Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDHIL ADHAR

Kepada Semua Members Yang Berugama Islam,
Dato Presidente dan semua ahli AJK Setiakawan Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidhil Adha kepada semua. Kami mendoakan semua umat terutama nya yang sedang menunaikan Fardhu Haji sentiasa diberkati dan dilindungi Allah Subhanahuwataalaa Sentiasa.



Salam
Setiakawan Tak Mengadakan Weekly Outings nya Sempena Hari Yang Mulia Ini.

Tuesday, November 16, 2010

SETIAKAWAN INTERNATIONAL MASTERS – JOGJAKARTA 25-29 OKTOBER 2010



HARI EMPAT 27 OKT 2010

Bermain Golf Di Merapi Golf Course (Bermain Golf Di Borobudur International Golf & Country Club)

Tajuk diatas sengaja saya letakkan sebegitu, kerana kita dirancang bermain di Merapi Golf Course sebagai Hari 1 Pertandingan. Tetapi sehari sabelum tu, lebih kurang jam 5.00 petang, Gunung Merapi telah meletup, menabur abu dan gas yang sangat toksik. Terdapat beberapa kematian telah berlaku, termasuk Mbah Maridhan. Beliau telah dilantik oleh pemerintah sebagai penjaga Gunung Merapi. Mengikut cerita beliau telah menguci merapidari meletup, tetapi nampaknya tak berjaya. Beliau telah dijumpai dikediaman nya dikaki gunung, mati dalam kedudukan bersujud. Mengikut cerita, bahang cuaca ketika itu setinggi 700 celcius sehingga menyebabkan kematian nya.
Kalau hari kedua ( 25 Okt 10) dulu, apabila dihalang memasuki kawasan disitu, kami telah merayu supaya dibenarkan masuk. Ada juga desas desus dari members untuk juga berbuat demikian. AJK telah mengadakan mesyuarat dan diatas desakan serta keputusan Dato Presidente, kita telah memutuskan tidak akan bermain diMerapi tetapi sebaliknya meneruskan latihan di Borobudur International Golf & Country Club.Jadi pada pagi 27 Okt tu, seramai 14 members telah bergerak ke Borobudur International G & CC. Permainan ini dikira sebagai satu lagi hari latihan je. Saya tak kesana sebab nak membereskan penulisan serta akauns kumpulan. Kaum Ibu dirancang bergerak ke Solo.
Tak banyak dapat saya ceritakan kerana tak kesana. Saya sedang mencuba mendapatkan cerita daripada mereka yang pergi. Kalau dapat nanti saya akan masukkan cerita.
Mengikut cerita di Borobudur International G&CC hujan telah turun, dan pemain semua telah basah kuyup. Tapi masih habiskan permainan.
Kaum Ibu lak telah ke Solo.
Mengikut cerita bila menyeberangi Sungai Solo je, Datin Fatimah Huri telah dipelawa untuk mendendangkan lagu ’Bengawan Solo’. Beliau pun menyanyilah. Wah makin lebih berkesan lah lawatan kumpulan kita kesana. Dulu ashik menyanyi lagu nya aje, kali ni dapat menikmati keindahan nya sekali.
Kumpulan bermain golf sampai dihotel dalam jam 4.00 petang sementara Kaum Ibu sampai jam 5.30 petang. Malam tu OTW lagi

