Monday, July 12, 2010

CERITA BOLA SEPAK SIKIT

Tim Bolasepak Negara Sepanyol memenangi FIFA World Cup diJohannesburg pagi tadi apabila Andres Iniesta menyumbat gol diminit ke116 dalam masa tambahan. Kemenangan ini merupakan kemenangan World Cup pertama bagi Sepanyol. Ia juga johan pemegang Piala Eropa tahun 2008. Dicelah kehangatan pertandingan FWC ini yang bermula pada 14 Jun lagi timbul cerita tukang tilik yang tak dijangka. Kalau dulu nak tilik kena jumpa Tukang Tilik, macam Nujum Pak Belalang lah, tapi kali ni secara kebetulan seekor ‘sotong kreta’ (gurita) atau octopus menjadi tumpuan. Sotong ni dibela diaquarium diBarat negeri German. Namanya Paul. Apabila 2 bekas megandungi makanan yang diletakkan bendera negara bertanding dimasukkan kedalam kolam nya, Paul akan membuka bekas itu dan mengambil makanan didalam nya. Kotak yang dipilih dulu dikira negara yang akan menang. Diperingkat separuh akhir Paul telah memilih negara Sepanyol dan bukan negara German. Pilihan nya betul. Negara German kalah dengan Sepanyol 3-2. Diperlawanan akhir Paul telah memilih Negara Sepanyol. Saperti kita ketahui Sepanyol telah menjuarai FWC dengan mengalahkan Belanda 1-0. Tekaan Paul adalah betul seratus peratus, 8 daripada 8.
Semasa tayangan langsung tu, terdapat juga John Deere Classic sedang hangat ditandingkan di TPC Deere Run di Silvis, Illinois, USA. Dapat juga celah celah bola sepak beralih keChannel 815. Sempat nengok Steve Stricker membuat putt untuk bogey dan memenangi kejuaraan itu kali kedua dengan -25, semasa rehat separuh masa diFWC.
Wah banyak nya pertandingan sukan yang berlaku pada satu masa. Formula One pun berjalan pada masa yang sama.
Salam
Setiakawan Ikuti Sukan Lain Juga

Sunday, July 11, 2010

Friday, July 9, 2010

SETIAKAWAN WEEKLY OUTINGS DINILAI SPRINGS GOLF AND COUNTRY CLUB PADA 07 JULAI 2020

Seronok juga bila dimaklumkan bahawa kita akan bermain di Nilai Springs G&CC kali ni. Seronok kerana inilah satu dari kelab yang kita biasa dan pengurusan yang teratur. Ada juga beberapa SMS biasa dari RHM sabelum itu.
Sampai diGolfers’ Terrace, kelihatan beberapa members dah pun tiba dan makan nasi lemak bungkus. Breakfast tanggung sendiri. Tapi, tak pula kelihatan convenor kita RHM. Kol Mutalib dah mula mengutip bayaran pada hari itu. Mana RHM? Menyampuk saya, dulu semasa kita bermain diKinrara, RHM terlepas ke Nilai Springs, kali ni kita di Nilai Springs dia ke Kinrara kote. Lagi pun FIFA World Cup ada tanyangan langsung malam tu. Tapi RHM bukan kaki bola. Tak macam DNA. Mutalib cuba menalipon tapi tak berjawab. Tapi yang banyak bertanya ialah bagaimana flight kita pada hari tu. Ada juga yang mencadang kita ‘o som’ untuk menentukan pasangan masing masing. Dalam tertanya tanya tu mula kita terima SMS. Saya terima ‘Sir, your flight BACK NINE (2ND) Dato Khairuddin, Kol John & Yours Truly’. Konfirm dia dah bangun dan dalam perjalanan. SMS yang sama diterima oleh wakil flight yang lain.
Members mula bergerak keTempat Buggy. Hanya 4 flights, 16 orang je. Tak ramai pulak. Members lain mungkin sibuk atau kepenatan selepas SESTRO pada 30 Jun lepas. Ramai berapa pun kita tetap bermain secara berseronok. Kita pun bermula mengikut flight yang telah ditetapkan. Bila RHM sampai, termasuk Rosli Deli, flight kami pun bermula diPines. Dah lama tak bermain di nine ni. Seronok rasa. Lubang pertama, dicatat sebagai Lubang 19 dikad, saya putt untuk par. Miss. Dapat bogey. Lubang 20 pun bogey. Bagitu juga Lubang 21, par 3 dapat bogey juga. RHM menyampuk, kalau bogey semua lubang, saya akan bermain 6 under. Ialah handicap 24.

