




Kita bermain di Staffield G&CR. Orang lama yang tak kita nampak datang sekali. Dr Hassan Mat turut menyertai. Hampir tak kenal. Lama sangat tak jumpa. Selamat Kembali Doc.
Seronok berjumpa pada pagi Rabu ialah members semua sedang menegur sesame sendiri. Ada yang sedang bersarapan, ada yang sedang membeayar kepada Tukang Kutip Duit, ada yang sedang order da nada yang baru sampai. Riuh juga dikawasan Golfers’ Terrace tu. Semua meneliti Flight List. Dengan sapa lak dia akan bermain pada hari tu.
Bila selesai ‘prelims’ kita pun bergerak ke tempat buggy. Cari beg lak. Letak beg atas buggy dan yang ambik caddy, kena cari caddy dulu. Caddy diStaffield hanya RM 40. Sapa yang hendak boleh lah menempah satu dengan bayaran sendiri.
Lepas tu baru ke tee box. Saya Flight Nombor 2 dengan Dato Khairuddin MY, Dato Hashim Yahaya (MJHim) dan Hj Roseli Deli.
Semua handicap 24 melainkan MJHim dengan 22. Wah eksjen dia pasal kena bagi 2 stroke kat kami. Lagak macam single handicapper je.


Staffield ialah course kegemaran kita. Cuma mahal sikit.

Kita selesai dalam jam 1.30 dan selepas mandi manda, memakai pakaian bersih pegi ke Restoran Tomyam Beranang.



Tempat kita selalu mengatur makan tengah hari. Ikan, sayur, tomyam dan telur. Hari panas, makan pedas. Menyimbah yimbah lah peluh. Tapi sedap. Ada dalam 18 orang yang hadir. Yang lain ada hal lain.
Dato Mokhtar Perman dijemput untuk menyampaikan hadiah. Maknanya dia tak dapat lah tu. Senarai pemenang adalah saperti dipamir dibawah:







Selesai pembahgian hadiah, jawatankuasa telah berbincang.

Perkara perkara yang dibincang termasuk:
a. Lawatan Setiakawan ke Ho Chi Minh City pada 29 Mei hingga 3 Jun 2011. Beberapa perkara ditimbulkan dan akan diambik perhatian supaya lawatan akan datang dapat diperkemaskan semula.
b. Lawatan ke Bandung Indonesia. Ini merupakan pertandingan SIM kedua bagi tahun 2011. Lawatan dirancang mulai 16 hingga 20 Oktober 2011. Members diingatkan supaya memaklumkan penyertaan. Lebih penting, buat tempahan kapalterbang. Berita lanjut akan diedarkan melalui Convenor RHM atau Chairman SIM, Dato Khalid Saad.
c. SESTRO 2011. Setiakawan Stableford Trophy. Akan diadakan pada 20 Julai 2011 diTasik Puteri Colf & Country Club. Nota Tambahan: Pada 20 Jun, RHM telah memaklumkan bahawa kita dah ada 10 flight. Wah, 40 members telah mendaftar. Yang lain harap maklumkan penyertaan secepat boleh.
Kita bersurai dalam jam 4.00 petang.
Salam.
Setiakawan Akan Ke Bukit Unggul pada 22 Jun 2011. Jumpa Sana.