Thursday, November 7, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 06 NOVEMBER 2013 DI KELAB GOLF SERI SELANGOR


    

Minggu ni kita bermain di Kelab Golf Seri Selangor. Cuma 25 orang je ambil bahgian. 7 flight. Tak ramai.

Tapi kelihatan Penaung kita Tan Sri Hashim Meon. Baru balik dari menunaikan Haji. Welcome back Tan Sri.
Kita tee off dari 2 tee box. No 1 dan 10.
 
 

Cuaca elok. Mendong sikit. Ada juga hujan renyai.
 

Tak mengganggu permainan kita. Bahang terasa ke tengah hari. Course ni tak lah panjang sangat (6124 meter), tapi buggy on track. Itu yang rasa jauh. Especially bila bola di seberang track. Menyimbah yimbah peluh.
Setelah selesai, kita ke Dewan Makan untuk makan tengah hari.
 
Dato Malek Shahar mengendalikan penyampaian hadiah. Tahniah kepada Bowmanaf kerana menjadi champion sekali lagi. Minggu lepas dia juga champion. Tapi kedua dua kali dia takde untuk menerima hadiah. Harap harap lain kali dia akan tunngu sekejap untuk menerima hadiah. Deputy Champion ialah Tan Sri Nik Ismail lagi dan Assistant Deputy Champion ialah Hj Malek Dato Hormat.
 Last week dia nombor 6. Lahhh – takde orang lain nampak nya. Yang lain kena mencuba lagi baik untuk naik podium.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:






Salam


Sunday, November 3, 2013

RANKINGS KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA OKTOBER 2013


 Dah akhir bulan Oktober dah. Sepuluh bulan. 36 kali outings. Dirancangkan SEGOY dan SACHA kita akan diadakan pada minggu kedua bulan Januari 2014. Yang penting untuk SEGOY mesti menyertai Weekly Outings kita sebanyak 25 kali. Dijangka hanya ada 10 kali lagi WO kita. Siapa yang kurang kenalah turuti kita dari sekarang.
Seramai 129 orang telah mengambil bahagian WO kita sejak Januari. Terdapat 9 orang tidak menyertai langsung. Rankings keseluruhan sehingga Oktober 2013 di pamirkan:

 
Tahniah kepada Dato Tairobi Razak yang masih menduduki Top Ranked dengan 992 points.

 Kalau digandingkan dengan FedEx Cup. Top Ranked ialah Jimmy Walker dengan . Second Ranked ialah Dato Nawi Alias dengan 938 points.
 
Sama dengan Ryan Moore, dan Third Ranked ialah Hj Malek Hormat dengan 907 points,
 
 sama dengan Web Simpson. Ini sehingga CIMB Classic pada 27 Okt 2013.
Selanjut nya bagaimana?
DiConggak Oleh:


Salam.

Saturday, November 2, 2013

RANKINGS SETIAKAWANGOLF OKTOBER 2013

 

Bulan Okt 2013, ada 4 permainan mingguan kita. Mengikut senarai kita ada 138 members, tapi yang main bulan Okt cuma 62 orang je. Rankings masing masing saperti di pamirkan:

 
Tahniah kepada Hj Malek Hormat yang mendahului pada bulan ni dengan 160 points.
 Bulan lepas dia juga Top. Dia bermain full-house. Kedudukan pun baik. Top juga  ialah Mej Rustam Ramli.

160 points juga. Joint Top lah mereka. Ketiga ialah Dato Khalid Saad dengan 118 points.

Bermain 3 kali je. Kalau main penuh mungkin jadi Top. Who knows? Untuk keseluruhan setakat ni kena nengok postings lepas ni lak.
Di Conggak Oleh:

Salam

HANDICAP SETIAKAWANGOLF NOVEMBER 2013


 

  Dah masuk bulan November. Handicap baru. Naik, turun atau kekal. Yang jelas senarai kita sekarang  Bulan baru. Handicap pun baru lah. Bulan lepas seramai 132 orang. Kali ni 138 orang. Tambah 6. Pecahan handicap lak:
Single seramai 11 orang. Belasan seramai 78.  Puluhan 49 members. Bulan lepas 132. Ada 6 member tambahan.

Graph perbandingan di lampirkan.

