Thursday, March 6, 2014

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 05 MAC 2014 DI KINRARA GOLF CLUB





Riuh juga minggu ni sempena permainan Mingguan kita di Kinrara Golf Club.
Yang register, pas tu menarik diri. Register semula. Tambahan lak kumpulan yang menunaikan Umrah serta melawat Baitulmuqadis pun dah sampai ke Tanah Air. Iri hati juga melihat mereka mereka di Baitulmuqadis. Tak ramai orang Islam yang dapat sampai ke sana. Macam biasa lawatan ke Tanah Suci Mekah kadang kala diiringi dengan kesihatan yang terganggu. Bagitu juga yang menimpa Penaung kita, Tan Sri Hashim Meon. Kena demam lak. Terpaksa tarik diri. Yang baru pulang tu tak siapa yang bermain baik. Terbaik Mej Sardon Kaprawi je tempat ke 19. Dato Nawi dan Kol ramli Kinta ke bawah. Kira nya masih berkarat. Tunggu minggu depan lak.


 

 

Tahniah kepada Dato Hamid Abdullah sebagai Champion kali ni.
Dia bermain net 64. Lapan  under. Kena potong handicap sebanyak 2. Sekarang handicap 21. Deputy Champion lak ialah Jamaluddin Jamal.

Juga net 64. Potong 2 handicap ke 22. Assistant Deputy Champion lak ialah Mohd Nor Yassin.

Kena potong 1. Sekarang bermain 17 lak. Selepas pembedahan ni nampak nya dia lebih menyerlah.
Makan Tengah Hari di adakan di Bilik Makan kelab. Bagitu juga acara Penyampaian Hadiah.



Keputusan keseluruhan di pamirkan:

 

 
 
 
Salam. 

Tuesday, March 4, 2014

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS


 Pertandingan pertama yang kita kenali sebagai SENAT 1/2009 diadakan di Sungai Patani.
 Yang kedua SENAT 2/2010 di Melaka, yang ketiga SENAT 3/2010 diadakan di Bukit Tinggi dan yang keempat, SENAT 4/2011 diadakan di Kulaijaya, Johor. SENAT 5/2012 diadakan di Melaka dan SENAT 6/2013 di adakan di Port Dickson Golf & Country Club pada hari pertama dan di A’Formosa Golf Club di hari kedua. SENAT ni pada lazim nya diadakan di 2 course berlainan. Kali ni di 2 negeri lak. Di Negri Sembilan dan di Melaka.
Sejak diadakan kejuaraan ini Kol Razaki Darus telah memenangi nya sebanyak 2 kali.
Pemenang pemenang kejuaraan ini ialah:
SENAT 1/2009 – Kol Razaki Darus. 
SENAT 2/2010 – Dato Seri Jahaya Mat.
SENAT 3/2011 – Dato Malek Shahar.

SENAT 4/2011 – Dato Amiruddin Aladad Khan.
SENAT 5/2012 – Tiada Pemenang.
SENAT 6/2013 – Kol Razaki Darus.

 
Kali ini dirancangkan SENAT 7/2014 di adakan di Sungai Petani, Kedah. Dijangka akan bermain di Harvard Golf Club dan di Cinta Sayang Golf Club. Siapa lak akan menjunjung piala kali ni. Kita tunggu.
Salam

Sunday, March 2, 2014

RANKINGS KESELURUHAN SETIAKAWANGOLF SEHINGGA FEBRUARI 2014


   Dah selesai bulan Februari dan masuk ke bulan Mac lak. Rankings kita pun dah lebih kemas dan menonjolkan bakal bakal ‘Golfer of the Year’ akan datang. Kalau bulan lepas hanya 69 orang je menyertai, kali ni keseluruhan bulan Februari ni seramai 76 orang menyertai. Meningkat nampak nya.
Masih kekal kedudukan Sebagai Top Ranked ialah Dato Amin Salleh dengan 322 points.
 Second Ranked lak ialah Dato Tairobi Razak dengan 261 poinrs

 dan Third Ranked ialah Kol Mutalib Salleh dengan 247 points.

Lama lagi rankings kita akan berjalan. Yang kebelakang masih boleh mengejar. Cuma kena tekun menyertai Weekly Outings kita.
Rankings keseluruhan sehingga bulan Februari 2014 dipamirkan.

Diconggak oleh:

Salam 

Saturday, March 1, 2014

RANKINGS SETIAKAWANGOLF FEBRUARI 2014







Bagi bulan Februari 2014 seramai 54 orang mengambil bahgian. Ada 4 kali outings. Ada yang datang sekali je dan ada yang datang full. Points yang diperolehi selain dari kedatangan, juga mengambil kira kedudukan dalam sesuatu outings tu. Yang main baik, baik lah rankings.
Tahniah diucapkan kepada Dato Amin Salleh yang mendapat Top Ranked bagi bulan ini.
 
Dia bermain penuh 4 kali dan mendapat 138 points.
Second Ranked ialah Raden Hamzah Massod.

Dia pun main full dan mendapat 128 points. Third Ranked ialah Kol Mohammed Abdullah.
 
Dia main full dan mendapat 118 points.
Kedudukan semua bagi bulan Februari 2014 saperti dipamirkan:

Ini baru bulan Feb je. Keseluruhan bagaimana?
Di Conggak Oleh: 

Salam.