Salam
Setiakawan Ke Solo Lak

Saturday, November 13, 2010

SETIAKAWAN INTERNATIONAL MASTERS – JOGJAKARTA 25-29 OKTOBER 2010 HARI TIGA 26 OKT 2010

Lawatan Ke Candi Borobudur
Selesai acara pemyampaian hadiah, kita patut link up dengan Kaum Ibu untuk melihat Candi Borobudur. Satu dari tapak ‘world heritage’ atau warisan dunia yang di istiharkan BBB dan ditaja untuk pemulihan.
Sampai di kawasan candi tu, kita berkumpul di ruang masuk kekawasan itu. Kita diperlukan membayar US 12 atau RM 36 atau IRP 90,000 untuk memasuki kawasan nya. Congak punya congak, cuma 5 orang je yang nak masuk. MJHim dan isteri, Ibrahim Mohamad (dia kena ikut kerana photographer), Datin Tini dan saya. Yang lain bersetuju menunggu di tempat resepsi.
Masuk lah kami.
Mengikut cerita candi ni dibina dalam tahun 750 masihi. Ianya merupakan monument Buddhist terbesar didunia. Terletak 40 km dari Jogjakarta. Tiada rekod akan siapa yang membina nya. Dipercayai monument ini telah dibina dibawah kerajaan Srivijaya dan memakan masa selama 75 tahun dan siap dibina semasa pemerintahan Samaratungga dalam tahun 825 masihi. Selama beberapa kurun, Borobudur terkubur dibawah abu, dipercayai berikutan meletup nya Gunung Merapi. Dipercayai juga penduduk disana telah meninggalkan tempat tersebut kerana petaka yang menimpa kawasan itu.
Ianya di jumpai semula oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1814. Raffles mentauliahkan Cornelius untuk menyiasat bukit yang dikatakan penuh dengan ukiran batu. Hanya pada tahun 1835 tapak tersebut dibersihkan sepenuhnya. Banyak usaha dicuba untuk memulihkan monument ini sehingga satu program membaik pulih ditaja oleh UNESCO ( United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation). Candi Borobudur ini diistiharkan sebagai tapak warisan dunia atau World Heritage Site.
Hujan renyai turun semasa kami menuju kecandi tu. Kena sewa payung dari peniaga disitu. Kelihatan sebuah binaan batu yang tinggi. Ianya berbentuk 4 segi ( dipanggil bentuk mandala atau alam) Ada 8 aras atau level kesemua nya. Binaan ini dianggarkan dibina dengan 2 juta blok batu.
MJHim dan Ibrahim naik sampai ke kemuncak, sementara Datins Jah dan Tini mengelilingi nya ditingkat 4 sementara saya berpuas hati mengelingi ditingkat 2 je. Naik juga.
Saya kira lawatan ini satu pengalaman yang menarik. Ingatkan pengaruh ugama pada awal dulu ialah dari Hinduism. Contoh nya di Bali atau Parameswara di Melaka, tapi terdapat pengaruh Buddhist lak disini. Macam juga Angkor War. Kalau di Myanmar, diPagan tu, terdapat beratus ratus kuil Buddha. Dalam anggapan saya ni, orang dulu dulu tak ada keja lain. Asyik bina kuil je.
Dinegara kepulauan Tonga dan Samoa (Western dan American) asyik bina gereja lak. Itu saya kira sebagai kepercayaan masing masing.
Selama satu jam kami diCandi Borobudur dan apabila keluar je kami dapati kumpulan satu lagi dah pulang dulu. Kami pun menaiki bas yang tinggal untuk pulang ke hotel; Tengah jalan berhenti sejenak untuk membeli buah salak.
Malam tu kami semua OTW atau Own Time Work. Kita semua ambik peluang untuk makan bersendirian dan membeli belah. Saya, Dato K dan Ibrahim pegi makan kat warong yang duduk bersila di Jalan Malioboro. Lauk ayam dan itik goring. Ulam dengan sambel pedas. Dato K sempat dilukis potret nya. IRP 70,000. Saya membelik nampak muda sangat. Pelukis touch up sikit supaya jadi berumur sikit. Agak saya dilukiskan garis di kening. Mengikut cerita kemudian nya oleh Datin Midah, cucu mereka tak kenal Atok. Terlalu muda. Muda pun muda lah.
Salam

