Saturday, January 21, 2012

SEGOY DAN SACHA SETIAKAWANGOLF DI STAFFIELD COUNTRY RESORT PADA 18 JANUARI 2012


 
Wah seronok nya dapat berjumpa kawan. Pada pagi 18 Jan 2012 jam lebih kurang 8.15 saya sampai ke Staffield Country Resort. Dah ramai dah members berkumpul dikawasan berdepan clubhouse. Golf Captain yang juga Deputy President sedang mengikatkan kepada semua peserta berkenaan Rules and Regulation berkaitan pertandingan yang akan dilalui. Ialah, untuk menentukan supaya perjalanan pertandingan tidak akan dipertikaikan. Yang agak jelas ialah:
a.     Semua peserta mesti bertukar score kad. Score tiap tiap peserta mesti di catatkan oleh orang lain.
b.    Selesai permainan, score kad mesti ditanda tangani oleh pemain dan pencatit score.
c.    Mesti putt through. Bermakna tak boleh ‘GIVE’.
d.    Semua kad mesti diserahkan kepada Tempat Kutipan Kad, selesai saje bermain.

 
Ada 15 flight kesemua nya. 60 peserta. Wah ramai tu. Terpaksa Shotgun Start. Selesai membaca doa, semua peserta ketempat tee off masing masing. Tee off semua nya dari Western Nine. Tee box no 1 hingga no 7. Tepat jam 9.00 siren pun berbunyi. Tee off lah peserta peserta. 
 
 Cari juga flight juara juara terdahulu. Champion SEGOY 2010, Kol Mutalib di Flight No 1 di Tee Box No 7 dan Champion SEGOY 2010, Hj Rahim Kassim di Flight No 2 Tee Box No 7 juga.

Dato Presidente tee off di Tee Box 2. Saya ingatkan juara juara bertahan akan tee off bersama Dato Presidente. Mengikut tradisi. Tidak rupanya. Dah diubah prosedur nya. Menggagau juga saya mencari mereka mereka ni. Nak tangkap gambar. Terlepas nampaknya. Tak kisah. Asalkan pertandingan berjalan dengan teratur. Tangkap gambar yang sempat je.
Flight pertama selesai jam 12.30. Cepat nya. Ini tak tunggu siren lah ni. Saperti disetujui, score card semua di serahkan di meja Kutipan Score. Terlihat lak satu score card. Comot nampaknya. Susah juga pembaca nya ndak masukkan score. Tapi dapat juga dilaksanakan. Kad nya saperti dipamirkan. Siapa punya? Itu kena satu tube bola.


































 Selesai bermain, members mengemas diri dan memasuki ke ‘Peppers’, dewan untuk makan tengah hari dan penyampain hadiah. Makan secara ‘buffet’. Sapa yang datang dulu, makan dulu.
Sabelum acara penyampaian hadiah dilaksana, Dato Nawi Alias selaku Deputy President telah berucap memberi beberapa penerangan tentang perjalanan SetiakawanGolf sepanjang tahun. Beliau juga menjemput Ketua Odit Setiakawan iaitu Dato Khairuddin Mat Yusuf untuk melapurkan kedudukan kewangan SetiakawanGolf. Beliau telah melapurkan bahawa keadaan kewangan Setiakawan adalah sihat dan juga memaklumkan bahawa AJK pada mesyuarat nya pada 05 Jan 2012 telah bersetuju supaya dibuka satu akaun untuk menyimpan kesemua nya wang tunai terkumpul. Akaun ini akan di letak dibawah 2 penama iaitu Dato Nawi Alias dan Raden Hamzah.
Dato Presidente telah berucap dan diteruskan oleh acara penyampaian hadiah.
Champion SACHA bagi tahun 2011 dimenangi oleh Dato Amin Salleh dengan net score 67.

Champion SEGOY pula dimenangi oleh Dato Mokhtar Perman dengan jumlah mata 9600 points.

Macam Bill Haas lah. Bill Haas dapat US 10 m. Champion kita dapat juga. Sikit je tapi memadai.  Tahniah diucapkan kepada kedua dua mereka. Pemenang pemenang seterusnya adalah saperti dipamirkan.

 


AJK bersidang selesai acara penyampaian hadiah dan members bersurai. Butir butir perbincangan akan dimaklum di masa akan datang.

Salam.

