Friday, October 23, 2009

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS (SENAT) – 18 – 21 0KTOBER 2009





Umum
Pertandingan Hari Pertama dah selesai. Masuk hari kedua. Day 2. Kali ni di Cinta Sayang Golf and Country Club. Aturan sarapan sama macam hari sabelum nya. Hidangan memadai dengan kehendak kita. Ada makanan oriental dan ada makanan Western. Pada hari pertama saya nampak lah Mike Weir kita makan corn flakes. Macam Mat Salleh. Dia kata supaya lebih tenaga. Hari kedua pun nampak makan yang sama.Tapi tangan bertepek tepek anti vibration guards. Tahu lah tua, tapi tak kan lah sampai berlebih lebih.
Hari Kedua ni kita relaks sikit, sebab akan bermain diCinta Sayang G&CR. Tak perlu bergerak kemana mana.Yang penting hari ni ialah hari final. Day 2 and Final Round. Saperti Pengerusi SENAT merancangkan, pertandingan sebenar ialah pada 20 dan 21 Okt 09. Permainan pada 19 Okt adalah untuk memanaskan badan dan kita kira practise round. Kepada mereka yang bertekad untuk memenangi Piala SENAT, permainan Panas Badan ni seharusnya disertai untuk menambahkan peluang pada pertandingan sebenar. Ahli ahli yang menyertai permainan panas badan ini ialah Tan Sri Hashim Meon TSHM, Dato Nawi Alias (DNA), Kol Mutalib (KMMS) dan saya. Yang lain tak sempat sampai untuk menyertai, Kalau mengikut the Law of Averages, kami berempat lah ada peluang yang cerah sekali. Tambahan pula pertandingan akan diadakan di Permaipura Golf Resort dan Cinta Sayang Golf Resort. Sekurang kurang nya kami dapat menyesuaikan diri di satu dari course yang kita akan bermain. Tapi bola tu bulat. Hanya ‘performance’ masing masing yang akan menentukan.

Permainan Day 2.
Members yang mendapat score nett 76 dan kebawah mungkin ada peluang yang cerah untuk menduduki tempat pertama, tetapi yang favourite sudah tentu pada Kol Razaki yang mendapat 69 iaitu 3 under.Yang terdekat dengan nya ialah Kol Mutalib dengan net 72 dan Hj Jamaluddin dengan net 72 juga. Lima strokes off dari Razaki.
Pemain tempatan yang nampak hadir ialah Lt Kol Zainuddin dan Mej Norsahid. Mej Norsahid handicap nya 4. Memang kukuh.
Sabelum memulakan pertandingan, tangkap gambar dulu. Untuk kenang kenangan. Mula mula berlatarbelakangkan Clubhouse dan juga matahari. Banyak menyuarakan teknik salah tapi saya kata teknoloji sekarang ni macam macam arah boleh. To be sure, lepas tu berpusing belakang. Menghadap matahari pula. Dua dua gambar akan diletakkan dalam Blog. Saudara jadi hakim.






Flight saya terdiri dari Dato Yunus Long, Mej Norsahid ( B ) dan Razak. Untuk kesenangan kami partner buggy to buggy. Norshahid handicap 4, Razak 13 dan Dato Yunus 19. Saya 22. Sayup rasanya perbezaan handicap tapi tetap bersemangat untuk bertarung dan bertaruh kecil kecilan. Saya ada practice pada 19hb, tapi standard yang saya tunjukkan saperti tak pernah kecourse itu. Memang seronok partner dengan Razak lawan Dato Yunus Long dengan Norshahid. First nine kita menang. Mereka double up.
Course cantik, tee box kebelakang dan pin dengan bendera biru selalu. Jauh lah tu. Cuaca bahang sikit kerana takde angin.
Selesai bermain kita, bermakna Ramli Kinta RK, Raden Hamzah RHM dan Kol Mutalib masing masing sibuk lah. Nak kutip score card untuk buat perkiraan. Nampak Mutalib as always, dengan cermin mata atas hidung tekun membuat kiraan. Oleh sebab kedudukan peserta ditentukan dengan score semua peserta, kekurangan satu score card pun menjadi masaalah. Ini lah masanya Mutalib akan kelihatan mengejar peserta. Kadang kadang dengar juga dia lepaskan kata kata memberangsang.
Makan tengah hari ditetapkan diruang legar ‘Golfers’ Terrace’. Semua ahli berkumpul dan memulakan makan tengah hari dengan hidangan yang disediakan.Udang ada, ikan ada, sayur pun ada dan nasi putih. Cukup untuk kita semua.
Selesai makan RK mengambil alih acara untuk menyerahkan Ball Sweep for the Day.



