Tuesday, June 8, 2010

FUND RAISING & CHARITY DINNER YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA PADA 06 JUN 2010

Saperti telah dimaklumkan dalam blog kita pada 19 Mei 2010, pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara, Tan Sri Hashim Meon (TSHM), yang juga penaung kelab Setiakawan telah menjemput kita kemalam Kutipan Dana YAKIN pada 06 Jun 2010. Members Setiakawan didijemput menyumbang kepada yayasan itu dalam mengumpul dana mereka. Majlis dirancang diadakan diKompleks Suruhanjaya Sekuriti diMont Kiara, Selangor. MJHim selaku penyelaras telah berjaya menghebahkan usaha Tan Sri Hashim dan berjaya mengutip sebanyak RM 1860 bagi Yayasan itu.
MJHim juga telah berjaya mempelawa seramai 9 orang members untuk menghadiri majlis makan malam itu.
Wakil kita terdiri dari Dato Presidente, MJ Dato Khalid Saad (Dato K), MJ Dato Amiruddin Aladad Khan, Raden Hamzah (RHM), Kol Dol Ngajis, MJ Dato Hashim Yahaya (MJHim), Kol Ramli Kinta dan isteri Hjh Rahmah dan saya. Kita dikhaskan satu Meja. No 3.
Sempat juga bejabat tangan dengan TSHM, tapi tak lama berlegar dengan dia. Maklumlah Chairman tentunya sibuk. Majlis diadakan di Foyer kompleks tersebut. Sesampai saje, selepas mendaftar, saya dan MJHim turun keFoyer dan menuju kemeja kita. Tak lama kemudian members kita pun tiba dan duduk dimeja kami. Pada jam 8.45 diumumkan kedatangan Undangan Khas iaitu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Mereka diunjurkan kemeja khas dan sejurus kemudian bermulalah acara dengan bacaan ayat suci Al’Quran dan selepas itu bacaan doa. Jamuan Makan pun bermulalah.
Beberapa persembahan telah ditunjukkan oleh penuntut penuntut dari sekolah sekolah anjuran YAKIN termasuk dari Kota Baru, Kelantan. Selesai makan TSHM selaku pengerusi yayasan berucap, diikuti oleh Tun Dr Mahathir selaku pensyarah utama bertajuk ; Muslim Dilemma: Challenges and Opportunities. Imam Besar Masjidil Haram, yang diundang khas juga berucap. Selesai ucapan beberapa wakil telah dijemput keatas pentas untuk menyerahkan sumbangan peribadi atau pertubuhan mereka. Tak ingat saya siapa yang menyumbang tapi yang saya masih jelas ialah Imam Besar Masjidil Haram telah menyumbang sebanyak 3 juta riyal kepada YAKIN. Alhamdulillah. Saya percaya sumbangan saperti ini akan mencepatkan pencapaian usaha murni YAKIN.
Tun Dr Mahathir juga dijemput untuk melancarkan kompleks baru YAKIN yang dinamakan KIBLAH Education Complex diLot 30774, Jenderam Hilir, Selangor. Mengikut TSHM, disebelah Bukit Unggul Golf Club. Memang elok tempat tu.
Majlis telah selesai lebih kurang jam 11.00 malam.
Bagi pihak Dato Presidente saya merakamkan penghargaan keaatas sumbangan members kita untuk menyokong usaha murni yang dilaksanakan oleh Yayasan Kebajikan Nusantara dibawah pengerusi nya Tan Sri Hashim Meon.

Salam

Setiakawan Menyumbang Kepada YAKIN




ps: Maaf qualiti gambar kurang memuaskan. Produk amatur.

