Friday, March 23, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 14 MAC 2012 DI BANGI GOLF RESORT





Permainan pada 14 Mac 2012 telah di adakan di Bangi Golf Resort. Seramai 27 members mengambil bahgian. Keputusan nya adalah saperti dipamirkan:


Nampaknya 2 orang kena potong handicap. Tahniah diucapkan kerana mendapat score yang bagitu baik. Semoga boleh mendapat yang labih baik dan turun handicap lagi.
Salam

Thursday, March 15, 2012

RANKINGS KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA FEBRUARI 2012



  Baru 2 bulan berjalan kita dah mula mengira kedudukan atau rankings. Keseluruhan rankings kita sehingga akhir bulan Februari 2012 adalah saperti dipamirkan:



Nampaknya top ranked bulan Januari dapat mengekalkan kedudukan nya . Dato Nawi Alias masih top.

Diikuti lak oleh Dato Mokhtar Perman, juara SEGOY 2011.
 
Dia kena ikut rapat rapat atau follow closely supaya tak tertinggal. Saya ulangi, takde siapa dapat mempertahankan kejuaraan dua kali berturut. Dalam apa pertandingan pun.
Ketiga Tan Sri Hashim Meon.
 
 Makin menyerlah pulak. Bila tak main je, mula ranking menurun.

Di Congak Oleh:

Kalau nak bezakan dengan ranking FedEx Cup berikut adalah standing nya.
( Ini tunggu dulu)
SetiakawanGolf tetap akan menaikkan mutu permainan.
Salam

Monday, March 12, 2012

RANKING SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN FEBRUARI 2012


Kira nya ini golfer of the Month Of Februari tahun 2012. Daripada Top 3, dua muka biasa, sementara sorang di ranking ke2 muka baru. Tan Sri Hashim Meon, kebelakangan ni nampak menonjol. 

Ada formula baru agak nya.Tahniah Tan Sri. Semoga kedudukan ni boleh di tahan untuk bulan Mac 2012. Top ialah Kol Abdullah Khir
 
dan ke3 ialah Dato Mokhtar Perman. Dato Mokhtar ialah juara Golfer of Year bagi tahun 2011.

 
 Juara bertahanlah. Nampak nya dia hendak menentukan supaya tidak mudah untuk merampas kejuaraan itu dari nya. Ranking bagi bulan Feb ni adalah saperti dipamirkan:


 
 
Yang jelas nombor 62 keatas seramai 26 members tak main langsung. Yang ada main pun hingga ke nombor 60 je. Harap harap angka ni akan bertambah untuk bulan bulan berikut nya.
Salam.
ps: pas ni ranking keseluruhan lak. Sabbaarrr.

Friday, March 9, 2012

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS – SENAT 5/2012 DI MELAKA PADA 6 & 7 MARCH 2012



 Lapangan golf yang dipilih bagi SENAT kali ini ialah ORNA Golf & Country Club dan TIARA Melaka Golf & Country Club.  Kedua dua lapangan ini adalah bersebelahan, satu jalan dan dekat antara satu  sama lain. 5 flt bertanding untuk merebut PIALA SENAT sumbangan Mej Dato Ismail Hanifah. Piala kini dipegang oleh MJ Dato Amiruddin Aladad. Semua pemain kecuali yang asal dari Melaka menginap di Sri Malaysia.
Presiden tidak dapat menyertai sebab masaalah pemeriksaan kesihatan. Kita doakan beliau terus sihat. Timbalan  Presiden hanya dapat menyertai pada hari kedua.Kita merakam kan berbanyak terima kasih kepada Dato Nawi kerana telah berusaha juga untuk datang pada subuh hari kedua untuk menyertai SENAT. Kita maklum bahawa  isteri beliau,Datin Mani baru  saja  pulih  dari  pembedahan. Kita doakan supaya Datin Mani cepat sembuh. Kita salute Tan Sri Hashim  Meon, Penaung SETIAKAWANGOLF  yang terus menerus committed  bersama SETIAKAWAN.  Beliau bermain boleh dikatakan bagus di kedua dua lapangan tetapi  ada lagi yang bermain lebih baik dari beliau.
 Kedua dua course yang dipilih  adalah  menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Kedua duanya pulak terletak berdekatan.ORNA  G&CC pada saya lebih cantik landscaping nya.

 Namun kebanyakan pemain handicap tinggi macam saya akan terperangkap di green nya yang  kecil, undulating  pulak tu dan tidak berapa rata. 9 lubang pertama hancus sebab baru nak mengenali lapangan baru yang belum pernah saya jejak. Saya percaya pemain lain juga begitu. 9 lubang kedua barulah dapat recover. Recovery ini dibantu oleh club dan  kayu yang baik brand On Off dan  nasihat/tip dari sahabat  saya  MJ Dato Amir.
TIARA MG&CC  bagi saya adalah lebih sukar kerana (panjang)  long, banyak kolam  dan banyak hutan.

Very challenging. Namun saya bermain baik sikit tapi kawan saya Kol Mutalib tu hancus. Terus hilang confidence. Tak tau kenapa, ,munkin saya main bagus kut - entah lah. Permainan di TIARA MG&CC  memang menguji kesabarannya. .Isttighfar  banyak banyak lah Mutalib daripada menyebut benda benda lain.
Keputusan SENAT 5/2012 adalah saperti dipamirkan saperti berikut:
1.    Keputusan Keseluruhan Mengikut Handicap Terendah.