Keputusan hari kedua adalah saperti berikut:


RK telah menyerahkan Ball Sweep hari kedua.

Hip Hip Setiakawan.

Salam

Thursday, October 22, 2009

SETIKAWANGOLF NATIONAL TOURS (SENAT) – 18 – 21 0KTOBER 2009


Umum
Saperti Pengerusi SENAT merancangkan, pertandingan sebenar ialah pada 20 dan 21 Okt 09. Permainan pada 19 Okt adalah untuk memanaskan badan dan kita kira practise round. Kepada mereka yang bertekad untuk memenangi Piala SENAT, permainan Panas Badan ni seharusnya disertai untuk menambahkan peluang pada pertandingan sebenar. Ahli ahli yang menyertai permainan panas badan ini ialah Tan Sri Hashim Meon TSHM, Dato Nawi Alias (DNA), Kol Mutalib (KMMS) dan saya. Yang lain tak sempat sampai untuk menyertai, Kalau mengikut the Law of Averages, kami berempat lah ada peluang yang cerah sekali. Tambahan pula pertandingan akan diadakan di Permaipura Golf Resort dan Cinta Sayang Golf Resort. Sekurang kurang nya kami dapat menyesuaikan diri di satu dari course yang kita akan bermain. Tapi bola tu bulat. Hanya ‘performance’ masing masing yang akan menentukan.






Permainan Day 1.

Selesai sarapan diCinta Sayang Golf Resort, semua golfers bertolak kePermaipura Golf & Country Resorts (PGR). Golf Course ni terletak diBedong. Satu kawasan luas yang juga mengandungi perumahan . Cantik kawasan nya.

Pada hari ini kami disertai members members lain yang berada di Sg Petani. Terjumpa saya dengan kawan kawan lama saperti Dato Jamil Tahir (former CE), Mej Khir ( B ). Mereka dah bersara dan sekarang menetap di SG Petani.


Dato Jamil ada kediaman dalam kawasan Permaipura Golf Resort sementara Mej Khir tinggal di Sg Lalang. Seronok dapat jumpa kawan lama. Golfer tempatan lain yang menyertai kami ialah Encik Sukairi (Pengurus , PGR), Me Syed Sofie ( B ), Saudara Md Noor dan Saudara Salleh. Kami kira peserta tempatan ni lebih baik lah performance oleh sebab ‚local knowledge’.




Selepas mengetahui flight masing masing kami pun menuju tee box. Kami menggunakan kedua dua tee box 1 dan 10.
Hari ni saya dengan Dato’ K (Dato Khairuddin), Kol Razaki dan Mike Weir (Hj Rahim Kassim). Untuk memilih partner, kami baling bola. Saya partner Kol Razaki. Dua bulan dulu, he was playing 13 and after the review of handicap he was playing 20, another review on 7 Oct he played at 19. Kukuh lah kami. Latently he would be playing 13 and officially he was playing 19. A good cushion there.
Semasa tee off, saya ternampak Kol Razaki terencut rencut. Bila ditanya dia kata terseliuh. Bila masa pulak ni. Dia partner saya. Ayam tambatan saya tempang dah. Dato K kata ‘Sandiwara’. Nampak mereka berdua ni lengkap dengan ikatan dilengan. Anti vibration tights konon. Bila ditanya, ada saje rintihan, sakit sini lah sakit sana lah, tapi bila pukul bola sama aje macam biasa. Ini agaknya dipanggil psychological warfare (psywar) atau psychological operations (psyops). Tunjuk se olah olah lemah tetapi kuat. Ini menlalikan musuh supaya berfikiran demikian dan bila berunding untuk tetapkan ‚stake’ boleh lah tetapkan tinggi sikit. Ini umpanan. Silap silap termakan diri. Lah, ingat dalam peperangan bersenjata saja ada psywar atau psyops rupanya dipadang golf pun bagitu.
Bila Kol Razaki tee off, nampaklah dia mengawal diri dari mengguna kaki kirinya. Transfer weight tak dilaksanakan dengan sepenuhnya. Tapi bola pegi jauh macam biasa.