Sunday, June 6, 2010

BUKIT KEMUNING GOLF & COUNTRY RESORT PADA 09 JUN 2010










Nestled cozily within the well established neighborhoods of Kota Kemuning and Bukit Rimau lies the 18-hole Bukit Kemuning Golf and Country Resort, also dubbed "Bukit Kemuning's Hidden Jewel". Since its first tee-off in 1993, BKGCR has grown tremendously in its popularity amongst the most serious as well as recreational golfers, with its membership reaching almost 800 .
Sprawling over 150 acres of lush greenery, the course commands the very best of its golfers, with challenging greens and sparkling white bunkers there to demand extreme skills and accuracy even amongst the most discerned golfers.
Fairways spread generously with well defined lines and stripes to tease those looking for a good approach while heavy roughs await those who tend to take the course too lightly.
The motto of BKGCR is basically to provide the most laid-back feel for everyone and to encourage friendships to nourish on the course as well as in the clubhouse. The ambience welcoming every visitor or regular member at the clubhouse is that of the most friendliest and relaxing. The image of golfers greeting one another out at the fairways and golfer's terrace is a very common sight, and BKGCR feels extremely proud and ecstatic to host these smiles.
The clubhouse and golf course have seen a major facelift since early 2006 and the response has been very encouraging. With a solid goal in mind, Bukit Kemuning Golf & Country Resort aims to be one of the best golf courses in the country and to attract serious golfing enthusiasts and golf tourists from all around the world.

Hidup biarlah berbakti walau pun tak di puji. Kali ini kita akan berjuang diBukit Kemuning Golf and Country Resort pada 09/06/10. Kindly confirm ASAP. Regards.

Raden Hamzah Massod

Thursday, June 3, 2010

SUMBANGAN SETIAKAWAN KEPADA YAKIN

Sahabat Setiakawan sekalian,

Sumbangan Setiakawan kepada YAKIN ..Yayasan Kebajikan Islam Nusantara.. yang berjaya dikutip daripada ahli ahli yang hadir pada 2 Jun 10 di Kinrara Golf Club ialah sebanyak RM 1860. Sumbangan ini telah diserah kepada Pengerusi YAKIN, Tan Sri Hashim Meon pada hari yang sama.
Setiakawan mendapat satu meja 10 orang untuk makan malam bersama sama dengan peyumbang penyumbang yang lain yang antaranya adalah dari luar negara pada Ahad 6 Jun 10 jam 8 mlam dibangunan Security Commission.Tun Dr Mahadhir telah diberi penghormatan untuk berucap atas tajuk "Muslim Dilemma:Challenges & Opportunities".
Pakaian bagi majlis tersebut ialah BATIK lengan panjang. Ahli ahli Setiakawan yang telah bersetuju untuk hadir pada malam tersebut mewakili Setiakawan ialah President kita Dato Ghani,John Hamzah,Raden Hamzah,Khalid Saad,Hashim Yahaya,Ramli Harun,Dol Ngajis dan ada lagi 3 tempat kosong.Bagi siapa yang berminat sila hubungi saya.
Harapan kita ialah semoga YAKIN dapat meneruskan usaha usaha murni untuk mendidik anak anak Islam yang memerlukan dinusantara ini.InsyaAllah.
Setinggi penghargaan kepada semua yang telah sudi menyumbang.

Salam Hormat



SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS DI KINRARA GOLF CLUB PADA 02 JUNE 2010

