Thursday, May 16, 2013

KEJOHANAN SETIAKAWANGOLF BOGEY PLAY TROPHY DI PERANGSANG TEMPLER GOLF CLUB PADA 15 MEI 2013


 

 Kejohanan Setiakawan Bogey Trophy telah bermula pada 29 September 2010 di Kinrara Golf Club. Piala kejohanan disumbangkan oleh Dato Johar Murad. Kali ni merupakan kali keempat kita adakan Bogey Trophy ni. Kejohanan kali ni di atur di Perangsang Templer Golf Club. Tempat yang jarang kita bermain dan berjauhan sadikit dari tempat yang kita biasa. Tambahan lak diwaktu pagi tak pasti jalan mana yang patut diikut. Kalau ikut melalui Rawang dari Lebuhraya Utara Selatan kita akan tersangkut di pekan Rawang yang penuh dengan kenderaan ke selatan. Kalau nak pirau jauh sikit, ikut jalanraya lama dari Selatan kot sangkut di Selayang lak.
 
Mengikut SMS Mutalib kena daftar dan sarapan dari jam 0700. Group photo jam 0750. Move to T Boxes jam 0810 dan tee off jam 0830.
 
Jam 0730 saya masih di jalanraya. Sampai je ramai dah ada.
 
Jap aje dah group photo.
Pas tu semua bergerak ke tee box masing masing. Kira nya kita semua tee off mengikut waktu yang ditetapkan. Sebanyak 9 flights. 36 orang semua. Riuh lah di Perangsang pada hari tu.

 
 
 



 RM 150 untuk green fee, insurance, buggy dan satu caddy tiap tiap buggy. Itu untuk Senior Citizen. Untuk Young Citizen RM 160.
 

Cuaca elok. Redup dan bertukar bahang menjelang tengah hari. Peluh menyimbah yimbah.
Oleh sebab hujan pada hari sabelum tu, padang masih lecak, kita dibenarkan guna winter rule. Tak pasti sangat cara winter rule. Setahu saya preffered lie. Bermakna kita kuit bola dengan kelab kita sejauh club length dan pukul dari situ. Ternampak juga yang mengangkat bola, bersihkan dan meletak ketempat sesuai dan memukul nya. Kena clarify tentang hal ni.
Anyway, flight kami selesai dalam jam 1.00.
 Jamuan tengah hari dah pun dihidangkan di Golfers’ Terrace.
 

Ada yang sedang menjamu selera. Selesai bermandi dan mengemas diri, acara pembahgian hadiah di mulakan. Juruacara Kol Ramli Kinta. Dato Presidente dijemput memberi ucapan.

 Banyak hadiah yang disampaikan termasuk ball sweep dan novelty. Selesai ucapan acara pembahgian hadiah.
Tahniah diucapakan kepada Dato Jasmay Shah. Dia mendapati +6.
 Deputy Champion di menangi oleh Dato Malek Shahar dengan +5

dan Hj Malek Dato Hormat sebagai Assistant Deputy Champion dengan +4.

Keputusan keseluruhan saperti dipamirkan:



 



 






 
 




 Diumumkan juga bahawa permainan mingguan kita pada 22 Mei 2013 akan diadakan di Amverton Golf & Island Resort.

Salam

Sunday, May 12, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 24 APRIL 2013 DI TASIK PUTRI GOLF AND COUNTRY RESORT





Permainan kali ni juga pertandingan Monthly Medal kita. Seramai 23 orang menyertai. 6 orang main under. 3 orang kena potong handicap. Bagus tu. Nampak nya course Tasik Putri tak bagitu ‘difficult’ atau kita dah bertambah baik.
Tahniah kepada Dato Mangsor Ismail kerana menjadi Champion. 4 under. Kena potong handicap ke 15. Deputy Champion ialah Dato Tairobi. 4 under juga. Potong satu handicap ke 16 lak. Assistant Deputy Champion ialah Kol Sidek Abas. Potong handicap jugak ke 16.
Keputusan keseluruhan di pamirkan.



Salam.

PS: Kalau ada gambar harap hantar kat saya supaya boleh poskan.

Thursday, April 18, 2013

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI AMVERTON GOLF & ISLAND RESORT PADA 17 APRIL 2013

  



Bila melihat jumlah peserta, terkejut juga. Hanya 16 orang je. Ingatkan sibuk berkempen, rupa nya gi tempat baru. Di Amverton Cove Golf & Island Resort. Mengikut website nya baru je buka pada Mac 2013. Jauh jugak tempat tu.
Tahniah kepada Dato Hashim Yahaya kerana jadi juara pada hari tu.

Main under lak. Dah kena potong handicap. Dari 21 dah main 19 lak. Selepas SENAT minggu lepas dia plan terra lak.
 Tahniah juga kepada Kol Zahari Abu ditempat kedua dan ke3 ialah Dato Tairobi Razak.

Keputusan keseluruhan dipamirkan:

 



Salam.

Monday, April 15, 2013

SETIAKAWANGOLF NATIONAL TOURS – SENAT 6/2013 DI PORT DICKSON GOLF AND COUNTRY CLUB PADA 09 APRIL 2013 DAN DI A’FAMOSA PADA 10 APRIL 2013





SENAT ke 6 tahun ni di adakan di 2 tempat iaitu di Port Dickson Golf & Country Club pada hari pertama dan di A’Formosa Golf Club di hari kedua. SENAT ni pada lazim nya diadakan di 2 course berlainan. Kali ni di 2 negeri lak. Di Negri Sembilan dan di Melaka. Saya jangka kekenyalan pentadbiran lah. Nak ke Port Dickson pas tu ke A’Famosa. Kemungkinan besar menginap di A’Famosa.
Tahniah kepada Kol Razaki Darus (16) kerana menjuarai SENAT ke 6 ni. Ini kali kedua bagi nya. Dia juga champion semasa SENAT 1/2009 di Sungai Petani pada 20 dan 21 Oktober 2009 dulu.
 
Dia dapat net 138. Tahniah juga kepada Deputy Champion Dato Mohd Isa Hassan (9)

 dengan net 140.
 Assistant Deputy Champion lak ialah LM Aminuddin (19) dengan net 140 jugak. Kalah on countback.
Keputusan keseluruhan saperti dipamirkan.

Kalau ada gambar saya akan poskan.
DiConggak Oleh:
 
Salam