Senarai penuh dipamirkan:



 
 

Salam

Thursday, October 31, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 30 OKTOBER 2013 DI TEMPLER PARK COUNTRY CLUB

 
 Permainan mingguan kita untuk 30 Okt telah ditetapkan di Templer Park Country Club atau Templer Park Jepun. Ada 2 course di situ. Satu Diurus oleh Jepun dan satu lagi oleh Perangsang Selangor. Yang jelas ialah Bukit Takun. Satu outcrop yang besar dan tinggi. Macam macam cerita berkaitan bukit ni.
Package kita RM 152.80. Package golf termasuk green fee, satu caddy untuk satu flight, insurance, govt tax, hadiah, breakfast dan lunch. Mengikut SMS dari Convenor, ada 10 flight. Sebenar nya ada 11 flights. 44 peserta. Ramai tu. Mungkin kerana tempat baru bagi kami dan juga pertandingan SEBESTRO (SetiakawanGolf Besta Trophy) akan di adakan di sini pada 13 Nov nanti.
Nak sampai ke tempat ni kena menilai dulu. Kalau ikut PLUS Highway melalui Rawang, kena masuk jalan lama melalui pecan Rawang. Pagi pagi memang sesak. Cara terbaik ikut Jalan Kuching, Jalan Ipoh, melalui  Selayang ke utara. Lebih licin perjalanan.
Kelab sedang renovate. Berterabur sikit di Bag Drop.

 Parkir jauh sikit.

Kena naik bukit lak. Grup kita hampir kesemua silver haired, mencungap cungap. Mengikut cerita ada buggy shuttle, tapi tak kelihatan. Setelah mendaftar diri dan membayar yang patut, kita ke Changing Room.

 Sedang renovate jugak. Lampu 2 je. Kurang cahaya. Pas tu kita ke Dewan Makan. Breakfast. Hidangan nya baik sekali.



 Di tempat mula, kelihatan buggy untuk satu flight. Besar dari biasa.
 
 Satu caddy. Dalam jam 0800 kita ke tee box masing masing. 4 Point Start. Dari 4 tee box lah tu.


 


Flight saya dari Tee Box 14.
Selesai bergambar yang patut, kita pun tee off.
Jumlah jarak 6, 343 meter. Staffield sejauh 6,305 meter, Nilai Springs 6,099 meter dan Tasik Puteri 5892 meter je. Templer ni yang terjauh. Cuaca terang. Bahang.
 Buggy atas buggy track je. Caddy sorang jaga 4. Kekok kita. Banyak lah berjalan. Terjelir lidah.

 
 Kita selesai dalam jam 1.00. Bermandi, berkemas dan kita ke Dewan Makan yang disedia khas untuk grup kita. Makanan memang baik.

 
 Amat menyelerakan Potato salad, lettuce salad dan coleslaw pun ada. Roast beef pun dihidangkan. Really a good lunch spread.
 
Selesai makan, acara penyampaian hadiah.
Tahniah kepada Bomanaf yang menjadi champion kali ni. Tahniah juga kepada Tan Sri Nik Ismail sebagai Deputy Champion
 dan Mej Rustam Ramli sebagai Assistant Deputy Champion.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:
 


Permainan hari tu juga permainan Monthly Medal kita. Pemenang nya ialah:

Dalam acara tersebut, kita juga mengenalkan kepada 2 member baru. Mej Rusmi
 
dan Hj Mohd Razi.
 
Bersekali kita menyampaikan Piala Setiakawan International Masters kepada pemenang nya Kol Abdullah Khir Saidi.
 Beliau telah memenangi nya semasa SIM di Pattaya pada 29 Sep hinnga 03 Oktober yang lepas. Tahniah Kol Dollah. Dia ialah pemenang Piala SIM yang ke8.
Diadakan juga kutipan derma bagi Rumah Anak Yatim di Kuang. Masaalah rumah ini telah disiasat oleh Dato Malek Shahar dan Dato Khalid Saad. Didapati masaalah yang disebar melalui What App adalah benar. Jumlah di kutip pada hari tu ialah 1,415.00. Kita ucapkan terima kasih kepada semua yang bermurah hati menyumbang. Satu permainan golf amal akan di adakan di Rahman Putera Golf Club pada xx Nov ini untuk meneruskan usaha yang murni. Semua di jemput hadir dan kalau hendak menghulurkan sumbangan berhubung dengan Dato Malek Shahar , Dato Khalid Saad atau Dato Hashim Yahaya .
Jawatankuasa telah mesyuarat selepas tu untuk berbincang beberapa perkara lagi
Salam.