Kali terakhir kita bermain diKinrara Golf Club ialah pada 03 Mac 2010. Jadi selepas 2 bulan kita bersetuju bermain disana. Macam macam pandangan yang kita terima tentang course ini. Ada baik dan ada yang tak baik. Yang jelas ialah course ni tidak bagitu jauh (atau panjang) kalau dibezakan denagan Danau Golf Club dan Nilai Springs Golf and Country Club.Walau pun berdekatan kepada members dari KL tetapi kesesakan lalu lintas menjadi pergerakan kita tergendala juga. Saya kira yang dari Seremban tu, bertolak lebih awal dan bila sampai dikawasan sesak trafik masih belum sesak sebab terlalu awal. Kesesakan itu yang saya alami semasa kekelab mengikuti jalan dari Kelab Lumba Kuda. Walau pun dari PJ, saya tak pasti jalan mana lagi yang boleh diikuti. Nampaknya kena meninjau untuk jalan lain.
SMS yang diterima dari RHM berbunyi ‘ Solat tu menghantarmu setengah jalan, puasa tu menghantarmu kepintu kerajaan Sedekah itu membawa masuk kedalamnya’.Dah bermadah lah saudara Raden Hamzah ni. Kalau dia happy kita tak kisah asalkan aturan bermain golf dah dibereskan. Mengikutnya lagi kita ada 36 peserta. 9 flights. Wow. Seronok bila ramai menyertai. Kelihatan kawan kita yang lama tak kelihatan saperti Dato Soheimi, Dato Affendi Mustapha, Dato Amiruddin, Kol Razaki dan Asmadi. Yang baru kelihatan termasuk Dato Yahya TUDM dan Zulkifli Abdullah. Yang lain tu memang kerap kita berjumpa pada hari Rabu.
Sampai ditempat letak kereta ( ringkasnya ‘teleta’ agak nya) berjumpa Hj Rahim Kassim.
Dia sedang memakai kasut dikereta nya. Yang jelas nya tiap tiap kali berjumpanya dia akan memakai baju dan topi Setiakawan. Bertukar tukar tiap tiap minggu. Dia bagitu bangga mencanang kelaziman nya itu. Well Done Ji.
DiGolfers Terrace kelihatan ramai dah berkumpul. RHM saperti biasa sibuk menerima bayaran. Beliau dibantu oleh Kol Mutalib. Sorang lagi kelihatan mengutip duit. Dato Hashim Yahaya, MJHim, selaku penyelaras mengutip wang sumbangan untuk jamuan Yayasan Kebajikan Islam Nusantara Sapert yang ramai maklum perkara ni di umumkan oleh Pengerusi YAKIN yang juga penaung kita akan usaha usaha pertubuhan itu untuk mengurus serta mentadbir sekolah ugama ini.
Sarapan adalah atas urusan bersendirian. Kelihatan yang mengambil sarapan dan ada yang minum je. Caddy juga urusan sendiri dengan bayaran RM35. Saya ambik satu untuk buggy saya. Flight saya terdiri dari penaung kita Tan Sri Hashim Meon TSHM (hcap 17), Dato Johar Murad (hcap 19), Dato Hashim Yahaya MJHim (hcap 24) dan saya (hcap 24). Saya partner Dato Johar – buggy to buggy. Kita mula di second nine, Sutera Nine. Sampai diteebox, ramai dah disana. Kita mula terakhir sekali.