Dalam hati, kepincangan ni mungkin ada hikmah nya. Pukulan kedua pun sampai keapron. Satu chip, 12 kaki dari lubang. Putt tak masuk. Dapat bogey. Dia handicap 19, kalau bogey tiap tiap lubang pun akan dapat 1 under. Cukup lah tu. Lagi pun tak kan takde dapat par satu pun. Walau pun dia menyerlah tetapi partnership Dato K dengan Mike Weir tu pun tak kurang hebatnya. Pada hole terakhir, bola Mike Weir 3 on. Putting for par. Razaki 2 diapron. Tapi chip terjauh sikit, about 20 feet. Put for par tapi miss. Yang Mike Weir ni pulak dijarak 8 kaki putt masuk pulak. Dapat par. Itu pulak deciding hole. Kami kalah lah. Well done to them.
Selesai bermain, kami berkumpul diDewan Makan dan upacara pembahgian hadiah ball sweep.


Score untuk hari Day 1 adalah saperti dibawah:

Nampak nampak partner saya tu leading pada Day 1. Selain daripada itu, nampak juga Kol Mutalib dan Hj Jamaluddinbeserta Dato Malek dan Razak juga dalam kedudukan yang mengancam Kol Razaki. Kita tunggu Day 2 dan the Final Day.
Hip Hip Setiakawan

Salam

Monday, October 19, 2009

SCORE UNTUK PERMAINAN PADA 14.10.09

Hello Members,
Sorry lah. Posting terawal patut dimasukkan score untuk 14.10.09, tapi apa jadi, tak timbul pulak. Diperturunkan score tersebut:



Salam
Koljohn

SETIAKAWANGOLF WEEKLY OUTINGS AT THE BUKIT UNGGUL COUNTRY CLUB ON 14 OCTOBER 2009


alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5394283907360454626" />



The SMS received from RHM on 13/10/09 at about 6.00 pm was ‘Sir, got 6 full flights. Rate RM100 (g’fee, buggy, ins & lunch). Tee off by 0815 hrs. Bukit Unggul. After the game, please proceed to Restaurant Puteri. Regards. RHM’.

