SESTRO kali ini merupakan kali ke8 kita adakan kejohanan ini. Kali ni di Staffield Country Resort. Piala ni telah dikenalkan pada tahun 2010. Di taja oleh Tan Nik Nik Ismail Nik Mohamed.
Dan pada tiap tiap tahun apabila di adakan Tan Sri Nik akan menyambung penglibatan nya dengan menyumbang wang dan juga hadiah barangan untuk peserta. Tak beza kali ni.
Cuaca tenang dan cerah walau pun ada makluman dari Supt Bahar Nordin bahawa kawasan nya di Kelana Jaya hujan pada pagi tu. Alhamdullillah air tu tak sampai Semenyih.Kalau nengokkan senarai penyertaan seramai 56 orang atau 14 flights. Ada usaha mencuba angka mencecah 60 atau 15 flights. Tak kesampaian. Tapi kekurangan itu tidak menjejaskan kerancakan members untuk cabar mencabar satu sama lain. Celah celah tu ada juga yang meminta ‘Return Match’. Tak tahu lah samaada di layan oleh Vice Captain kita.
Breakfast diadakan di Golfers’ Terrace diikuti dengan gambar berkumpulan.
Sabelum tu kita telah adakan bacaan doa selamat yang di ketuai oleh Penaung Tan Sri Hashim Meon. Vice Captain Dato Tairobi telah memberi penerangan berkenaan pertandingan.
Pada jam 0800 pertandingan dimulakan dengan shotgun start.
Pada jam 1.00 tengah mula kelihatan peserta mengisi Dewan Selayang Pandang untuk lunch serta menunggu majlis penyampaian hadiah.
Dato Presidente telah menyampaikan ucapan dengan memulakan menyedekahkan Alfatih kepada 3 almarhum yang baru meninggal iaitu Dato Jaafar Arshad, Kol Hamid Khan dan ibu mertua Tan Sri Hashim Meon.
Hadiah disampaikan seterusnya dengan:
a. Novelti.
b. Ballsweep mengikut Front dan Back Nine.
c. Cabutan bertuah untuk 4 hadiah sumbangan Tan Sri Nik dan Dato Tairobi.
d. Hadiah keseluruhan SESTRO.
Pemenang pemenang pada hari ytu saperti di pamirkan
Walau pun dah 7 kali dipertandingkan, tiada sape yang telah memenangi nya 2 kali. Bagitu juga kali ni. Orang baru.
Warga SetiakawanGolf mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Tan Sri Nik Ismail diatas penglibatan nya, kepada AJK serta semua members yang turut serta. Semoga pertandingan ke 9 akan dapat dipertandingkan mengikut jadual nya.
Salam.