Thursday, November 7, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 06 NOVEMBER 2013 DI KELAB GOLF SERI SELANGOR


    

Minggu ni kita bermain di Kelab Golf Seri Selangor. Cuma 25 orang je ambil bahgian. 7 flight. Tak ramai.

Tapi kelihatan Penaung kita Tan Sri Hashim Meon. Baru balik dari menunaikan Haji. Welcome back Tan Sri.
Kita tee off dari 2 tee box. No 1 dan 10.
 
 

Cuaca elok. Mendong sikit. Ada juga hujan renyai.
 

Tak mengganggu permainan kita. Bahang terasa ke tengah hari. Course ni tak lah panjang sangat (6124 meter), tapi buggy on track. Itu yang rasa jauh. Especially bila bola di seberang track. Menyimbah yimbah peluh.
Setelah selesai, kita ke Dewan Makan untuk makan tengah hari.
 
Dato Malek Shahar mengendalikan penyampaian hadiah. Tahniah kepada Bowmanaf kerana menjadi champion sekali lagi. Minggu lepas dia juga champion. Tapi kedua dua kali dia takde untuk menerima hadiah. Harap harap lain kali dia akan tunngu sekejap untuk menerima hadiah. Deputy Champion ialah Tan Sri Nik Ismail lagi dan Assistant Deputy Champion ialah Hj Malek Dato Hormat.
 Last week dia nombor 6. Lahhh – takde orang lain nampak nya. Yang lain kena mencuba lagi baik untuk naik podium.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:






Salam


No comments:

Post a Comment