Ini bermakna bahawa kita ada 24 pemain golf pada 14/10/09. Pengumuman jumlah flight ni ada bagus nya. Ia sekurang kurang nya memberi gambaran jumlah golfers yang akan bertanding pada hari itu. Apa yang tersirat ialah harapan beliau supaya semua akan hadir dan tiada siapa yang akan menarik diri. Kesan penarikan diri ialah flights mungkin perlu diatur semula. Ini memang perkara yang Convenor cuba mengelak dan akan menambah kerjanya. Tetapi setahu saya ada saorang menarik diri pada hari itu kerana Iman masjid kampung nya meninggal dunia. Dalam hal hal sebigini memanglah tak boleh dielak. Kita hanya boleh merancang.
Pada pagi tu hujan diPJ. Pengalaman saya selama ini, kalau hujan dirumah tak bermakna hujan dipadang golf. Bertolak lah saya menuju ke Sepang melalui Bangi. Memang betul jangkaan, dalam perjalanan hujan dah mula reda. Teringat akan sarapan. Kat BUCC, sarapan nya standard je. Sampai disimpang dekat masjid nampak sebuah kedai yang selalu penuh pelanggan pada pagi hari. Sebelah masjid. Singgah lah saya. Kedai mamak. Order roti banjir. Kejap lagi Dato Khalid masuk. Lepas tu Razak dan Mej Che Anuar. Semua hendak alas perut sabelum bertarung. Razak bayar. Dalam celah mengucap terima kasih saya kata bayaran ni boleh cover dengan pendapatan melalui ball sweep pada hari itu. Mudah mudahan.
Sampai diLobby, RHM sedang menunggu. Bayar RM100. Saya cuba dapatkan caddy untuk buggy saya. Bayar RM 37. Bila nak bergerak kebawah caddy masih tak sampai. Caddy Master maklumkan bahawa semua caddy tak sampai lagi kerana kena ‘raid’ pada malam sabelum tu. Saya agak, caddy caddy ditahan dan disiasat oleh Jabatan Imigeresen lah tu. Tertanya juga, mereka ni tak de permit/visa ke? Setahu saya mereka ni dah lama disini dan sepatutnya agen mereka tahulah prosedur tentang pengambilan pekerja asing. Atau operasi sedemikian sengaja diadakan. Ada tujuan lah tu.Caddy Master kata caddy akan dihantar apabila mereka sampai.
Minum kopi jap diCoffee House. MJHim belanja. Selesai minum kami bergerak ke10th tee box. Saya partner Eddie Amin Malik, sementara Dato Khalid partner Kol Mutalib. Eddie handicap 9. Single handicapper. Bila partner dengan orang handicap rendah ni, saya rasa confident sikit. Maklumlah kalau handicap rendah tu, permainan pun patut terror lah. Kol Mutalib handicap 17, Dato Khalid handicap 20. Eddie kena bagi dari 8 ke 13 stroke kepada kami. Pada saya tak kesah kerana partner. Kepada mereka berdua tu berat sikit lah. Tak pe kalau partner I main baik. Rupanya dia dah lama tak main. Handicap saja kekal, standard dah menurun. Ini bukan berenang, maknanya tidak akan lemas serta mutu renangan akan kekal. Golf lain. Eddie masih karat lagi. Dato Khalid makin baik permainan nya walau pun dah potong 2 stroke minggu lepas. Mula mula Mutalib tersangkut sangkut hingga Dato Khalid nak suruh dia balik. Second nine dia pula menyerlah. Kami kalah. Dua dua mereka menang hadiah. Untuk Eddie, sabar dan practice. You akan capai tahap lama dengan syarat adakan training.
Saya melayari website BUCC dan lambang mereka ialah helang ‘eagle’. Moto mereka ialah ‘where eagles live and play’. Cuma bila nengok eagle yang digunakan tu macam the Andes Condor je dan bukan helang Malaysia. Harap tak kena kecam dengan kerajaan Negara Negara South America kerana menciplak. Takutlah kote belia belia mereka membantah dan mengancam menyerang kita pulak. Penggunaan ‘condor’ tu macam by convenience. ‘Cut and paste’. Kalau pehak pengurusan BUCC tak bersetuju dengan saya, mungkin mereka boleh perbetulkan melalui blog ini.
Selesai bermain 18 lubang, kita bergerak keRestoran Puteri. Makan diluar club ni ada beberapa implikasi.
a. Ahli ahli bergerak dalam masa sendiri. Yang dulu sampai lah dulu dan kena menunggu yang lain.
b. Kalau lama menunggu, mula lah makan. Kalau dah ada 4 orang untuk satu hidang tu ok lah. Kalau tak cukup orang. Nanti lauk habis, hidangan mungkin tak cukup.
c. Bila makan diluar ni ada juga tak datang. Mungkin ada urusan lain.Atau dah tahu tak akan terima ball sweep.

Saya rasa in the spirit of Setiakawan, kita semua patut makan tengah hari sekali. Baru ramai. Kalau tak menang pun, tolong tepuk tangan kepada yang menang. Bersemangat sikit mereka. Walau bagaimana pun, saya percaya Convenor arif akan keperluan mereka yang perlu beredar dengan cepat.

