Tuesday, January 7, 2014

PEMENANG PEMENANG PIALA SETIAKAWAN GOLFER OF THE YEAR



 Piala Setiakawan Golfer of the Year ialah piala yang kedua dikenalkan dalam circuit SetiakawanGolf. Disumbangkan oleh Dato Nawi Alias dan ditandingkan pertama kali pada tahun 2007. Setakat ini seramai 6 orang telah memenangi piala tersebut.
Cara pertandingan piala ni berbeza kerana di gandingkan dengan FedEx Cup. Tiap tiap minggu permainan, points akan di beri kepada mereka yang mendapat nombor 1 hingga 25. Nombor 1 dapat 50 point sementara no 25 mendapat 2 point. Point point ni dicampur sehingga hujung tahun. Pada masa sabelum pertandingan akhir, points points ni di ‘reset’ dan yang Top Ranked akan mendapat 6000 points dan yang nombor 26 mendapat 1,000 points.
Pemenang pemenang SEGOY setakat ini ialah:

 
 


Bagi tahun ini seramai 26 orang sahaja layak menyertai SEGOY. Mereka telah memenuhi kriteria bermain tak kurang dari 25 kali.
Salam.

Monday, January 6, 2014

PIALA SETIAKAWAN ANNUAL CHAMPIONSHIP – SACHA


Piala SACHA atau Setiakawan Challenge Trophy pertama kali dikenalkan pada tahun 2006. Piala ini adalah sumbangan dari Owniwise International Sdn Bhd. Syarikat perkongsian Kol Zainal Yan dengan Kapt Yahaya Othman. Sejak itu tiap tiap tahun piala ni telah di tandingkan.
Butir butir lengkap pemenang pemenang nya saperti di pamirkan:
Pada 08 Januari 2014 kejohanan SACHA tahun 2013 akan ditandingkan di Amverton Cove Golf & Island Club. MengikutKonvenor kita, seramai 52 orang telah mendaftar diri untuk turut serta. Mengikut senarai terbaru seramai 67 orang layak bertanding dalam kejohanan ini. Kurang sikit Nampak nya.
Kepada semua yang akan bertanding, Play Well, Play Cool and Putt the Ball In. May the Best Man Wins. 
Salam

Saturday, January 4, 2014

MESYUARAT TAHUNAN JAWATANKUASA SETIAKAWANGOLF PADA 03 JANUARI 2014












Jawatankuasa SetiakawanGolf pada lazim nya mengadakan satu mesyuarat tahunan nya pada tiap tiap hujung tahun tahun. Mesyuarat ini di adakan untuk mengambil kira (take stock) aktibiti tahun lepas dan merancang serta membincang aktibiti aktibiti akan datang



 
Mesyurat Tahunan ini di adakan di World Trade Centre Club di Putera World Trade Centre pada 03 Januari 2014.
Dalam semangat kesetiakawanan dan kemesraan mesyuarat di pengerusi oleh Dato Abdul Ghani bin Hj Abdullah dan di hadiri seramai AJK yang lain.
Dato President telah juga mengumumkan perlantikan Mej Rustam bin Ramli
 
sebagai ‘Executive Secretary’ untuk membantu ahli ahli lain dalam menyelengarakan SetiakawanGolf. Perlantikan ini telah di sambut dengan baik oleh AJK yang lain.
Perkara perkara yang telah dibincang termasuk:
a.    Data Penyertaan Sepanjang 2013 ialah seramai 138 orang.
b.    SACHA dan SEGOY 2013. Akan di adakan di Amverton Cove Golf & Island Resort pada 08 Januari 2014. Seramai 67 members layak untuk pertandingan SACHA. Cuma 26 saja layak untuk SEGOY. Sekarang ini points points yang dicapai akan di reset supaya variant antara satu kedudukan dengan kedudukan berikut nya ialah 200 sahaja. Sekarang ini Top Ranked Dato Tairobi membawa 6000 points sementara yang kedua Dato Nawi Alias membawa 5800 points. Kedudukan di nombor 26 Dato Ghani Abdullah membawa 1000 points. Mereka akan bertanding untuk mendapat kedudukan terbaik untuk menjulang Piala SEGOY.
c.    SACHA akan dipertandingkan oleh seramai 67 orang yang layak. Sehingga 03 Jan, senarai peserta yang telah response ialah seramai 40 orang saja. Mungkin akan bertambah kerana tarikh tutup ialah 05 Januari 2014.
d.    Hadiah untuk SACHA dan SEGOY. Amat lumayan dan adil sekali. Hampir kesemua akan dapat imbuhan. At least toll payment tu boleh lepas. Hadiah termasuk untuk SEGOY, SACHA,Medal Winners, Guest Prizes dan novelty. Cukup memberangsang.
e.    Skedul 2014. Yang jelas sepanjang tahun di penuhi aktibiti melainkan bulan Ramadhan.  Tiap tiap bulan akan di adakan pertandingan. Venue juga telah dibincangkan. Antara yang telah di putuskan:
i.    SENAT – Pada bulan Mac. Akan di adakan di utara. Mungkin di Taiping atau Sungei Patani. Dipercayai Pengerusi SENAT Dato Hashim Yahaya telah memaklumkan dalam Whatsapp kita.
ii.    SIM. Pada bulan Oktober. Yang sedang dipertimbangkan ialah ke Soerabaya. Pengerusi SIM Dato Khalid Saad akan merancangkan perkara tersebut.
iii.    SIR – Setiakawan International Recce ni juga dipertimbangkan. Kemungkinan ke Thailand atau Indonesia juga.
iv.    SMM –ToW. Akan diadakan tiap tiap hujung bulan dan Tournament of Winners (kepada pemenang) pada bulan September.
v.    SKWN-BESTA – Akan diadakan pada bulan November.
vi.    PRESTRO – akan di adakan pada bulan Disember.
f.    Momentoes. Beberapa momentoes telah di bincangkan:
i.    Bag Tag - Design Bag Tag bagi SetiakawanGolf sedang direka oleh Kol Abdullah Khir. Contoh nya akan ditunjukkan semasa SACHA/SEGOY untuk persetujuan members.
ii.    Bola Setiakawan – Contoh telah di tunjukkan semasa mesyuarat dan dipersejui. Yang berminat boleh menempah dari Sekretariat pada hari SACHA/SEGOY.
iii.    Tee Shirt Setiakawan – Telah di persetujui. Akan di pamirkan pada hari SACHA/SEGOY.
iv.    Topi Setikawan. Juga telah di tunjukkan dan akan di pamirkan pada hari SACHA/SEGOY untuk jualan.
Mesyuarat telah disambung sehingga tempuh sembahyang Jumaat. Dikuti dengan makan tengah hari Beberapa members telah join semasa itu.
Penulisan ini hanya imbasan mesyuarat pada hari itu. Banyak lagi butiran akan di sebarkan kepada members. Sekiranya ada penjelasan yang diperlukan harap rujuk kepada AJK yang berkenaan.
Salam 