Sunday, January 15, 2012

SETIAKAWANGOLF GOLFER OF THE YEAR 2011



Laa, diam tak diam dah 15 haribulan. 3 hari lagi pertandingan Golfer of the Year atau SEGOY. Ia, members yang telah menyertai permainan kita selama 25 kali pada sesuatu tahun itu. Siapa yang bermain 25 kali dan lebih, layak menyertai pertandingan. Mengikut senarai hanya 18 members yang layak.
Saperti diketahui umum tiap tiap kali kita bermain mingguan, champion pada hari tu akan diperuntukan 50 point. Deputy Champion 48 point dan yang ke25 mendapat 2 point. Yang menyertai permainan pada hari tu mendapati satu point. Points ni dikumpul sehingga penutupan kutipan mata dan kedudukan members sekelian di atursusun. Jumlah mata di susun semula atau Reset supaya perbezaan antara satu pemain dengan yang satu lagi konsisten. Macam FedEx Cup. Mereka akan bertanding untuk menduduki tempat teratas dan menjadi Champion SEGOY. Siapa kah mereka?

So untuk menambah keseronokan championship, di pamir kedudukan members kita dan digandingkan dengan kedudukan FedExCup sabelum permainan mereka terakhir.










akan bersambung dengan yang lain.

SEGOY Di Staffield Country Resort pada 18 Jan 2012
Salam.

Saturday, January 14, 2012

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI STAFFIELD COUNTRY RESORT PADA 11 JANUARI 2012




Selalu nya saya terima keputusan permainan mingguan kita dari Panglima Handicap selepas sesuatu permainan mingguan kita. Pas tu saya karang cerita. Kebelakangan ni oleh sebab tak mengikuti permainan mingguan tu saya kena harap kawan saya, MJHim bercerita. Pada 4 Jan 2012 dia ada cerita tapi pada 11 Jan ni takde lak. Tak tahu pasal ape. Tapi Nampak nama nya tersenarai pemenang. Bila saya SMS akan kemenangan tu dia menjawab dah improve dah. Jawab saya lak ‘ dapat net 74 dengan handicap 24 bukanlah improve. Kalau nak kata improve mesti dapat 69’. Gurauan je.
Dipamirkan keputusan pada 11 Jan 2012.

Yang saya gembira, ialah hampir kesemua pemenang, menang pertama kali atau dah lama tak menang. Tan Sri Hashim Meon, Penanung kita dah muncul balik. Dia tu selalu travel. Memang patut dia menang. Kita rindu kat dia. Champion Dato Husin Tahak. Handicap 18 dapat net 65. 7 under. Wah gross 83. Well done Dato. Nampak macam mengancam Mantan Pengerusi Artileri DR, Dato Mokhtar Perman. Tapi kena potong 2 stroke lak. Deputy Champion Mej Hussin Nayan. Well Done Bro. Mintak mintak minggu depan bagitu juga. Saya dapati 4 members dapat under. Ni nak asah skill lah ni untuk SACHA dan SEGOY. DNA ada komen dalam blog ni tentang pencapaian nya. Dengan set OnOff nya harapan dia pada 18 Jan ni amatlah cerah. Go For It Dato.
Saya juga ada poskan satu ‘Stop Press’. Berkenaan Convenor kita RHM kehilangan data Setiakawan yang berada dalam BlackBerry nya. Masuk air. Itulah satu satu nya alat dia mengendali SetiakawanGolf. Dia telah merayu mintak balik butir butir members. Harap members sekelian dapat membantu.
SetiakawanGolf akan bertanding di Staffield CR pada 18 Jan 2012 untuk merebut piala SEGOY dan SACHA.
Salam

Wednesday, January 11, 2012

STOP PRESS SETIAKAWANGOLF

Tak tau lak macam mana berlaku. Tapi, Convenor kita Raden dalam keadaan bermasaalah. Data members SetiakawanGolf disimpan nya dalam talipon mobile nya. Ialah mudah berkomunikasi. Dia pernah istiharkan bahawa dia mengurus Setiakawan melalui BlackBerry nya.


Berita terkini talipon tu masuk air. Air mana tak tahu lah. Laut ke, sungai ke, Swimming Pool ke. Kemungkinan besar Bilik Air. Apa dia buat bawak talipon kedalam bilik air tak tau lak. Urusan Setiakawan lah tu. Tengah tu pun bekerja juga ke?
Anyway. Data semua hilang. Dia perlu memulihkan data baru. Diharap semua members dapat mengirimkan semua data masing masing kepada talipon nya atau e mail nya di maserweb@yahoo.com.my Data yang perlu ialah:
a. Nama penuh.
b. Nombor talipon untuk dihubungi.
c. Alamat untuk dihubungi dan
d. Alamat e mail kalau ada.
Diatas kerjasama Members Sekelian diucapkan Terima Kasih.
Salam
bp

Sunday, January 8, 2012

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DI BANGI GOLF RESORT PADA 04 JANUARI 2012


Ini merupakan kali pertama kita bermain pada tahun baru 2012. Ikuti liputan dari sahabat saya Dato Hashim Yahaya atau nama glamour nya MJHim.

