kita kena mengharap pihak kerajaan untuk melindungi kita pihak pengguna tapi nampak nya tak de apa apa.
Salam

2 comments:

  1. Thank you John and congratulations to SWM Champion Col Mohammad. Looking forward to have a game with you in next SWM at Nilai Spring Golf & Country Club.

    ReplyDelete
  2. Thank you John and congratulations to SWM Champion Col Mohammad. Looking forward to have a game with you in next SWM at Nilai Spring Golf & Country Club.

    ReplyDelete