Thursday, May 1, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF SMM 30/14 PADA 30 APRIL 2014 DI NILAI SPRINGS GOLF & COUNTRY RESORT

Minggu ni kita ke Nilai Springs lak.
Dah lama tak main disini Disegi penyertaan angka nya berubah ubah. Memang kita kena terima perubahan perubahan sedemikian. Tapi fenin kepala Convenor. Akhir nya seramai 43 menyertai. Sebelas flight tu. Hebat. Minggu ini juga ialah SetiakawanGolf Monthly Medal atau SMM. Selalu nya ada A, B dan C Medal Winners. Belum ada berita lagi.

Tahniah kepada Kol Johary kerana menjadi Champion.

Dia bermain net 71. Handicap 10. Bermakna dia bermain gross 81 je. Yang bermain net 81 keatas seramai 11 orang. Amacam?
Deputy Champion ialah Dato Amin Salleh. Our Panglima Handicap.

Dia bermain net 71 juga.
Assistant Deputy Champion ialah Kol Razaki Darus dengan net 71 jugak.
 Lah top 3 sama net. Well done.
Keputusan keseluruhan saperti di pamirkan:

 
Salam.

Thursday, April 24, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 23 APRIL 2014 DI AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT


Minggu ni Setiakawan bergerak ke Amverton Cove lak. Seramai 27 orang mengambil bahagian. Seramai 14 orang main under. Main di Blue tee box lak. Nampak nya Amverton Cove ni terlalu mudah atau terlalu banyak kali bermain disini dah tahu selok belok ndak dapat score rendah. Seramai 6 orang kena turun handicap. Memang baik sekali.
Tahniah kapada LMN Aminuddin kerana menjadi champion kali ni.
Orang Kelante bermastautin di Melaka ni mendapat net 67. Dah kena potong handicap kepada 17 sekarang. Tahniah juga kepada Ratnam sebagai Deputy Champion dengan net 67

 dan Assistant Deputy Champion ialah Hj Malek Hormat.
 



Walau pun bermain net 68 tapi tak kena potong handicap sebab dia bermain di handicap 10.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:



 
Salam

Sunday, April 20, 2014

FOR OUR FRIEND AND SIFU


Baru baru ni. Pada 10 Apr 2014 kawan kita Dato Khalid Saad membawa istari tersayang Datin Hamidah Yusof ke IJN. Checkup routine je. Disana keadaan nya secara kebetulan menjadi teruk. Terpaksa di masukkan ke wad. Selama 9 hari di sana. Dah pulang ke rumah dah. Moga moga kesihatan bertambah baik lagi. Missy kena banyak bersabar dan menjaga Datin.
Teringat saya, semasa Dato Khalid Panglima 2 Div dulu. Ada juga dijemput majlis Makan Malam. Pas tu sessi karaoke. Lagu wajib Datin ialah ‘Tenda Biru’ dan bila berduet dengan suami nya lagu ‘Selasih Ku Sayang’.
Dalam berehat tu di muat turun lagu lagu itu serta jawapan kepada lagu ‘Tenda Biru’. Sebagai gurauan. Semoga Datin Midah terhibur.



Salam.

Thursday, April 17, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 16 APRIL 2014 DI BANGI GOLF RESORT





 Permainan Mingguan kali ni beralih ke Bangi lak. Bangi Golf Resort. Seramai 27 orang mendaftar. 7 flights. Perubahan sikit. Kali ni tee off dari Blue Tee. Apa lah keputusan nya.
Tahniah kepada Saudara Ibrahim Yunus yang menjadi champuion kali ni.

Dia bermain 66. 6 under. Memang terra. Handicap diturunkan sebanyak 2.
Deputy Champion lak ialah Kol Sidek dengan net 71.
 
Assistant Deputy Champion ialah oreng lamo dengan net 72.
Dato Presidente pula memenangi Bullseye:
 
Keputusan keseluruhan di pamirkan:



Salam.

Thursday, April 10, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 09 APRIL 2014 DI KINRARA GOLF CLUB




SetiakawanGolf mengunjungi Kinrara Golf Club lak. Course ni rating nya 71 je. Pendek. Sebab tu seramai 10 orang main under. Ada yang 5 under pun.


 
 

 
Tahniah kepada Dato Salleh Ismail kerana menjadi Champion kali ni.
Dia main 66. Dah kena potong handicap satu stroke. Sekarang dia akan bermain 20.
Deputy Champion ialah Kol Adenan dengan net 68.

Dia tak kena potong kerana dah main 10.
Assistant Deputy Champion ialah Kol Ramli Kinta.
Dia kena potong. Sekarang bermain 13.
 

Penyampaian hadiah telah di adakan di Dewan Makan kelab.
 
 

Lauk asam pedas ikan kembong, telur dadar, sayur campur dan ayam masak kicap. Nasi putih dan air sirup. Hadiah disampaikan oleh Mej Che Anuar.
Keputusan keseluruhan dipamirkan.


 
 
Selesai majlis, jawatankuasa telah bersidang.
Salam.