Yang layak menyertai ialah 70 orang, kita anggarkan seramai 68 akan menyertai.

Rupanya hanya 52 orang je yang dapat turut serta. Itu pun bagi SEGOY seramai 23 orang dari 24 yang layak. Juara tahun 2011, Dato Mokhtar Perman tidak dapat hadir. Bagi SACHA seramai 29 orang je. Keseluruhan 52 orang. Kesemua nya layak untuk SACHA tapi hanya 23 orang je layak untuk SEGOY.
Tak kurang hebat suasana dan semangat dikawasan Staffield. Kesemua mencuba sebaik boleh. Macam biasa banyak kelohan dan sorakan kedengaran. Gak nya yang ada 3-1-1 tu lebih kuat bunyi nya.










Majlis Penyampaian hadiah di adakan di Peppers di kelab tu.
Didahului oleh makan tengah hari.


Sambil makan sambil bercerita. Suasana keriangan.
Tertunggu keputusan yang sedang di kira. Vice Captain Dato Tairobi memberi penerangan berkaitan Skedul Aktibiti Setiakawan untuk tahun 2013.
Beliau ingatkan bahawa skedul tu secara am dan masih perlu ditetapkan tarikh tetap nya. Tapi tak akan berubah banyak. Beliau juga menerangkan Senarai Ahli Setiakawan 2013 yang telah diedarkan hari tu. Terdapat seramai 115 ahli. Ahli Biasa seramai 61 dan Ahli Kasual seramai 54 orang. Dato Presidente dijemput memberi ucapan,

Akhirnya Kol Mutalib menjelma dan membawa keputusan kepada DatoPresidente untuk makluman. Seterusnya Kol Ramli Kinta pengacara majlis meneruskan acara.

Tahniah Dato Nawi Alias kerana menjadi Champion SEGOY.
Pada mula pertandingan dia ditempat kedua dengan 4,800 points. 200 point dibelakang Dato Tairobi. Tapi Dato Tairobi hancus maka Dato Nawi jadi champion. Deputy Champion lak ialah Dato Khalid Saad. Pada mula pertandingan dia nombor 6 dengan 4000 points. Selepas diconggak dia dan Dato Nawi sama point – 9000. Tapi dia jatuh nombor 2 kerana OCB. Handicap dia 18 lebih dari Dato Nawi, 16. Assistant Deputy Champion ialah Kol Mohammad Abdullah dengan 8,800 point.
Keputusan Keseluruhan dipamirkan.



















ps: Gambar tambahan akan di muatnaik bila gambar siap.

































