Itu lah handicap 24. Lepas tu diLubang 22 mula double bogey diikuti dengan triple bogey lak. Hancus.
Saya partner Dato Khairuddin. Kita partnership yang cocok. Kita menang.
Selepas Pines kami ke Island Nine. Permainan macam gitu lah, kejap baik kejap tidak. Selesai main dalam jam 1.00. Dalam flight kami, terbaik ialah RHM dengan net 76. Saya net 77, Dato Khairuddin 89 dan Rosli Deli 90.
Bagitu lah pencapaian kami. Mesti cuba lagi untuk score yang lebih baik.
Kita makan tengah hari diBBN Cafe diPekan Nilai. Tempat biasa kalau kita bermain diNilai Springs. Saya kira, dari 16 yang bermain hari tu, cuma 11 yang hadir makan bersama. Lauk yang tersedia termasuk asam pedas ikan pari, sayur kacang, ayam goreng, ulam, telur asin dan air sirup. Saya tak makan kerana keletihan dan mintak pekerja disitu bungkuskan je. Balek kerumah nanti akan makan.
Selesai makan ialah sessi pemberian ballsweep hari tu. RK mengambil aleh serta mengumumkan pemenang pemenang hari tu saperti berikut:


Selesai pemberian ballsweep, hujan lebat dengan petir sabung menyabung. Kami duduk dan berbual. Terpaksa menjerit sikit kerana mencelah dengan petir. Macam macam cerita keluar saperti:
a. Apa berlaku pada RHM pagi tu. Dah bangun awal, Cuma nak tangkap a’shuteye’ 5 minit konon. Terlajak ke 30 minit. Terpaksa berkejar kejar. Celah celah memandu SMS dihantar untuk flight. Sebab tu dia tak menjawab panggilan dari kawan kawan. Saya ingin mengingatkan RHM, jangan SMS sambil memandu. Panduan tidak tertumpu.
b. Cerita pasal terima E Mail yang menarik. Tanya RHM, siapa kah yang minat menghantar e mail yang menarik. Macam macam tekaan terutama nya MJHim atau Dato K. Sebab – mereka ni suka cuit cuit kat situ, orang punya lak. Bukan. Rupanya OT. Teringat saya akan e mail nya yang bertajuk ‚Maam, Can you show me Your Registration Card’. Huraikan sendiri.
c. RHM juga cerita tentang untuk mendapat keputusan, dia terpaksa merujuk kepada Vice President yang akan suruh dia merujuk kepada President. President pulak suruh dia merujuk kepada Vice President pulak. Pi Mai Tang Tu je. Lama lama dia terpaksa adakan perbincangan untuk mereka bertiga.
Semua cerita ni adalah secara berseloroh dan penuh dengan kelak ketawa. Jarang kita ada sessi bagini. Walau pun kita berjumpa tiap tiap minggu, interaksi kita ialah semasa sarapan, itu pun mencelah dengan nak membayar yuran, order sarapan, kemas barang, menanya flight, menalipon, meSMS dan lain lain. Dipadang golf kita berbual dengan buggy mate atau dengan member yang lagi 2 tu. Yang lain ditempat masing masing. Di majlis perkahwinan lak, majlis orang. Tak boleh lah nak bergelak gelak sesame kita. Majlis berbuka puasa pun, sibuk nak makan. Maklumlah berpuasa satu hari. Sessi kelak ketawa kami selesai apabila hujan mula reda dan kita bertolak pulang. Saya dengan senyuman dibibir – mengenangkan keseronokan berkawan dengan SetiakawanGolf.
Salam

Setiakawan Boleh Ketawa Rupanya.


ps: Gambar gambar akan saya poskan kemudian. Tak dapat download sebab tak jumpa wire. laaah.

Tuesday, July 6, 2010

OVERALL SETIAKAWANGOLF RANKINGS AKHIR BULAN JUNE 2010

Terawal dari ini saya telah poskan ranking kita untuk bulan June 2010. Mej Rustam juara nya dengan 206 points. Itu untuk bulan June sahaja. Yang penting lagi ialah kedudukan rankings kita untuk keseluruhan nya dari Januari hingga akhir Jun 2010. Point keseluruhan ini lah yang akan menentukan kedudukan kita untuk pertandingan Golfer Of The Year pada akhir tahun nanti.




