Thursday, July 4, 2013

SETIAKAWANGOLF STABLEFORD TROPHY – SESTRO 4/2013 PADA 03 JULAI 2013 DI TASIK PUTERI GOLF & COUNTRY CLUB

 
 
Pada pagi 03 Julai 2013 kita semua berkumpul di Tasik Puteri Golf & Country Club. Dah 3 kali kita bermain disini untuk SESTRO kita. Sekali je kita ke tempat lain, di Nilai Spring, kerana Tasik Puteri sedang melalui senggaraan. Selepas ditinjau tim yang dipilih, kita memutuskan untuk mengadakan SESTRO ke4 ini disitu semula.
        Sampai disana kelihatan ramai sedang bersarapan.

 
Seronok jumpa kawan. Ada juga kawan baru. Welcome to our new Friends. Kelihatan satu mawar (rose). Ingatkan temankan sesiapa. Rupa nya peserta. Dalam jam 0810 kita ke tempat bergambar. Kali ni tukar tempat lak. Bersebelahan dengan Dewan Puteri. Mengikut senarai ada 44 peserta. 9 flight. Macam tahun lepas gak. Vice Captain kita, Dato Tairobi

 memberi penerangan termasuk ‘mode of play’ dengan ingatan supaya tulis score secara stroke je dan score kad diserah apabila tamat bermain. Bertujuan untuk perkiraan score yang cepat. Kita juga mengadakan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Dato Hashim Yahaya.
 Selesai doa, kita pun bergerak ke tempat buggy tersusun dan menuju ke tee box yang telah ditetapkan.
Shot-gun start.


Pada jam 0830, siren pun berbunyi dan SESTRO 4/2013 pun bermula. Saya dalam flight bersama Dato Hashim Yahaya,
 Dato Che Gu Nasir dan kenalan baru, Matt Metro.
Oreng Tumpat. Mengikut bisikan, Metro tu akhbar Metro. Tak tahu lah. Mungkin.
Kita bermula dari tee box 2. Riuh di lapangan Tasik Puteri. Maklumlah ada 44 orang peserta.
 
 Ternampak juga kumpulan lain disana. Walau pun penuh, tetapi oleh sebab shot-gun start, maka aliran flights berjalan lancar. Jam 12.30 permainan dah selesai.
Kita pun bermandi, bersiap untuk makan tengah hari dan acara penyampaian hadiah.

Acara diadakan di Dewan Puteri. Kelihatan peserta memulakan makan tengah hari dan bersembang sembang.


 
Saya akur pihak Convenor sedang menconggak score. Selesai makan kita pun memulakan acara pembahgian hadiah.
Mula mula Novelti. Keputusan saperti dipamirkan.






 

 
Dikuti oleh Ballsweep. Keputusan saperti dipamirkan.







Dato Timbalan Presiden telah berucap.

Last sekali penyampaian hadiah SESTRO;
Keputusan saperti di pamirkan:


Tahniah diucapkan

kepada Mahfar Hashim yang menjadi Champion  SESTRO kali ni.
 
 Dia mendapati 42 stableford points. Tahniah juga kepada Deputy Champion Supt Bahar Nordin dengan 41 points

 dan kepada Assistant Deputy Champion Tan Sri Nik Ismail dengan 39 points. Tan Sri Nik champion pada SESTRO 3/2012.
 
Cuba lagi tahun depan Tan Sri.


 
  

 

Sabelum selesai Vice Captain telah mengenalkan member member baru kita.


 

Pengenalan tu juga bertujuan untuk mereka menerima naskah Buku Panduan SetiakawanGolf. Dengan harga RM 10.00.

Sekali lagi di ucapkan Selamat datang kepada member baru kita. Harap harap akan selalu menyertai kami.
Selesai acara, kita pun bersurai. Dengan ingatan supaya pandu cermat. Jawatankuasa telah bersidang sejurus selepas tu untu menetapkan beberapa aktibiti akan datang. Butir butir nya akan dimaklumkan oleh Convenor kita.
Di Conggak Oleh:

Salam.
 





Monday, July 1, 2013

SETIAKAWAN STABLEFORD TROPHY –SESTRO 4/2013 DI TASIK PUTERI GOLF AND COUNTRY CLUB PADA 03 JULAI 2013


 


Ya. Sekali lagi kita mengadakan pertandingan stableford atau dikenali dengan acronym nya SESTRO. SetiakawanGolf Stableford Trophy. Kali ni yang ke 4. Akan diadakan di Tasik Putri Golf and Country Club. Pertama kali kita adakan di kelab yang sama pada 30 Jun 2010.
Mengikut Kol Mutalib, convenor kita kali ni, ‘ Peserta seramai 44 orang. Pembayaran sebanyak RM 155 termasuk breakfast dan lunch. Ini termasuk buggy dan caddy lah.
Piala SESTRO ni telah disumbangkan oleh Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed. Pemenang pemenang nya ialah :
a.    1/2010 – Dato Hashim Yahaya dengan 40 points.

b.    2/2011 – Kol Abdullah Khir – 39 points.

c.    3/2012 – Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed – 41 points.


Untuk SESTRO 4/2013 ni, kita tunggu sampai selesai main pada 3hb Julai ni.
Selamat Bertanding.
Salam.