Saturday, December 29, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI NILAI SPRINGS GOLF & COUNTRY CLUB PADA 19 DISEMBER 2012

 


 Permainan Mingguan kita pada 19 Dis 2012 diadakan di Nilai Springs Golf & Country Club. Seramai 24 orang je menyertai. Enam flight. Selalu nya di Nilai Springs ni ramai menyertai, tapi pada bulan Disember ni macam macam program keluarga. Juga ada ke Baitul Muqaddis. Alhamdulillah. Mereka semua dah pun balik.
Keputusan saperti di pamirkan:

Tahniah kepada Bowmanaf. Top lagi. Handicap kena potong – ‘LAGI’. Lama lama dia main macam Dol Ngajis. Kedua ialah Hj Malek Hormat.
 
Under jugak. Bagitu juga Kapt Rashid.
Salam.



 PS: Sori. Gambar Bowmanaf dan Kapt Rashid sedang di cari. Kalau ada akan dimasukkan.

Sunday, December 16, 2012

WEEKLY OUTINGS SETIAKAWANGOLF DI TASIK PUTERI GOLF RESORT PADA 12 DISEMBER 2012

 

Nampak nya kedatangan Weekly Outings kita bagi bulan Disember ini berkurangan. Hanya 18 orang je menyertai. Macam macam kegiatan keluarga diadakan pada bulan Disember. Ini termasuk cuti sekolah yang berpanjangan, bagi yang pencen dapat bonus awal sikit (gi belanja lah tu), dan juga saya dimaklumkan ada yang melancung ke Baitulmuqadiss di Palestine. Jauh perjalanan tu. Setahu saya juga mereka akan pulang pada 23 Disember ni. Mudah mudahan lawatan mereka tu mengukuhkan lagi pegangan mereka terhadap perjuangan orang Islam di sana. InsyaAllah.
Keputusan W/O kita kali ni saperti di pamirkan:

Tahniah kepada Dato Rashid kerana menjadi champion W/O kali ni.
Tahniah juga kepada Dato Amiruddin
 
 dan Hj Malek Hormat.
Masih ada 2 lagi W/O sebelum hujung tahun. Harap sertai untuk mencukupkan 25 penyertaan untuk melayakkan diri untuk SEGOY.
Salam

RANKINGS SETIAKAWANGOLF NOVEMBER 2012

 



 Bulan Novemebr 2012 ada 4 minggu. Keseluruhan seramai 64 members menyertai WO kita. Secara purata itu sebanyak 16 flight. Banyak tu. Saya jangka ini lah jumlah yang akan menyertai pertandingan pertandingan majors kita.
Keputusan Golfer of the Month kita saperti di pamirkan:

Top sekali ialah Dato Roslan Hanafiah

 diikuti oleh Raden Hamzah

dan yang ketiga ialah Dato Hashim Yahaya.

 
 Istimewa Dato Hashim ialah dia bermain 3 kali je. Itu pun dapat tempat ketiga. Kalau bermain 4 kali amecam?
Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian. Ini untuk bulan November je. Keseluruhan bagaimana? Kita tunggu posting berikut nya.
Salam

Thursday, December 6, 2012

THE PRESIDENT’S TROPHY – 05 DISEMEBER 2012 DI STAFFIELD GOLF RESORT

 



 



 The President Trophy atau PRESTRO yang ke 4 diadakan di Staffield Golf Resort pada 05 Dis 2012. Bila menerima senarai pemenang dari Panglima Handicap saya ternampak satu nama yang tak pernah di lihat sabelum ini. Tan Sri Zahidi Zainuddin. Mantan PAT.
 
 Welcome Tan Sri.

 

 
 

 

 
Bila dilihat senarai terlihat juga bahawa champion kita kali ini belum pernah menjulang piala sabelum ni. Dr Khalil Ramli.
 

Permainan dia baik. Cuma tak menang je. Tahniah Doc. Ingatkan tak buka klinik macam biasa. Bila terima gambar dari Dato Khalid, baru tahu champion kita terpaksa pulang untuk ‘membuka klinik' . Ingatkan ada locum cover.Jadi raden Hamzah terpaksa mewakili nya.
 
 Deputy Champion. Kol Ali Hussin. Orang Melaka. Kebelakangan ni memang dia menyerlah. Kuat pulak tu. Dapat Longest Drive di Back Nine. Orang Kuat biasa memang lah dapat hadiah. Kol Abdullah Khir without fail akan mendapat longest drive jugak.Top 5 tu memang pemain yang kukuh belaka.
Tahniah kepada semua yang mengambil bahgian.Keputusan saperti dipamir:

DiConggak Oleh:
 
Salam.

Sunday, December 2, 2012

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI DISEMBER 2012

 


Handicap bagi bulan Dis 2012 di pamirkan.

 

Single handicapper seramai 11 orang, belasan seramai 72 dan puluhan seramai 38. Perbezaan diantara bulan Okt, Nov dan Dis di tunjuk sebagai panduan.
Handicap    Oktober    November Disember
Single              11                10            11
Belasan           65                69            72
Puluhan           37                38            38
Jumlah           113             117          121

Semoga handicap yang di pikul ni serasi dengan permainan members sekelian.
Salam



Saturday, December 1, 2012

ENJOY


PERTANDINGAN SETIAKAWAN MONTHLY MEDAL 3/2012 DAN PERMAINAN MINGGUAN DI STAFFILED GOLF RESORT PADA 28 NOVEMBER 2012

 
Permainan kita pada minggu ini melibatkan 2 pertandingan. Yang pertama ialah Permainan Mingguan kita atau W/O dan yang kedua nya ialah Setiakawan Monthly Medal yang ke3 atau SMM 3/2012.
Secara menyeluruh Dato Roslan menjadi champion W/O diikuti oleh Kol Dul Ngajis dan Richard. Selain dari itu, mengikut Medal dalam SMM lak champion nya ialah:
a.    A Medal : Kol Dol Ngajis.

 
b.    B Medal : Dato Roslan Hanafiah



c.    C Medal :  Mej Sardon Kaprawi.


Keputusan keseluruhan adalah saperti di pamirkan:




Bagus juga bermain di Staffield GR. Dapat juga berlatih untuk PRESTRO pada 5 Dismber nanti.
Semoga yang bermain baik akan menang. Selamat Bertanding.
Salam
KolJohn