Setiakawan Dah Ke Candi Borobudur


Thursday, November 11, 2010

SETIAKAWAN WEEKLY OUTINGS DI KINRARA GOLF CLUB PADA 10 NOV 2010

Hello Members Sekelian,
Mengikut SMS RHM pada 09 Nov ada 9 flights pada 10.11.2010 diKinrara Golf Club. 36 orang, Boleh tahan tu. Kadar bayaran RM 110 tak termasuk caddy dan sarapan pagi. Dari sini kita tahu bahawa untuk RM110 kita Cuma dapat bermain di 18 lubang dan diberi buggy. Termasuk juga ialah makan tengah hari dikelab. Dengan RM 110 saya rasa itu adalah sangat memadai.
Setibanya diGolfers’ Terrace Kinrara GC, kelihatan dah ramai disana. Menjamu selera bersarapan. Ada nasi lemak. Ada Western Set 1,2, 3, 4. Semua nya RM 10.00 satu set. Dengan minuman lak. Roti canai ke tosei ke – tarak. Lepas bersalaman dengan members lain dan membuat pembayaran kepada RHM, saya pun duduk dan order ‘breakfast’. Set 3 - mushroom omelette, baked beans dan kopi O. Bual punya bual, masa berjalan, terpaksa bergegas ke tempat buggy. Terlupa bayar breakfast. Balik semula ke meja dan bertanyakan nya. Dimaklum
telah dijelaskan oleh Tan Sri Ahmad Saroji. Terima Kasih Tan Sri. Kira Daun Keladi lah. Minggu depan jangan terperanjat saya join meja Tan Sri lagi. Berkat tu.
Saya satu flight dengan Dato Tairobi, Dato Amin dan Dato Khairuddin. Dah lama dah tak main dengan Dato Khairuddin. Kami ni macam ‘fixed arrangement’ bertaruh kecil kecilan. Kalau berlainan flight pun secara ‘off the card’. Kali ni oleh sebab kami handicap 24 kena lah pilih partner, Baling bola. Saya di gandingkan dengan Dato Tairobi. Dia pulak satu juga. Mata masih belum pulih sepenuh nya. Kejap pakai cermin gelap, kejap buka. Selepas tee off akan bertanya bola nya kemana. Kalau dekat senang juga mengikuti bola nya, selalu nya jauh. Mata kita pun sama tua sama gemeng juga. Kena harap kat caddy lah.
Dato Amin lak ada cerita jugak. Kalau dia main tak baik pada satu satu pertandingan tu, balik dia akan buka balik rujukan. Don Trahan ke atau Leadbetter ke. Tukar cara pukul lak. Dia sebut tentang teori baru. Kali ni nampak teori baru nya menjadi. Bola tee off nya jauh dan ada draw lak. Memang jauh. Patut lah handicap 14. Dato Khairuddin lak dengan iron nya. Dari tee off sehingga green. Iron saje. Diapron, asalkan kelihatan green dia akan guna putter. Tepat lak tu. Macam macam cara ada.
Saya sepatut nya main baik. Ini Kinrara, course kesukaan saya. Dapat juga 3 par tapi ada juga double par. Handicap 24. Macam tu lah. Gross 103. Nett 79. Tak menang hadiah lah nampak nya. Tapi masih enjoy. Masih banyak kelak ketawa. Muka masam timbul bila bola jatuh jauh dari buggy track. Oleh sebab buggy tak boleh keatas fairway, terpaksa lah kita berjalan ke bola tu. Memang mengah lah kita.
Selesai main kita mandi, make up dan naik ke kawasan foyer di tingkat satu. Elok tempat nya. Hidangan telah disediakan. Selesai makan RK mengambil alih untuk acara pembahgian hadiah. Pemenang pemenang adalah saperti dibawah.

Kol Mutalib yang minggu lepas Dy Champion, minggu ni dah jadi Champion lak. Dia dapat net 69, kena potong satu stroke. Kebelakangan ni kelihatan dia menerima hadiah je. DiJogja pun dia ada terima. Kita punya DNA dah kembali on a ‘winning streak’ nampak dan Dr Khalil pun kelihatan menyertai outings kita.
Selesai pembahgian hadiah AJK berjumpa. Dapat nescafe free. Perkara perkara yang dibincangkan termasuk:
a. Setiakawan National Tours atau SENAT. Telah dipersetujui diadakan di Bukit Tinggi Golf & Country Club (BTG&CC) dan di Awana Golf Course pada 30 Nov dan 01 Dis 2010. Secara umum nya rancangan adalah untuk kita bermain di BTG&CC pada pagi hari Selasa 30 Nov dan diAwana Genting Highlands Golf & Country Resort ( AGHG&CR) pada pagi hari Rabu 01 Dis 2010. Kita akan adakan makan tengah hari di BTG&CC pada 30/11. Selesai, kita bergerak keAwana untuk check in dan bermalam disana. Kita akan ada makan malam diAwana Resort dan keesokan hari nya bertanding untuk hari kedua lak. Wah kita bertanding lagi. Arahan arahan berkaitan akan dikelurkan oleh RHM atau Dato Tairobi.
b. Acara penyampaian hadiah akan diadakan pada 01 Dis diAwana GHG&CR.
c. Ada pula mencadang Practise Round. Disetujui practice round diadakan pada 18 Nov, iaitu satu hari selepas Hari Raya Korban. Dipercayai RHM sedang mengumpul members yang berminat.
d. Untuk menempah tempat, sama ada untuk golf atau pun penginapan, RHM perlu deposit RM 50 pada 10/11 (hari kita bermain diKinrara) dan pembayaran penuh pada atau sabelum 24 Nov. Harap harap yang menyertai dapat memenuhi keperluan ini. Mengikut terkini seramai 27 orang akan menyertai pertandingan.
e. Dato Presidente juga ada bertanya tentang maklumbalas SIM di Jogja. Pada keseluruhan banyak yang berpuas hati dengan lawatan kita. RHM ada membaca 2 SMS yang diterima yang dikirim oleh members memberi pujian diatas keseluruhan organisasi dan perjalanan lawatan kita. Walau bagaimana pun ada juga timbul rungutan tentang penguatkuasaan undang undang pertandingan. Jawatankuasa akur akan apa yang berlaku dan akan mengambil tindakan supaya perkara ini tak berulang lagi.
Perbincangan AJK selesai pada jam 4.00 petang dan kami berangkat pulang.