Friday, January 3, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 02 JANUARI 2014 DI TASIK PUTERI GOLF & COUNTRY RESORT




 Weekly Outings kita kali ni pada hari Khamis dan di Tasik Puteri Golf & Country Resort. Cuma 16 peserta. 4 flights je. Dengar cerita banyak atuk membantu menghantar cucu ke sekolah. Ya lah kalau dah ada cucu tu kena lah membantu.
Tahniah kepada Dato Mangsor Ismail kerana menjadi champion.
Dia mencapai net 66. 6 under. Handicap pun kena potong 2 kepada 18 lah. Deputy Champion Dato Malek Shahar dengan net 70

 dan assistant Deputy Champion ialah Dato Tairobi dengan net 71.
Dia masih maintain pencapaian Top Ranked nya.
Keputusan Keseluruhan di pamirkan:

Ingatkan ada sesiapa kirim gambar dalam Whatsapp, tapi takde lak. Kosong lah posting kita kali ni.
Salam

Wednesday, January 1, 2014

RANKINGS KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA DISEMBER 2013



 Dah bulan Disember dah. Dua belas bulan. Sebanyak 45 kali outings kita. Pertandingan Golfer of the Year atau SEGOY akan di adakan pada 8 Jan 2014 di Amverton Cove Island & Golf Resort.. Siapa pulak akan menjulang Piala SEGOY kali ni. Orang baru ke atau bekas penyandang. Mengikut laporan terkini hanya 26 orang layak menyertai SEGOY. Mereka yang telah menyertai sebanyak sekurang kurang nya 25 kali Weekly Outings kita.
Senarai kita ada 148 orang tapi yang bermain at least satu kali dalam tahun ini seramai 139 je. Yang lain tak datang langsung dan tak disenaraikan nama mereka.
Top Ranked SetiakawanGolf sehingga Dis 2013 ialah Dato Tairobi

dengan 1153 points. 2nd Ranking ialah Dato Nawi Alias

 dengan 1106 points
dan 3rd Ranked ialah Mej Rustam Ramli
 dengan 1055 points.
Ranking members lain saperti di pamirkan.

 
 
Walau pun points berbeza,, macam FedEx Cup juga points points ni akan di ‘reset’ atau diatur semuala supaya perbezaan mata antara satu pemain dengan yang berikut nya akan sama atau konsisten. Itu yang menjadikan tournament ini interesting. Sesiapa je berpeluang memenangi piala tetapi yang diatas akan lebih advantage. Kita tunggu 08 Jan 2014.
Di Conggak Oleh:

Salam.

Tuesday, December 31, 2013

HANDICAP SETIAKAWANGOLF JANUARI 2014



 


  Dah 31 Disember dah. Besok 1 hh Januari 2014. Sepatut nya handicap yang baru. Tapi terpulang kepada Panglima Handicap samaada naik atau turun.
Senarai sekarang 148 lak. Tambah 5 lagi.
Handicap Single 11. Lah kurang sorang. Handicap Belasan dah 85 dan Handicap Puluhan dah seramai 55. Bertambah lagi. Apa dah jadi ni.
Senarai keseluruhan Handicap Members SetiakawanGolf bagi Januari 2014 di pamirkan:




Perbandingan keahlian dan handicap di pamirkan:


Graph perbandingan juga di pamirkan:


Di Conggak Oleh:

Salam.

RANKINGS SETIAKAWANGOLF DISEMBER 2013





Bulan Disember ada 4 permainan. Macam bulan lepas gak. Cuma terdapat 69 orang je bermain.  Mengikut Panglima Handicap senarai seramai 148, tapi yang bermain hanya 69 je nombor yang last ialah 59.
Tahniah kepada Dato Amin Salleh sebagai Top Ranked bulan ni dengan 194 points.
2nd Ranked ialah Dato Nawi Alias dengan 144 points

 dan 3rd Ranked ialah Kol Mohammed Abdullah dengan 135 points.
 Ketiga tiga bermain full 4 kali.
Ranking SetiakawanGolf bagi bulan Disember 2013 saperti di pamirkan:

 
DiConggak Oleh:

Salam.