Perkiraan Panglima Handicap













Kali ini juara keseluruhan akhir bulan Mei Dr Khalil telah dipotong oleh beberapa pencabar. Beliau sekarang dinombor 5. Pendahulu bagi akhir bulan Jun ini ialah squad saya Dato Khalid Saad (DatoK) bersekali
dengan Mej Rustam Ramli, pendahulu bagi bulan Jun. Mereka kedua dua nya memperolehi sebanyak 610 points. Kedudukan nombor 3 bulan lalu Tan Sri Nik Ismail (TSNI) jatuh kenombor 4 lak. Nombor 3 sekarang ialah Kol Mutalib yang dulunya nombor 5. Yang banyak meningkat ialah Mej Rustam yang dulu nya nombor 7 sekarang ni dah nombor 1 lak. Well Done Rustam. Keep it up. DNA walau pun nombor 3 bagi bulan Jun tapi dinombor 8 keseluruhan. Bulan lepas beliau nombor 9 keseluruhan. Dia bertukar tempat dengan Mej Sardon yang dulu nya nombor 8 sekarang nombor 9. RHM bulan lalu nombor 10, sekarang turun satu anak tangga kenombor 11.
Juara juara kita nampaknya tak menyerlah sangat. Yang hangat sekarang MJHim, bulan lalu nombor 31, bulan ini nombor 31 juga. Pi Mai Pi Mai Tang Tu No? Dato Yunus Long juara Annual Championship kita kekal dinombor 23 je. BJ Rahman J President’s Trophy tahun 2009 bulan lalu nombor 36 bulan Jun ni nombor 42 lak. Apa dah jadi Squad. Cuba lagi. Golfer of the Year Ramli Kinta bulan lalu nombor 6 sekarang turun satu kenombor 7. Kalau saudara saudara tak membaiki pencapaian piala piala ditangan akan terlepas ketangan orang nampak nya.
Untuk Member yang lain hayati kedudukan masing masing, buat analisis sendiri untuk memperbaiki kedudukan untuk bulan bulan mendatang.
Salam.


Monday, July 5, 2010

DIA DATANG



Hayati

SETIAKAWANGOLF RANKINGS JUNE 2010

Selepas dimaklumkan berkenaan handicap baru yang akan digunakan untuk bulan Julai 2010, kini kita dimaklumkan pula berkenaan ‘Ranking’ kita dalam SetiakawanGolf.




DiSiapkan Oleh:












Nampak nya muka lain pula timbul. Syabas kepada Mej Rustam Ramli diatas pencapaian nya sebagai Top Ranked bagi bulan June 2010.
Nampaknya Shamsuddin MaHassan tak dapat bertahan, kerana bermain sekali je bulan Jun lepas. Sekarang beliau ditempat ke 56 pulak. Yang nampak menyerlah ialah Kol Dol Ngajis yang bulan lepas dinombor 40, sekarang nombor 2. Bagitu juga DNA bulan lepas nombor 10, sekarang nombor 3. Kol Raja Dollah, bulan lepas nombor 43, sekarang nombor 4. Raja Dollah tu nombor 43 dulu dengan 51 member member lain. Bagitu juga Dato Ismail Hassan dulu nombor 43 macam Raja Dolah sekarang ni nombor 10 lak. Juara SESTRO pada 30 June 2010 tak menonjol
kali ni. Bulan lepas dia nombor 8, sekarang nombor 30 lak. Dia main 3 kali tetapi tak menyerlah melainkan dapat nombor 2 sekali je dengan 48 points. Tak kemana lah. Saya bulan lepas nombor 36 sekarang ni nombor 6. Ahem Ahem.
Kebanyakan perubahan ni meningkat ialah kerana penyertaan. Menyertai Weekly Outings kita, meningkat lah kita.
Salam

Setiakawan Mengalakkan Penyertaan Mingguan Kita

Sunday, July 4, 2010

SETIAKAWANGOLF HANDICAP BULAN JULAI 2010

Selepas reda kehangatan pertandingan SESTRO kita pada 30 Jun lalu, kini kita beraleh je satu bab lain. Kali ini handicap pulak. Panglima Handicap telah memajukan senarai handicap yang baru bila mula nya bulan Julai, cuma saya maklumkan members hari ni, 04 Jul. Handicap ini akan digunapakai pada Weekly Outings kita pada 07 Jul ini.
Harap harap handicap baru ini disenangi semua. Query, hubungi Panglima Handicap kita, Dato Amin Salleh.







Panglima Handicap










Salam

Setiakawan Dapat Handicap Baru