Thursday, August 22, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 21 OGOS 2013 DI STAFFIELD COUNTRY RESORT

      Minggu ni kali kedua kita bermain selepas Ramadhan. Sendi sendi masih berkarat lagi. Seramai 36 orang menyertai di Staffield Country Resort.
Mengikut utusan Convenor, kita kena bayar RM 145 untuk green fee+buggy+insurance+breakfast+Lunch dan hadiah. Bullseye RM 10 ialah optional. Caddy urusan persendirian. Itu cukup baik. Tambahan, course ni satu dari favourite kita. Cuma kena tee off cepat sikit. Jam 8.00 pagi.
Pendaftaran dibuat di Golf Section Club. Breakfast di Golfers’ Terrace. Ramai dah ada di sana bila saya sampai. Nampak ada muka baru.

Pada mula nya tak pasti sapa. Tak lak dikenalkan.
 Sempat hai hai hai je. Pas tu kena ke buggy. Ialah tee off jam 0800. Terkejar kejar sikit.
 
 
 
Kita bermain di Western dan Southern Nine. Cuaca pun elok.
 

 
 
Redup sepanjang permainan. Ada ketika macam nak hujan. Kalau tak ‘weather delay’ nanti. Tapi the weather stayed.

Kita selesai dalam jam 1300. Selesai berkemas kita ke the Peppers untuk makan tengah hari. Lauk termasuk soup, kari ayam, ikan sweet sour, sayur kacang dan kobis dan buah buahan.


 

Bagus nya kita berganding dengan kelab ni kerana keputusan mereka uruskan. Tak payah nak mengira secara manual lagi. Keputusan selesai semasa kita makan.
Kol Ramli Kinta mengacarakan majlis.
BG Rahman Jabir dijemput menyampaikan hadiah kemenangan secara tunai.
Tahniah diucapkan kepada Kol Sidek kerana menjadi Champion kali ni.
 Handicap 15 net 70. Deputy Champion ialah Dato Amin.
 Handicap 16 net 72 dan yang Assistant Deputy Champion ialah Kol Razaki.
 
 Handicap 16 net 72.
Keputusan keseluruhan di pamirkan:


 
 

 
Selesai penyampaian hadiah, Jawatankuasa berbincang sejenak. Antara yang dibincangkan ialah:
a.    Ahli ahli baru perlu dikenalkan kepada members.
b.    Bayaran untuk sesuatu event itu perlu dibayar mengikut jadual. Kalau Permainan Mingguan kita perlu dijelaskan sabelum bermain. Kepada mereka yang ada order makanan berasingan perlu jelaskan  dulu sabelum pergi bermain.
Ini ingatan je. Harap harap boleh dierima.
Salam.




 Ps: Pada 28 Ogos kita akan bermain di Amverton Cove Golf & Island Resort di Pulau Carey, Kelang. 

 
Yang suka makanan segar dari laut bawak lah ice chest atau pun kotak poleistyrene. Gerai gerai jual produk didapati diluar kawasan golf club.

Thursday, August 15, 2013

SAMBUTAN HARI RAYA SETIAKAWANGOLF PADA 14 OGOS 2013 DI WISMA PERWIRA REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA.

 
   Majlis Sambutan Hari Raya SetiakawanGolf pada tahun 2013 diadakan pada 14 Ogos 2013. Bertempat di Wisma Perwira Rejimen Askar Jurutea DiRaja, Di Raja di No 1 Jalan Tun Ismail, KL. Belakang Bank Negara, besrsebelahan Open University.
 
Secara lazim nya kita adakan pada hari Rabu. Bersekali dengan permainan mingguan kita. Seingat saya ini kali keempat kita adakan perjumpaan sempena hari raya.Pada tahun 2010 dan 2011 kita adakan di Hotel D’ Palma, Ampang. Bagus nya tempat ni, senang parkir.

Kali ni seramai 80 menyertai, termasuk isteri, anak dan cucu.
 
 

 
Pihak Wisma dibawah kelolaan Kol Sidek, telah pun lama menyiapkan hidangan kita.
 
Terdapat lemang, rendang, ayam dan daging, lodeh. Yang dipanggang termasuk ayam, kambing dan ikan talapiah. Cukup dengan cecah nya. Ada juga kuay teow goring basah. Memang sedap memang lazat. Memang cukup hidanagan pada malam itu


 

Beberapa personality naik ke pentas termasuk Dato Presidente – berucap menyampaiakn ucapan hari raya nya,
Timbalan Presidente – mengemaskinikan aktiviti golf, penaung kita
Tan Sri Hashim Meon yang menyampaikan pesanan dan ingatan supaya kita sedar akan tanggungjawab kita sebagai saorang Islam
dan juga mengetuai bacaan doa. Last sekali Vice Captain Dato Tairobi memaklumkan kegiatan permainan mingguan kita bagi 21 Ogos di Staffield Golf Resort dan pada 28 Ogos di Amverton Island & Golf Resort di Carey Island.
Beberapa sessi gambar diadakan.
 
 Memang penuh dengan gelak ketawa. Kita bersurai dalam jam 10.00 malam.
Members SetiakawanGolf mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat Golfers di Malaysia.


Salam      

Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Hello Members Sekelian,
Kini dah 07hb Ogos. Dah 29 hari kita berpuasa. Dijangka kita akan menyambut hari raya pada hari Khamis 08hb Ogos 2013. Ini tertakluk kepada penglihatan anak bulan malam ini. Insyaallah kita akan merayakan hari lebaran oi Syawal 1434 dengan penuh kesyukuran sesame anak saudara serta sahabat dan teman teman.
Dipercayai ada juga members akan bergerak ke kampong, hendaklah berhati hati dalam perjalanan. Tentukan kenderaan kita dalam keadaan baik.
Majlis Perjumpaan Hari Raya bagi SetiakawanGolf akan dimaklumkan.

AJK SetiakawanGolf mengucapkan
‘ Selamat Hari Raya – Maaf Zahir dan BatiN’.


Salam