Wednesday, August 20, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 20 OGOS 2014 DI DANAU GOLF & COUNTRY RESORT


Pada mula nya rancangan ialah untuk bermain di Bangi Resort. Oleh sebab course ditutup pada tarikh tu, sebagai alternative, Danau Golf & Country Resort di pilih. Pada mula nya seramai 32 orang bersetuju bermain tapi bila sampai tarikh nya hanya 28 orang bermain. Ingatkan juga sebab sibuk bersiap ‘Open House’ pada malam hari nya. Tapi nampak semua yang terlibat bermain WO kita. Mungkin yang menarik diri tak berkenan kat Danau kot.
Eddie Putera tak bermain, so tak de gambar hendak di tunjukkan.
Tahniah kepada Dato Salleh Ismail mendapat Champion kali ni.

 
Dia handicap 21 dan dapat nett 71. One under lah tu.
Deputy Champion ialah Kol Abdullah Khir, handicap 5 nett 73.

Gross dia 78 je. Mak Oi.
Assistant Deputy Champion lak ialah Dato Effandy Mustapha.

Handicap 22 Nett 77.
Wah. Kelab Wawasan menyinar kali ni.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:


 Salam.   

Thursday, August 14, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 13 OGOS 2014 BERSEKALI RMNOA CHARITY GOLF DI MONTEREZ GOLF & COUNTRY CLUB


Secara kebetulan Royal Malaysian Navy Officers’ Association mengatur permainan Charity Golf mereka pada hari Rabu 13 Ogos. Dan menjemput kita. Kita ada bermain dengan Association ni di Staffield dulu. Mereka memanjangkan jemputan kepada kita menyertai kegiatan amal mereka. Tawaran ini termasuk semua hadiah, termasuk hadiah Hole-in-One, berupa RM 10,000. Tambahan breakfast dan lunch. Memang memuaskan dan disetujui Committee.
Selepas berita ni disebar di Whatsapp, mulalah ‘interaction’ kita. Ada yang berangan hadiah Hole-in-One. Mintak orang doakan dia dengan komision 10%. Jumlah penyertaan pada mulanya seramai 32 orang. Ada yang tertinggal tapi dapat diselitkan semula selepas saorang menarik diri. Senarai flight telah dihantar kepada secretariat RMNOA. Shot gun start mulai jam 0730. Gambar gambar menunjukkan bergambar ramai pada pagi tu.


 
 
 
Saperti diterangkan oleh Panglima Handicap:
We played in the Royal Malaysian Navy Officers Association Annual Charity Golf Tournament this morning at Monterez Golf and Country Club. The mode of play was system 36 stableford. Our members who played extremely well in the tournament are as follows:
Tournament Champion was Col Abdullah Khir  with 41 points at handicap 4.

Fourth was Col Ali Hussin with 38 points at handicap 11.
Eleventh was Col Johary with 37 points at handicap 18.
Three others also won prizes with 36 points. Hj Rosli Deli led the lucky draw winners.
This tournament is also considered our weekly outing, so I had to convert the stableford scores of the tournament to our current handicaps. The results are attached. Cheers.


 Salam
 

Thursday, August 7, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 06 OGOS 2014 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT


Selepas berenti sebulan SetiakawanGolf memulakan permainan mingguan nya. Kita berenti kerana bulan Ramadan dan di sambut menyambut hari raya lak. Selamat Hari Raya Aidil Fithri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua members SetiakawanGolf. Semoga Syawal tahun ini disambut dengan penuh meriah dan keceriaan di selit dengan perasaan keinsafan dan ketakwaan.


Kemungkinan juga permainan pada first day ni ‘berkarat’ sikit. Tapi kalau lihat kan score 5 orang bermain under. Takde yang net melebihi 90. Kira ok lah tu. Seramai 31 orang mengambil bahgian. Sepatutnya 32, tapi sorang terpaksa menarik diri kerana melalui ‘sleepless night’. Tak tahu lak apa. Bunyi macam ‘Sleepless in Seattle’ je.
Anyway game kita kali ni di Staffield Country Resort. Satu dari tempat favourite kita.


 
 


 
Acara pemberian hadiah diadakan di Peppers. Champion kali ni Dato Amin Salleh.
 
 Panglima Handicap kita. Eddie Putera gelar dia Pendekar Handicap. Dengan handicap 14 dia menfapat net 70. Well done Dato. Deputy Champion ialah Mohd Saufi.
 
Member baru saya rasa. Dengan handicap 23 dia mendapat net 70 dan Assistant Deputy Champion ialah Kapt Yahya Othman
 
dengan handicap 15 mencapai net 71.
Keputusan keseluruhan dipamirkan:

 
 
 
 
 
 

Salam Aidil Fithri






Friday, July 11, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA SETIAKAWANGOLF DI RIVERSIDE CAFETERIA TANJUNG LOUNGE PWTC PADA 09 JULAI 2014


Tahun ini kita bertukar tempat lak. Kalau tahun tahun yang sudah selama 3 tahun kita mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel de Palma, Ampang, kali ni kita ke PWTC lak. Di Riverside Cafetria dan untuk privacy di Tanjung Lounge. Semua ini usaha serta pengaruh COO kita Raden Hamzah Massod.
Dari awal lagi dia telah melobi tempat baru. Kalau ada angka sampai 56 orang boleh gunakan Tanjung Lounge khusus untuk kita. Macam macam cara diguna nya untuk memujuk members hadir dengan angka yang dikehendaki. Bukan itu aje – dia melobi untuk mendapatkan sponsor saekor kambing dengan harga RM 600. Tak kurang yang menyumbang sehingga tercapai tujuan nya.

Mengikut rancangan kita patut berjumpa jam 1700 hrs. Bertujuan untuk berinteraksi sesama kita sabelum berbuka. Betul juga tujuan itu sebab bila berbuka nanti tumpuan hanya kepada juadah dan berinteraksi sesama meja.
 
 


 
Cuma terhalang sikit kerana kesesakan lalu lintas pada masa masa itu di KL.
 

 Acara kita dimulakan jam 1830 dengan bacaan doa yang diketuai oleh Penaung kita Tan Sri Hashim Meon. Selesai itu kita menyampaikan hadiah Hole-In-One berupa jam tangan kepada Kol Abdullah Khir.
Pencapaian nya berlaku beberapa bulan sabelum ini tapi hanya sempat diserhkan kepada nya oleh penyumbang Dato Johar Murad pada malam itu.
Pabila Azan Berkumandang, hadirin semua memulakan berbuka puasa. Tempat sembahyang disediakan di Surau An Nur diTingkat Pertama. Selesai sembahyang maghrib members pun memulakan jamuan.

 
Banyak juadah yang disediakan. Dari lauk kari ikan kepada udang. Dari sayur kailan ke salad.


Dari sup ikan ke bubur. Dari satay ke lauk kambing. Memang ‘we were spoilt for choice‘. Bagitu juga manisan. Macam macam ada. Buah buahan ke pudding ke sagu ke kueh kueh. Memang amat memuaskan.
Kita selesai dalam jam 2100.
Dengan pencapaian sedemikian ada juga cadangan supaya perjumpaan hari raya diadakan di situ juga.
Salam.