Seterusnya, RK pun memaklumkan pemenang pada hari itu. Oleh sebab tak ramai orang menyertai maka hadiah diberi kepada overall sahaja. Pemenang pemenang adalah saperti dibawah:

Minggu depan, pada 21/10/09 kita tidak adakan ‚weekly golf’ oleh sebab berada di Sg Petani bertanding untuk piala ‚SENAT’. Kita akan adakan golf mingguan kita pada minggu berikutnya iaitu pada 28/10/09.

Salam

Friday, October 16, 2009

Monday, October 12, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SETIAKAWANGOLF PADA 10/10/09



Oleh sebab tarikh Open House SetiakawanGolf telah ditetapkan sabelum raya lagi, Open House ni menjadi bahan bualan dibibir ahli selalu. Terutamanya apabila aktibiti lain dah selesai. Berbuka puasa dah selesai, Open House kawan kawan dah selesai, pertandingan golf weekly kita dah selesai, the last being at Bukit Kemuning on 07/10/09. Semenjak selesai game tu, ahli ahli menumpukan perhatian kepada Rumah Terbuka kita. Hanya 3 hari lagi tetapi sempat kita mengingatkan satu sama lain akan event itu dan jangan terlupa. Maklumlah pada hari Sabtu, hari weekend. Kalau termasuk panggung wayang pukul 4.00 petang, nanti terlepas nak pegi atau kalau ‘go for a drive’ dan tersosor ke Tepeng, dah tak sempat balik, kalau terlalu banyak menerima jemputan Open House lain, mungkin dah terlalu senak (bukan senat). Jadi saya pasti ramai akan menhadiri Open House. RHM punya latest SMS on 08/10/09 ‘SIR, including you, we will be expecting 89 pax to turn up for SETIAKAWAN OPEN HOUSE 10/10/09. See you at No 6, Jalan Jed 7/5, Section 7, Shah Alam, Sel.
89 pax. That’s a very encouraging number. Yes including the spouses. Sorang je, agaknya , tak bawa spouse. Datuk Daud lah tu. Dah lama dia bujang. Must do something about it. Maybe the wives of members can assist here. Or better still, I’ll advertise him on this blog. ‘Dato D Available’.Anybody interested? Call RHM.
Setiakawan Open House tahun ini di setujui diadakan dikediaman Patron kita, Tan Sri Hashim Meon. Dia lah yang sejutu dulu, baru kita boleh setuju. Anyway our Patron has graciously agreed that it be held at his residence as stated in RHM’s SMS as well as posted on our blog earlier. Dalam memasukkan butir butir alamat kediaman Tan Sri, saya tertarik dengan alamat ‚Seksyen 7’ tu. Kalau tak silap Seksyen 7, Shah Alam ada masuk cerita dalam Bloggerspere tak berapa lama dulu. Terlintas juga dalam hati kote kote Tan Sri kita ni dah beli Istana KT yang telah menjadi cerita hangat dalam 2 bulan lalu. Tapi terfikir juga, tak mungkin kerana terlalu cepat untuk mengemas nya untuk Open House kita.
Shah Alam tu saya biasa juga tapi kawasan Seksyen 7 ni tak pernah sampai. Apabila saya masuk kawasan yang telah diceritakan oleh kawan, saya mula hilang arah. Masuk kawasan Jalan 7/1 dan jumpa Jalan 7/2 tapi pusing pusing tak jumpa juga Jalan 7/5. Dapat cakap dengan Tan Sri. Bila saya maklumkan berada dikawasan Jalan 7/1, dia menyatakan ‘itu kawasan rumah 24 million dollar house, rumah saya 24 million rupiah’. Dengan panduan Tan Sri on the phone, kami pun dapat sampai dikediaman nya. Wah, besar tersergam. Kawasan luas. Memang cocok untuk Open House Setiakawan.
Selepas bersalaman dengan Tan Sri dan Puan Sri kami meninjau ninjau kediaman itu. Sabelum sempat bersalaman berjumpa dengan saorang yang dah lama members tak berjumpa, Dato Tairobi.
Dia pakai lengkap baju kebangsaan warna merah jambu. Pakai cermin mata hitam pulak. Macam Jose Feliciano. Jengok jengok juga kalau ada set karaoke. Manalah tahu dah lama tak menjelma mungkin nak mendendangkan kita. Sebenarnya saya dah tahu masaalah mata nya. Long story. Suffice to say his eyes cannot be exposed to ultra violet light. That explains the dark glasses.He was still under medication and on the way to recovery. Bila ke padang golf – tak pasti lagi. It was good to see him.




