Selepas 5 hari di Bandung, 3 kali bermain golf, shopping sakan oleh members dan isteri isteri, tiba masa untuk kita membuat consolidation dan menutup aktibiti kita dengan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah. Ini memang lazim. Kita mesti menutup acara acara kita dengan majlis makan malam dan penyampaian hadiah.So, pada 20 Okt malam, kita keDewan Makan Vue Palace untuk majlis itu. Kesemua members, isteri dan keluarga menghadiri nya. Apabila semua dah hadir, kita dijemput untuk mengambil makanan yang telah disediakan. Ala Buffet. Macam macam ada. Nampak lah ramai yang berselera. Maklumlah makanan Indonesia, yang kebanyakan kita gemari. Sambil kita menjamu selera Dato Malek Shahar mengambil aleh sebagai juruacara untuk upacara penyampaian hadiah.









Kalau nengokkan struktur pembahgian hadiah, memang banyak yang menerima hadiah. Tiap tiap satu hadiah tu berupa wang tunai Malaysia dan banyak juga. Banyak lah senyum malam tu. Mengikut struktur hadiah sebanyak 20 hadiah diberi. Hampir semua dapat.
Keputusan keseluruhan Pertandingan SIM 5/2011 di Bandung adalah saperti di pamirkan:







Sempat juga kita bergambar, Dipamirkan gambar gambar yang sempat diambil untuk tatapan semua.
Salam





