Salam.
Setiakawan Akan KeTanah Tinggi Lak





ps: Maaf lah tak banyak gambar persaorangan. Bateri camera dah dicharge, tapi bila cuba tangkap gambar dikelab keluar lampu merah lak. Takde power lah tu. Kena check kat kedai camera. Lepas ini Insyaallah, gambar gambar akan tersiar semula.

Tuesday, November 9, 2010

SETIAKAWAN INTERNATIONAL MASTERS – JOGJAKARTA 25-29 OKTOBER 2010

HARI TIGA 26 OKT 2010
Bermain Golf Di Borobudur International Golf & Country Club

Untuk hari ketiga ni, kita dirancang bermain di Borobudur International Golf and Country Club (Borobudur IG&CC). Masih practice round. Rancangan keseluruhan ialah untuk bermain practice round di Merapi Golf Course dan di Borobudur IG&CC. Selepas tu pertandingan dikedua
dua course pada Hari 4 dan Hari 5. Ialah niat datang nak main golf – mesti lah memaximisekan peluang. Kita bertolak lewat sikit. Jam 0700. Dijalan selain dari pengguna tempatan, lalu lintas tak lah bagitu sesak. Tiada masaalah ke kelab. Kelab ni terletak di barat laut (NW) Gunung Merapi. Kira jauh sikit course ni dari Gunung Merapi dari course yang kita main kelmarin. Nampak juga gunung, tapi Gunung Tidar. Tak de asap. Kira selamat lah.
Mengikut maklumat, abu gunung Merapi tak sampai ke Borobudur G&CC kerana tiupan angin
yang menjauhkan nya.
Gelanggang ni kira nya mendatar sepanjang. Ada juga naik turun’bukit’. Tak bermasaalah sangat. Gelanggang ni dijaga elok. Bersih kesemua nya. Cuma green nya kebanyakan nya menurun dan laju. Kena ketok bola perlahan lahan. Kalau tidak bola laju ke luar green. Kira kalau bola menurun kena tunggu lah sampai bola berhenti. Ada juga bola lebih jauh dari tempat asal. Nasib kurang baik lah tu.















Di course ni saya bermain dengan TSHM, Kol Razaki dan Dato Tairobi. Boleh lah tahan tapi tak ingat score berapa. Yang penting kita dah berlatih di course ni untuk pertandingan sebenar. Melihatkan TSHM, saya kira dia ada harapan untuk menjuarai piala SIM ni, cuma dia penyumbang piala, jadi tak boleh lah dia menjulang piala tu. Kena beri kat orang nombor 2. Tee off TSHM dengan fade yang dia dah masuk kira bila memukul.



























Jadi tepat selalu lah pukulan nya.
Selesai bermain kita keclubhouse untuk makan tengah hari. Acara pemberian hadiah pun diadakan. Nampak nya muka yang sama je terima hadia.h.









Saya tukang tepuk je. Takpe, asalkan seronok bermain golf. Dan saya seronok. Saya pasti ramai yang seronok juga.
Lawatan Ke Candi Borobudur
Ini kena tunggu posting berikut nya.

Salam
Setiakawan Telah Menawan Borobudur IG&CC