Semua dijemput kedalam rumah untuk memulakan acara. The Secretary RK took the mike as MC and started the ball rolling. Kita memulakan dengan memohon doa yang di kepalai oleh tuan rumah, Tan Sri Hashim Meon.


Selesai doa, Dato Pengerusi pula berucap dengan meliputi perkara perkara berikut:
a. Mengucapkan semua ahli dan keluarga mereka ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri’ dan berharap bahawa semua telah menikmati kemeriahan Aidil Fitri tahun ini dalam penuh semangat silaratul rahim dan kejiranan.
b. Menerima kasih kepada Tan Sri dan Puan Sri kerana dengan murah hati mengadakan rumah terbuka Setikawan dikediaman mereka.
c. Mengumumkan beberapa perkara termasuk, Setiakawan National Tours yang akan diadakan pada 18 hingga 21 Okt 09, Reece ke Chiengmai mulai 15/11 sehingga 19/11/ 09 dan President Trophy pada 30th Dec 09.
d. The owner of Primapura Golf Resort is Genting Plantations. Pengerusi kita ialah pengarah dalam syarikat itu. Sebagai Pengarah, beliau telah dapat mengurangkan green fee kepada 50 peratus. Thank you Dato.
e. Memaklumkan sumbangan beberapa piala oleh individu terutamanya Piala Setiakawan International Masters oleh Tan Sri Hashim Meon, The Presidents Trophy oleh President dan piala yang sedia ada untuk Club Champion tajaan Col Zainal Yan dan Capt Yahaya Othman.
f. Untuk SENAT, piala ditaja oleh dua individu iaitu Mej Dato Ismail Haniffa ( B ) dan Lt Kol Dul Ngajis ( B ). Syabas to them all.
Selesai ucapan, semua dijemput menjamu selera. Kalau tengok juadah yang dihidangkan oleh Puan Sri, wow, memang kena merancang untuk memilih. Kena lihat gambar untuk kenal. Macam Macam Ada. Macam juga ‘course management’ mesti tahu untuk mengatur diri (pace yourself), kalau tidak tersadai sabelum dapat menikmati sehingga dessert.
Juadah yang terdapat pada malam tu termasuk:
a. Nasi beriani cum nasi tomato agak nya. Apa namanya saya tak pasti, tapi yang jelas tak berminyak and very nice.
b. Kuah dalca, curry ayam dan rendang daging.
c. Soto pun ada.
d. Lemang dan juga Nasi Empit.
e. Pulut Kuning.
f. Sayur Tempoyak. Ini memang jelas Tan Sri ni orang ‘Nogori’. Memang sodap. Mengikut Puan Sri lebih afdal kalau makan dengan pulut.
g. Salad pun ada. Lots of it.
h. Satay – bercocok cocok. Banyak lah tu
i. Dessert macam macam, termasuk seri muka , kuih talam, pudding. ABC pun ada.Kueh tak kenal nama pun ada.
j. And coffee dan teh tarik.



In simplified term – it was enormous, it was very tasty and it was just beautiful. BBBuuuuuurrrrrrPPPPPP. Alhamdullillah.
There were also announcements made.
Dato Hashim Yahaya, MJHim, further clarified about the trip we were going to make on 18 Okt ni. He stressed that the competition proper would be on 20th Okt at The Primapura Golf Resort and 21st Okt on the Cinta Sayang C&CR. Two days on different courses. Two days of golf. The game on 19th would be for practice round at the Penang Golf Resort, Bertam.