Flight depan kami ialah Dato Yahya,
Dato Nawi Alias, Dato Malek Shahar dan Dr Ramli. Tiga Air Force sorang Medical. Wah mengancam. Semua nya serious golfers. Tak tahu pulak saya kesudahan nya.
Cuaca mula mula nya redup bertukar menjadi bahang. Angin kalau ada pun, sepoi sepoi bahasa je. Memang berpeluh kita. Walau pun flight kami ada pertarungan secara friendly tapi tidak lah tertekan sangat. Dalam flight kami tak banyak tekanan kerana semua nya ‚cool’ punya member. DiLubang 10, Par 5, Index 8. Kami bertiga dapat triple bogey 8. TSHM terbaik dengan double bogey 7. Bad start. Setelah itu kita ada improve sikit. Yang tak tahan tu diLubang 16, Par4. Tee off bola kekiri tak kemana. Dilereng bukit. Selepas pukul turun bukit. Rupanya pukulan kedua tak clear bukit. Kena panjat lagi. Dalam saat sat bagini lah yang nak give up. Mencungap cungap kita. Dapat triple bogey 7 kat situ. Ini kes teruk. DiLubang 17, Par 3. Kiranya Face saving lah ni. Chip dari apron masuk terus. Birdie you. First Nine dua orang dapat gross 51 dan 2 lagi gross 52. Sama standard lah kami.
DiFirst Nine, Damai Nine TSHM dapat gross 44
sementara saya dapat gross 45. Yang duorang lagi, sorang 50, sorang 51. Gross kami ialah 96, 103, 102 dan 96. Kira kira OK bagi saya.
DiDining Room kelab, members dihidangkan dengan nasi goring, mee goring, ayam goring dan minuman sirup. Walau pun simple, tapi, berselera makan bagitu. Kira nya alas perut sehingga makan malam.
Kelihatan Kol Mutalib tekun mengira sementara RHM kelihatan mengemaskinikan Dato Presidente. Selesai semua RK mengambil alih. Macam biasa dia membuat beberapa pengumuman saperti berikut:
a. Mengingatkan jemputan kahwin Dato Anuarrudin pada 6 Jun mulai jam 12.00 tgh sehingga jam 5.00 petang.
b. Mengingatkan jemputan kahwin Tan Sri Ilias Din di Dewan Perdana FELDA pada 10 Jun 10 mulai jam 8.oo malam.
c. Jemputan kahwin dari Tengku Ismit pada 16 Jun 2010 di Dewan Merak Kayangan mulai jam 8.00 malam.
d. Sumbangan members kepada Yayasan Kebajikan Islam Nusantara ialah sebanyak RM 1760. Sumbangan ini akan diserahkan oleh MJHim kepada TSHM. Makan malam ialah pada 6 Jun 2010 diDewan Securities commission mulai jam 8.00 malam. Makluman lanjut akan diedarkan oleh MJHim tak berapa lama lagi.
Dato Vice Presidente pula mengingatkan akan members yang akan keChiengmai. Mengikut nya seramai 10 members telah mengesahkan pemergian sementara 2 masih belum berbuat demikian. Beliau berharap perkara ini akan diselesaikan segera.
RK seterus nya mengumumkan pemenang pada hari itu saperti dipamirkan dibawah:

Nampak nya saudara yang kita tahu boleh bermain dengan baik menunjuk belang nya.
Kol Raja Dollah menjadi champion kali ni. Deputy Champion ialah Kol Dul Ngajis.
Dengan handicap 3 pun dia dapat net 71. A Medal pula dimenangi oleh Dato Amiruddin yang lama tak menerima hadiah, He is now back to his winning ways. Dia diikuti oleh Mej Rustam, Dato Khalid Saad dan Kol Arham.








B Medal pula didahulu oleh Yours Truly – saya lah Koljohn. First time. Yang kedua ialah Dzulkifli, RHM dan Dato Yunus Long.
Selesai pemberian hadiah, jawatankuasa duduk bersidang. Antara yang dibincangkan ialah, Setiakawan Stableford Trophy atau SESTRO.
Piala sumbangan Tan Sri Nik Ismail.
a. Pertandingan ini akan berlangsung pada 30 June 2010 di Tasik Putri Golf and Country Club. Bayaran yang akan dikenakan ialah sebanyak RM 130 termauk sarapan, makan tengah hari dan 2 caddy untuk satu flight. Convenor telah mendapat persetujuan pihak pengurusan supaya kita bermain di Puteri dan Putera 9. First dan Second Nine.
b. Walau pun selalu nya criteria kelayakan termasuk telah bermain sebanyak 10 kali diWeekly Outings kita, memandangkan ini ialah pertandingan inaugural bagi piala ini, kita menetapkan keperluan sebanyak 5 kali penyertaan sejak 1 Jan 2010. Jadi siapa yang masih belum memenuhi criteria itu, masih ada sekurang kurang nya 3 outings lagi sabelum pertandingan. Saya rasa semua boleh qualify.
Perbincangan selesai pada jam 3.30 petang.
Salam.

Setiakawan akan Cuba Memenangi SESTRO pula.

Selingan Lagu Sikit.