Thursday, December 6, 2012

THE PRESIDENT’S TROPHY – 05 DISEMEBER 2012 DI STAFFIELD GOLF RESORT

 



 



 The President Trophy atau PRESTRO yang ke 4 diadakan di Staffield Golf Resort pada 05 Dis 2012. Bila menerima senarai pemenang dari Panglima Handicap saya ternampak satu nama yang tak pernah di lihat sabelum ini. Tan Sri Zahidi Zainuddin. Mantan PAT.
 
 Welcome Tan Sri.

 

 
 

 

 
Bila dilihat senarai terlihat juga bahawa champion kita kali ini belum pernah menjulang piala sabelum ni. Dr Khalil Ramli.
 

Permainan dia baik. Cuma tak menang je. Tahniah Doc. Ingatkan tak buka klinik macam biasa. Bila terima gambar dari Dato Khalid, baru tahu champion kita terpaksa pulang untuk ‘membuka klinik' . Ingatkan ada locum cover.Jadi raden Hamzah terpaksa mewakili nya.
 
 Deputy Champion. Kol Ali Hussin. Orang Melaka. Kebelakangan ni memang dia menyerlah. Kuat pulak tu. Dapat Longest Drive di Back Nine. Orang Kuat biasa memang lah dapat hadiah. Kol Abdullah Khir without fail akan mendapat longest drive jugak.Top 5 tu memang pemain yang kukuh belaka.
Tahniah kepada semua yang mengambil bahgian.Keputusan saperti dipamir:

DiConggak Oleh:
 
Salam.

Sunday, December 2, 2012

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI DISEMBER 2012

 


Handicap bagi bulan Dis 2012 di pamirkan.

 

Single handicapper seramai 11 orang, belasan seramai 72 dan puluhan seramai 38. Perbezaan diantara bulan Okt, Nov dan Dis di tunjuk sebagai panduan.
Handicap    Oktober    November Disember
Single              11                10            11
Belasan           65                69            72
Puluhan           37                38            38
Jumlah           113             117          121

Semoga handicap yang di pikul ni serasi dengan permainan members sekelian.
Salam



Saturday, December 1, 2012

ENJOY


PERTANDINGAN SETIAKAWAN MONTHLY MEDAL 3/2012 DAN PERMAINAN MINGGUAN DI STAFFILED GOLF RESORT PADA 28 NOVEMBER 2012

 
Permainan kita pada minggu ini melibatkan 2 pertandingan. Yang pertama ialah Permainan Mingguan kita atau W/O dan yang kedua nya ialah Setiakawan Monthly Medal yang ke3 atau SMM 3/2012.
Secara menyeluruh Dato Roslan menjadi champion W/O diikuti oleh Kol Dul Ngajis dan Richard. Selain dari itu, mengikut Medal dalam SMM lak champion nya ialah:
a.    A Medal : Kol Dol Ngajis.

 
b.    B Medal : Dato Roslan Hanafiah



c.    C Medal :  Mej Sardon Kaprawi.


Keputusan keseluruhan adalah saperti di pamirkan:




Bagus juga bermain di Staffield GR. Dapat juga berlatih untuk PRESTRO pada 5 Dismber nanti.
Semoga yang bermain baik akan menang. Selamat Bertanding.
Salam
KolJohn

Sunday, November 25, 2012

THE PRESIDENT’S TROPHY 4/2012

 


 Pertandingan the President’s Trophy akan diadakan di Staffield Golf Resort pada 05 Disember. Ini kali ke 4 kita adakan pertandingan. Butiran dan pemenang yang lepas adalah saperti berikut:
Siri               Tarikh                         Venue                                        Champions
1/2009                                Port Dickson Golf & Country Club      BG Rahman Jabir
 

2/2010                                Tasik Putri Golf & Country Club          Dato Mohd Isa Hassan

3/2011    28 Dis 2011          Staffield Golf & Country Resort           Tiada Pemenang
                                                                                                        (Capt Yahya?)
 
4/2012    05 Dis 2012    Staffield Golf & Country Resort                    -
 
Pilihan untuk mengadakan nya di Staffield Golf & Country Resort ada lah sesuai sekali. Memang course ni kesukaan kita. Aturan dengan club tu pun memuaskan. Kelayakan PRESTRO ni ialah secara otomatis bagi Ahli Biasa dan sebanyak 8 kali bagi Ahli Kasual.  Sesiapa yang memenuhi seharus nya menyertai. Biar ramai bertanding. Harap harap ada muka baru menang kali ni.
Kita tunggu 05 Dis 2012. Selamat Bertanding.
 Salam.

Thursday, November 22, 2012

KEPUTUSAN PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BUKIT UNGGUL GOLF RESORT PADA 21 NOVEMBER 2012

 


  Minggu ni Setiakawan bermain di Bukit Unggul GR. Seramai 36 orang. 9 flights lah tu.
Keputusan adalah dipamirkan:

Tahniah kepada Dato Jasmay Shah yang telah bermain 3 under 68.
 Kena potong satu stroke. Kerap nampaknya Dato Jasmay ni kena potong handicap. Memang terra lah tu. Kedua Dato Amiruddin, satu under 70

 dan ketiga ialah Kol Ali Hussin dengan par golf 71.



 
 
 
Pada hari tu juga, kita telah  menyampaikan Piala Setiakawan International Masters kepada pemenang di Jakarta baru baru ni. Penaung kita  yang juga penaja piala tersebut Tan Sri Hashim Meon telah menyampaikan nya kepada Kol Dato Hamid Abdullah.
Tahniah kepada Dato Abdul Hamid kerana memenangi nya. Di Ho Chi Minh City pun dia telah memenangi piala SIM ni.

Di ingatkan, perkiraan saya, dari 113 members yang tersenarai, hanya 14 orang je layak menyertai SEGOY 2012. SEGOY akan berlangsung pada 16 Januari 2013.. Cuma ada 7   permainan mingguan kita dari sekarang. Kelihatan beberapa personality yang masih belum layak. Patron kita Tan Sri Hashim Meon, Tan Sri Ahmad Saruji, Dato Amiruddin, Kol Razaki, Mej Sardon Kaprawi dan Kol Arham masih tak mencukupi tapi berpeluang. Jadi tentukan menyertai sehingga hujung tahun.  Kita perlu menyertai WO kita sebanyak 25 kali.
 
Salam