Saturday, March 15, 2014

SENAT SG PETANI 2014












SENAT kali ini ada kelainan sikit.Lebih daripada separuh peserta menaiki bas yang ditempah khas.Sangat menyeronokkan,santai dan tidak meletihkan.Perbelanjaan tambang pergi balik juga sangat kurang kalau dibanding dengan menaiki kenderaan sendiri yang kena bayar minyak, bayar tol dan service kenderaan selain akan meletihkan dan suasana sepi.
Atas bas kelab pakau gin rummy bersidang sebaik bas bergerak hingga sampai kedestinasi.
Bas dari Seremban RV di perkarangan Wisma Perwira Jutra berdekatan Open University Jln Tun Ismail untuk mengangkut para peserta dari sekitar KL.
Terima kasih kita ucapkan kepada Dato Tairobi dan Kol Sidek diatas inisiatif membenarkan pemain golf kita menyimpan kereta mereka dikawasan wisma tersebut yang cukup selamat.Terima kasih juga diatas hidangan kopi dan nasi lemak sebelum bertolak.
Dalam perjalanan kami berhenti di Sg Perak dan Bt Gantang.
Di Sg Petani kami menginap diHarvard sebuah hotel disebelah Golf Club.
Hotelnya decent, bersih, murah dan memenuhi keperluan asas para peserta. Kelab pakau bersidang pada setiap malam.Kalau siapa siapa kawan kita yang nak menginap disana satu hari nanti tentukan tidak ambil bilik 225 sebab bilik tu 'keras sikit'.




Kedua dua lapangan golf yang kami main iaitu 11 Mac di Cinta Sayang dan 12 Mac di Harvard masih kering oleh sebab kemarau. Jadi kebanyakan pemain dapat memukul dengan jauh sekali disebab lantunan bola diatas padang yang keras lagi kering.Green diHarvard lebih baik dari Cinta Sayang.
DiCinta Sayang Kol Dollah Khir jadi Juara dengan bermain nett 3 under.
Di Harvard pula DHY jadi Juara dengan keputusan nett 7 under.
Overall DHY Juara SENAT 2014 .
Keputusan saperti di pamirkan:

Selain bergolof kita juga menganjurkan Majlis Makan Malam ala Steamboat supaya semua peserta,para isteri dan beberapa orang sahabat kita di Sg Petani dapat berinteraksi. Semasa makan malam kita dihibur oleh 'one man show' yang sangat berbakat dengan nyanyian,tiupan saxophone dan gitar.
 
 



Kita merakam berbanyak terima kasih kepada 19RAMD kerana telah menyediakan kenderaan bagi para isteri kita bersiar siar.Periok, belacan, asamjawa, pekasam, ikan kering dan banyak lagilah semua depa beli. Penghargaan juga kita panjangkan kepada GOC 2Div ( Panglima Divisyen) Mej Jen Dato Syukri kerana telah sudi datang untuk makan tengah hari dengan kita di Cinta Sayang. Panglima 6 Briged Brig Jen Zakaria kerana bersedia untuk memberi apa apa batuan kepada SETIAKAWAN walaupun beliau sedang bertugas diluar.
Peyampaian hadiah diadakan di Dewan Anjung Sari Hotel Suasana Havard pada tengah hari Rabu 12 Mac selepas permainan golf.

 

 





  

 
 
 

 
 
 

Kami bertolak balik pada pukul 3.30pm dari Harvard
 
dan sampai di Wisma Perwira Jutra pada jam 1030 malam dengan selamat. Alhamdulillah.
Akhirnya selaku Pengerusi SENAT saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada sahabat sahabat betikut diatas bantuan yang tidak berbelah bagi
a. Dato Nawi Alias Deputy President/Capt diatas segala pandangan
b. Raden Hamzah Massod sebagai Convenor.
c. Dato Tairobi Razak Vice Capt diatas segala nasihat technikal dan persiapan flight lists
d. Dato Amin Mohd Salleh diatas penentuan handicap dan nasihat technikal
e. Kol Mutalib Mohd Salleh diatas pengiraan score dan penentuan position.
f. Dato Malek Shahar sebagai imam, mc dan memimpin doa.
G.Eddie Putera kerana telah membawa team photographer untuk ambil gambar SENAT
Keseluruhan nya ' a very interesting and enjoyable outing for SENAT 2014
Wassalam

No comments:

Post a Comment