Friday, May 18, 2012

GOLFER OF THE MONTH OF APRIL 2012



  Bulan April 2012 hanya ada 3 minggu bagi kita. Jadi perkiraan Golfer of the Month untuk bulan April 2012 meliputi score untuk 3 minggu. Ada untung atau tidak tak lah dapat dinilaikan. Siapa yang dapat memenuhi 3 permainan complete dilihat mencapai kedudukan teratas.

Rankings SetiakawanGolf bagi bulan April 2012 saperti dipamirkan:


 Tahniah kepada Datuk Khalid Saad yang menduduki tangga teratas. 
Diikuti pula oleh Kol Mutalib,

Tan Sri Hashim Meon,
 
 Isman Azimy,

Hj Jamaluddin R, 

Dato Nawi Alias,

 Mej Che Anuar,



Hj Rahim Kassim, Mohd Nazri Sulaiman dan Dato Hashim Yahaya di tempat ke10.
Rankings ni bagi bulan April je. Keseluruhan bagaimana? Kita tunggu.




DiConggak Oleh:

Salam.

Thursday, May 17, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI KELAB GOLF SERI SELANGOR PADA 16 MEI 2012



 Setelah sekian lama tidak bermain di Kelab Golf Seri Selangor, SetiakawanGolf menunjuk muka semula di

 

 kelab itu. Itu pada 16 Mei 2012.
 
 
Ada sebab nya. Pada 22 Mei ini kita akan mengadakan pertandingan dengan Kelab GF2. Kelab yang di naungi oleh Tan Sri Abu Hassan Omar. Mantan Menteri Besar Selangor. Kira nya ini practise round bagi kita.

 
 


Saya mengambil peluang untuk mencuba sekali lagi melangkah ke gelanggang golf setelah sekian lama tidak bermain. Sejak Oktober 2011, tak bermain. Cuba pada 21 Mac di KLGCC, tapi tak boleh complete. 14 lubang je. Kali ni dapat habis 18 lubang. Keputusan jangan tengok. Memang hancus. Waterface dapat diselamatkan oleh squad  saya, Dato Mohd Isa Hassan,


yang juga baru mencuba semula setelah berbulan bulan tak bermain. Dia sakit belakang, tapi selepas kembali dari menunaikan Umrah, hilang sakit nya. Ada hikmah kesana tu. Tapi mutu permainan nya sudah merosot. Maklumlah handicap dia masih 8. Ini Panglima Handicap kena teliti sama ada kemungkinan untuk ‘stabilise’ handicap dia. Kita tunggu.
Pada pagi 16 Mei, kita semua ke KG Seri Selangor. Seramai 30 members menyertai. Kelab ni memang susah sikit nak jumpa. Maklum, jarang kesana dan sekarang lebuhraya berselang seli. Macam macam cerita ada. Kebanyakan nya tersesat jalan. Seronok berjumpa ramai kawan. Sarapan dikira dalam bayaran kita RM 130. Roti canai kelab ni antara terbaik. Saya digandingkan dengan Dato Khairuddin,
Dato Pozi Shaari dan Dato Che Gu Nasir

. Semua 24. Flight kami last sekali di 2nd Nine.
 
 
 

OK lah tu. Kalau nengok keputusan pun, memang patut start last. Dato Khairuddin dengan Dato Che Gu Nasir je yang nampak kukuh dengan net 76. Yang lagi 2 tu, menongkat senarai je.
Anyway keputusan kita pada hari tu saperti dipamirkan:

 Champion ialah Capt Yahya dengan net 70.

 Dah lama dia tak menerima hadiah. Tahniah Bro. Kekalkan standard tu. 
Pembahgian hadiah di adakan di bilik bankuet kelab.



 

Tan Sri Hashim Meon telah menyampaikan imbuhan kepada pemain pemain yang mencapai keputusan teratas.

 



 


Salam 

ps: Gambar gambar akan diposkan tek berapa lama lagi. Sabbaarrr.
Dah letak pon. Enjoy.

Thursday, May 10, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 09 MEI 2012 DI NILAI SPRINGS GOLF & COUNTRY CLUB






Permainan minggu ni di Nilai Springs. Satu dari gelanggang yang disukai member kita. Sepatut nya saya menyertai, tetapi oleh sebab kesihatan, terpaksa menarik diri. Maaf saya kepada semua terutama Raden Hamzah. Maaf saya juga kepada Datos Fuzi, Johar dan Hashim kerana mereka terpaksa main 3 ball je. Lain kali lah. Keputusan pada hari tu adalah saperti dipamirkan:


Menengokkan keputusan nampak nya, Mej Che Annuar ni kian meningkat. Minggu lepas pun bagitu. Ni celah celah mengatur kahwin anak. Mungkin dia sesaorang yang ‘Perform Under Pressure’. Eell done Che Anuar. Tahniah juga handicap sekarang 23. Harap harap akan bertambaik dimasa akan datang.  Ternampak saya nama Dato Johar Murad yang lama tak kelihatan. Nampak nya yang gagah dah mula menurun. Dato Nawi Alias ke 24. Dato Malek Shahar pun bagitu. Dato Mokhtar Perman ke19 dan Kol Abdullah Khir ke 28. Apa dah jadi ni. Macam biasa yang menongkat senarai ialah kawan kawan saya di handicap 24.
Semoga kita berjumpa lagi minggu hadapan.
Salam