2.    Keputusan Pembahgian Hadiah SENAT 5/2012.


Tahniah saya ucapkan kepada Juara SENAT Ke 5 di Malaka  iaitu Ir Hilmi. .Kemenangan anda menjadi perangsang bagi yang lain untuk merebut piala tersebut dari Saudara.

Salam Hormat

MJHim
Pengerusi SENAT
ps: Gambar akan dipos apabila terima dari Ibrahim.

Tuesday, March 6, 2012

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN MARCH 2012







Saya berharap, iada kekeliruan berlaku semasa SENAT 5/2012. Ini disebabkan handicap bagi bulan March 2012 masih belum di poskan. Ingatkan sempat, tapi tak sedar pertandingan bermula pada hari Senin. Anyway, dipamirkan handicap terkini.



 

Nampak nya single handicapper kita ialah seramai 9 je, belas belas sebanyak 51 dan 20an seramai 29. Yang jelas Panglima Handicap hanya meletakkan handicap tertinggi sebagai 24 sahaja. Kalau dulu saya sampai mencapai 29. Tak tau lak ilham apa yang mengerakkan hati nya untuk berdiplomatik sadikit. OK lah tu Dato.
Di Congak Oleh


Salam.


Monday, March 5, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI STAFFIELD GOLF RESORT PADA 29 FEBRUARI 2012



Sebagai persiapan menghadapi SENAT 5/2012, Convenor kita telah memilih Staffield Golf Resort sebagai gelangang latihan seminggu sabelum pertandingan. Kalau nak berlatih di Melaka, jauh sangat. Jadi kena lah pilih tempat yang di agak sesuai. Maka Staffield telah dipilih.
Saya pun telah menjawab kepada Convenor bahawa saya akan menyertai, tetapi disebabkan masaalah domestic yang timbul pada malam itu, saya terpaksa menarik diri. Keputusan menarik diri itu memang amat berat diambik. Saya maklum implikasi nya kepada Convenor untuk mengatur semula flight mungkin. Saya memohon maaf.
Anyway, pada malam tu saya telah pun menerima keputusan permainan pada hari tu. Keputusan adalah saperti di pamirkan:




Nampak nya kita ada champion baru. Jarang jarang dia menonjol. Tahniah kepada Tan Sri Ahmad Saruji
 
kerana menjadi Champion dengan net 67.
Five under tu. Kena potong handicap. Dulu 17 sekarang 16 lak. Deputy Champion, Isman Azimy pun bagitu. Net 68, 4 under. Dah turun handicap dari 9 ke 8 lak. Memang hebat permainan pada hari tu. Termasuk Hole-In-One. Ir Halimi Abdullah mendapat pencapaian itu. Dah lama dah jam tu menunggu ‘claimant’ nya. Sejak dari SEBTRO ( Setaikawan Bogey Play) lagi. Sumbangan Dato Johar Murad. Tahniah Halimi. Sekarang AJK kena menghubungi Dato Johar lagi untuk mendapat ganti. Atau ada pemurah hati yang lain berminat menyumbang?
Salam.

Saturday, February 25, 2012

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS – SENAT 5/2012









Mengikut berita yang diterima pada malam 22 Feb 2012, AJK telah berbincang selepas acara pembahgian hadiah tengah hari tadi. Antara yang dibincangkan ialah SENAT. Ia SENAT 5/2012 yang pada asal nya dijadualkan di Kota Kinabalu, kini telah diputus akan diadakan di Melaka lak. Macam juga SENAT 2/2012.


Mengikut Chairman SENAT Dato Hashim Yahaya perkara perkara berikut telah diputuskan:

Tarikh: 5 dan 6 Mac 2012.
Tempat: Melaka:
Penginapan: Di Hotel Sri Malaysia, Air Keroh.
Pertandingan: Day 1 (5 Mac 2012) di ORNA Golf & Country Club.
                        Day 2 (6 Mac 2012) di TIARA Melaka Golf & Country Club.
Aturcara:
a.    5 Mac 2012
i.    Daftar diri dan check in di Hotel Sri Malaysia, Air Keroh. Dicadangkan diantara jam 11.00 hingga 12.30 tengah hari.
ii.    Daftar diri di ORNA Golf & Country Club pada jam 1.30 t/hari.
iii.    Tee Off untuk pertandingan pada jam 2.00 petang.
iv.    Barbeque ditepi kolam renang hotel mulai jam 8.45 malam.
b.    6 Mac 2012.
i.    Daftar diri di TIARA Melaka Golf & Country Club pada jam 7.45 pagi.
ii.    Tee Off untuk pertandingan pada jam 8.00 pagi.
iii.    Makan Tengah Hari dan Penyampaian di TIARA.
iv.    Pulanf Setelah Selesai Acara Penyampaian Hadiah.

Costings. Tidak dapat dipastikan lagi. Ini akan dimaklumkan oleh Convenor kita RHM tak berapa lagi.

SENAT 2/2010 telah diadakan di Melaka juga pada 23  dan 24 Mac 2010.

  Nampak nya kita sekali lagi kesana. Diharap ramai members dapat menyertai dengan penjadualan semula pertandingan kita ini.





So? Champion SENAT 5/2012 ni siapa lak?

Saya Kot?