Generally the talks were circulating around ‘GOLF’. Unknown to us our spouses were also talking. In fact they were talking since they met in Surabaya , and earlier. It was not only on shopping, but more than that. This I picked from my wife after the event was over. I was told that 2 of the ladies were involved in cake making on a commercial basis. There was also one who told of land availability in certain parts of the country. One of our member is also involved in arranging of hampers for delivery as gifts. All these I would divulge more in other postings.
Lepas perut dah kenyang and ahli ahli sedang berlegar legar dimeja banyak juga lah cerita cerita yang timbul. Puan Sri, the ever gracious hostess, scurried round trying to meet demands for the hot beverage. Ada order kopi lah, kopi o lah, kopi O kosong lah, kopi tarek and also teh tarek. All were served in pretty good time. Jengok jengok juga kote kote ada maid. Tak nampak juga. Kalau Tan Sri jaguh dipadang golf, Puan Sri ni jaguh hal hal rumah. All done with a good pair of hands, a pair of good feet and - a husband who give good orders. Mandor lah tu. Gurau je Puan Sri.
Soon the eye lids took over and it was then that those attending felt not to over extend their welcome. We bid our good byes and with our gratitude. Thank you Tan Sri. Thank you Puan Sri. Terima Kasih Daun Keladi.
Hip Hip Setiakawan.
Salam


Friday, October 9, 2009

SETIAKAWAN NATIONAL TOURS - SENAT 1/09



Saudara Setiakawan Sekelian,
Saya berterima kasih diatas kepercayaan yang diberi kepada saya untuk menjadi Pengerusi SENAT, iaitu singkatan kepada Setiakawan National Tours.National tours memberi pengertian ‘bermain golf diluar Klang Valley’ dalam satu kumpulan Setiakawan.Untuk ini permainan golf kita diluar sana perlu diurus dengan sempurna termasuk pentadbiran pentadbiran sampingan
seperti penginapan,sarapan dan pengangkutan. Maka itu diperlukan sebuah organisasi untuk menguruskannya.Bagusnya SETIAKAWAN telah pun mempunyai strukturnya tersendiri yang boleh membantu SENAT. InsyaAllah dengan kerjasama semua, SENAT akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bagi SENAT lebih menarik,sebuah piala pusingan telah dihadiahkan oleh dua ahli SETIAKAWAN iaitu Mej Dato Ismail Hanifa (B) dan Lt Kol Dul Ngajis (B). Terimakasih kapada saudara berdua.Dengan ini timbul pula soalan bagaimana piala ini hendak dipertandingkan?Asasnya ialah pertandingan untuk merebut piala ini terbuka kepada semua ahli SETIAKAWAN yang telah bermain sekurang kurangnya 10 kali dalam tahun ini. Pertandingan ini akan dijalankan selama 2 hari dan jumlah skor terbaik akan menentukan pemenangnya. Pemenang akan menyimpan piala ini sehingga SENAT kedua diadakan.
Walau pun ada kriteria untuk menyertai SENAT, ini tidak bermakna ahli lain tak boleh mengikuti rombongan kita dan bermain sekali. Mereka boleh menyertai dalam Ball Sweep yang akan diadakan pada tiap tiap hari. Bagitu juga sekiranya ada kawan kawan lain yang terutamanya dikawasan setempat boleh juga turut serta dalam aktibiti golf kita.Dijangka SENAT dapat diadakan dua kali setahun.
Bagi SENAT 1/09, programnya ialah:


Pemberian hadiah akan diadakan selepas selesai pertandingan pada 21/10/09.
Untuk perjalanan yang licin, peta ke Cinta Sayang Golf & Country Club di sertakan dibawah.
Butir butir sampingan akan disampaikan oleh Convenor, RHM

Salam
MJHim

Peta keCinta Sayang Golf & Country Resort