Rabu, 4 Jan 2012 SetiaKawanGolf bermain di Bangi GR. Course ini digemari oleh sebahagian besar members kita. Kata Dato Khalid Course yang paling senang untuk bermain golf. Tapi ada juga dikalangan members yang tidak suka dengan course ini kerana caddy fee nya terlalu mahal, tidak setimpal dengan kebolehan caddy nya. Kalau di Chiangmai, Captain Yahaya boleh berbincang dengan caddynya tentang arah dan kederasan angin, slope, jarak, lantunan bola, lengkok dan sebagainya. Tapi caddy di tempat kita hanya dapat memikul beg, cari bola, dan bersembang sahaja. Yang bagus sedikit hanya boleh bagitau jarak dan baca green sebelum putting. Jadi tak berbaloilah membayar caddy fee yang begitu mahal di Bangi GR.
Seramai 6 flt sahaja yang dapat bermain pada hari itu. Yang lain mungkin ada yang kena hantar cucu masuk sekolah hari pertama atau masih in the blues melangkah masuk ke tahun baru 2012, Tahun Naga. Harap-harap tahun ini membawa keamanan, kesihatan, kemakmuran dan rezeki kepada kita semua.
Saya bermain dalam satu flt dengan Haji Rahim, Dato' Amin dan Dato' Tairobi. Sangat menggembirakan bermain dengan gentlemen golfers yang tahu adab sopan golf. Ketiga-tiga mereka main dengan baik sekali. Dato Tairobi yang absent selama 2 bulan pun dapat menyaingi Dato Amin dan Hj Rahim hinggakan Dato Amin komen "kalau kita nak main baguih absentlah 2 atau 3 bulan dari bermain golf". Kepuasan yang saya dapat ialah dapat pukul jauh dengan driver ‘Onn Off’ sumbangan Dato Nawi Alias .Terima kasih Dato.
Bagitulah orang handcap tinggi, Pukul jauh tak semesti dapat par atau birdie. Kita kecundang berdekatan green atau ditepi green atau diatas green.
Beruntung bagi orang yang dapat bemain dengan Hj Rahim sebab beliau akan membantu dalam kiraan kawan kawan nya. Janganlah salah kira,. sengaja atau tidak, dia akan correct you on the spot. Jangan juga rasa dia tidak memandang anda, tidak kira anda pukul bola dimana dia tetap nampak. Kalau anda cuba kalih kalih bola walau pun bersebab tanpa kebenaran pemain yang lain anda akan ditegor. Jadi jangan marah padanya sebab itu kesalahan anda. Syabas Hj Rahim. Saya harap semua pemain SETIAKAWAN mempunyai etika permainan golf yang betul. The Golf Rules make the game interesting. Play the ball as it lies and count your score as it is.
Keputusan permainan Mingguan adalah saperti dipamirkan:



SETIAKAWANGOLF terus teguh sebab silatulrahim antara kita,saling menghormati. Kini SETIAKAWANGOLF menjadi lebih besar sebab kita menerima siapa saja, Tak kira agama, bangsa, kerja, pangkat, fahaman dll. Bila persatuan menjadi besar ada pula masaalah dan ragamnya yang tersendiri. Nasihat saya marilah kita kukuhkan silatulrahim melalui SETIAKAWANGOLF dengan pergaulan yang baik. Beri lah senyuman, tegoran dan salaman kepada semua kawan kawan kita. Bila bersalam pandanglah muka. Kalau kita dapat kekalkan budi bahasa sebagini SETIAKAWANGOLF akan dikasihi, disegani dan dihormati bukan saja oleh kita sendiri tetapi juga orang luar.

Semoga SETIAKAWANGOLF terus kukuh. Selamat Tahun Baru.

Salam Hormat
MJHim

Saturday, January 7, 2012

HANDICAP SETIAKAWANGOLF BAGI BULAN JANUARI 2012


Memang tiap tiap bulan handicap kita di semak atau direview. Naik ke, turun ke atau kekal. Terpulang kepada pencapaian masing masing. Kita dah masuk ke tahun 2012. Tahun baru, azam baru. Moga moga handicap baru juga.
Handicap baru ni mengikut Panglima Handicap kita, Dato Amin Salleh adalah mengikut sistem baru yang diubahsuai. Sistem ni lebih tepat dan lebih adil. Saya akan cuba menerangkan nya dalam posting lain selepas mendapat pengesahan dari nya. Sebenarnya dia telah menerangkan secara lisan pada mesyuarat AJK SetiakawanGolf pada 5 Jan 2012. Tapi oleh sebab perkara tu banyak perangkaan nya, lebih baik saya tunggu secara bertulis baru saya poskan. Kang silap – melonjak lak members sekelian.
Handicap kita bagi bulan Januari 2012 saperti dipamirkan dibawah ini.




Congakan Panglima Handicap














Salam