Friday, July 11, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA SETIAKAWANGOLF DI RIVERSIDE CAFETERIA TANJUNG LOUNGE PWTC PADA 09 JULAI 2014


Tahun ini kita bertukar tempat lak. Kalau tahun tahun yang sudah selama 3 tahun kita mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel de Palma, Ampang, kali ni kita ke PWTC lak. Di Riverside Cafetria dan untuk privacy di Tanjung Lounge. Semua ini usaha serta pengaruh COO kita Raden Hamzah Massod.
Dari awal lagi dia telah melobi tempat baru. Kalau ada angka sampai 56 orang boleh gunakan Tanjung Lounge khusus untuk kita. Macam macam cara diguna nya untuk memujuk members hadir dengan angka yang dikehendaki. Bukan itu aje – dia melobi untuk mendapatkan sponsor saekor kambing dengan harga RM 600. Tak kurang yang menyumbang sehingga tercapai tujuan nya.

Mengikut rancangan kita patut berjumpa jam 1700 hrs. Bertujuan untuk berinteraksi sesama kita sabelum berbuka. Betul juga tujuan itu sebab bila berbuka nanti tumpuan hanya kepada juadah dan berinteraksi sesama meja.
 
 


 
Cuma terhalang sikit kerana kesesakan lalu lintas pada masa masa itu di KL.
 

 Acara kita dimulakan jam 1830 dengan bacaan doa yang diketuai oleh Penaung kita Tan Sri Hashim Meon. Selesai itu kita menyampaikan hadiah Hole-In-One berupa jam tangan kepada Kol Abdullah Khir.
Pencapaian nya berlaku beberapa bulan sabelum ini tapi hanya sempat diserhkan kepada nya oleh penyumbang Dato Johar Murad pada malam itu.
Pabila Azan Berkumandang, hadirin semua memulakan berbuka puasa. Tempat sembahyang disediakan di Surau An Nur diTingkat Pertama. Selesai sembahyang maghrib members pun memulakan jamuan.

 
Banyak juadah yang disediakan. Dari lauk kari ikan kepada udang. Dari sayur kailan ke salad.


Dari sup ikan ke bubur. Dari satay ke lauk kambing. Memang ‘we were spoilt for choice‘. Bagitu juga manisan. Macam macam ada. Buah buahan ke pudding ke sagu ke kueh kueh. Memang amat memuaskan.
Kita selesai dalam jam 2100.
Dengan pencapaian sedemikian ada juga cadangan supaya perjumpaan hari raya diadakan di situ juga.
Salam.

1 comment:

  1. Terima kasih, John, atas laporan majlis berbuka puasa Skawangolf 2014 yang amat menarik.
    Tahniah kepada COO, Raden Hamzah, kerana telah merancang dan menjayakan majlis pada tahun ini. Terima masih kepada semua ahli, isteri dan keluarga yang turut hadir. Selamat berpuasa semoga semua amalan kita diterima Allah swt.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir batin.

    ReplyDelete