Tuesday, July 9, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 08 JULAI 2013 DI BUKIT UNGGUL COUNTRY CLUB

Kali ni ada perubahan sikit. Kali ni kita bermain hari Isnin, 08hb Jul. Kerana dah nak masuk bulan Ramadhan. Dijangka hari Rabu. Anak bulan akan dilihat pada hari Isnin 8hb juga. Kira last kopek sabelum berpuasa. Pas ni kita mula semula selepas Hari raya nanti. Sepanjang bulan puasa SetiakawanGolf tidak akan merancang permainan golf.
Kita bermain di Bukit Unggul Country Club. Where Eagles Live & Play. Patut nya seramai 32 orang bermain. 8 flights. Terdapat 3 orang tak datang. Jadi 29 orang je bermain.
Mula mula bersarapan.
 
 

Pas tu ke tee box 1 dan 10.
 

 

 


Kali ni saya satu flight dengan Presidente. Handicap 24 macam saya.
 Lagi dua Hj Rahim Kassim
 dan Dato Roslan Hanafiah.

 Handicap 17 kedua nya. Seimbang lah tu. Cuaca mula nya mendung. Sejuk rasa nya.
Menjelang tengah hari cerah dan panas sikit. Tak bagitu bahang. Selesai bermain dalam keadaan sabagitu.
 


Selesai bermain, bermandi bersiap, kita pun ke kediaman Mej Sardon Kaprawi di Mutiara Bangi.
Sampai saya kesana dah ramai yang ada. Dah mula jamuan tengah hari. 
 
 
Nasi Ambeng. Orang Batu Pahat lah kata nya. Mesti lah nasi ambeng. Mengikut Wikipedia ‘Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa berupa nasi putih yang diletakkan di atas tampah dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk dapat berupa perkedel, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, dan opor ayam.’Sebahgian je cerita. Nak tahu lagi kena gi Wikipedia.


Selesai makan, acara penyampaian hadiah. Keputusan keseluruhan saperti dipamirkan:

Tahniah kepada Dato Tairobi kerana menjadi champion.
 Deputy Champion lak ialah Capt Yahya Othman
 
dan Assistant Deputy Champion ialah Mej Sardon Kaprawi.
 

Diumumkan juga pencapaian Hole-In-One di Lubang 14 Par 3 sejauh 120 meter oleh Capt Yahya Othman. Dia juga memenangi Bulls Eya bersama dengan Mej Rustam Ramli. Tahniah Yahya. Terima kasih juga atas minuman percuma belanjaan Saudara.Hadiah untuk Hole-in-One ialah sebuah jam sumbangan Dato Johar Murad.Mengikut cerita dia akan ganti satu lagi. Mudah mudahan.

Kita jumpa menyampaikan sejambak bunga tanda penghargaan kepada isteri Mej Sardon, Mas yang telah sudi menyiapkan hidangan yang bagitu menyelerakan.
Dan sudi menjemput kami ke kediaman mereka.
Selesai acara kita pun bersurai dengan janji untuk berjumpa pada 17 Jul di majlis buka puasa kita.
Salam

Ps:
Kalau nak ingatkan Rukun Islam kena dengar lagu P Ramli ‘Rukun Islam’. Kalau nak ingat niat puasa kena dengar lagu ‘Puasa Dulu Baru Raya’  oleh Raihan.

Selamat Memulakan Ibadah Puasa pada 10 Julai 2013.
Dimaklumkan juga majlis Berbuka Puasa SetiakawanGolf akan diadakan pada 17 Jul 2013 di Hotel D’Palma di Ampang. Tempahan tempat melalui Raden Hamzah dari sekarang. 

























No comments:

Post a Comment