Saturday, July 16, 2011

PERMAINAN MINGGUAN SETIAKAWANGOLF DINILAI SPRINGS GOLF AND COUNTRY CLUB PADA 13 JULAI 2011






Kira nya minggu ni kita bermain golf sebagai ‘practise round’. Ditempat yang dipilih untuk pertandingan ‘SESTRO’. SetiakawanGolf Stableford Trophy. Sesuatu nya pertandingan yang mengikuti perkiraan secara stableford. Pada mulanya dirancangkan di Tasik Putri, tetapi selepas tinjauan diadakan oleh Pengerusi SESTRO, Dato Mokhtar Perman dengan beberapa member lain, didapati gelanggang itu tidak memenuhi keperluan kita. Jadi kita menukar venue ke Nilai Springs G&CC. Tempat yang kita biasa. 9 flight kesemua. 36 members. Ramai tu. Ini tarikan SESTRO lah ni.
Semasa registeration, saya dikenalkan kepada member baru. Nama nya Hj Hussin bin Dos Mohamad. Handicap 17. Kukuh lah tu. Anyway, Selamat Datang diucapkan kepada Hj Hussin. Semasa membayar RM 120 untuk bayaran biasa kita, RHM juga menunggu satu pembayaran. Rupanya deposit RM 50 untuk SESTRO. Maklumlah kita perlu ada modal nak buat tempahan untuk minggu depan.




Pada hari tu kita bermain diMango dan Island. Shotgun start. Baik nya shotgun start ni, kita mula hampir sama masa dan memenuhi hampir keseluruhan course. Kiranya smooth running lah ni. Dijangka kita akan habis pada masa yang sama. Rupanya tak bagitu. Bila sampai di Lubang 10, Island 9, ada Flight No 7 & 8. Rupanya mereka terpaksa menunggu flight kumpulan lain yang telah diselitkan bermain celah kumpulan kita. Banyak lah bunyi rungutan. Saya jangka pihak AJK kita ambil maklum dan akan cuba menyelesaikan ‘glitch’ sebagini. Hari panas terik.

Bila selesai terjelir lidah. Kehausan. Kita lunch di Restoran D’ Attap diNilai. Yang ada gambar Rashid Sidek tu. Dia punya kote. Nak kesana kena bersabar sikit. Selesai mandi dan berpakaian bersih kita pun ke restoran tu.
Sampai je, saya mintak air. Air teh kosong sejuk. Wah nikmat nya. Baik tempat ni, kita makan 4 orang untuk satu hiding. Asal cukup 4 orang staf akan menghidang. Tak tertunggu tunggu sangat. Sedap makanan nya. Ada ikan kembong asam pedas, ayam masak siam, sayur dan ikan pari kari. Semua nya masak dalam foil. Masih panas. Tambah selera lah kita.
Selesai makan kita adakan acara penyampaian hadiah. Duit pool lah tu. Pemenang pemenang kita adalah saperti dipamirkan:



































Selesai pembahgian hadiah jawatankuasa bersidang.
Pokok perbincangan sudah tentunya SESTRO 2/2011. Oleh sebab Presidente takde, perbincangan dipengerusikan oleh Dato Vice Presidente.
Oleh sebab banyak factor yang perlu diambil kira dalam menganjur pertandingan pada masa itu kos pertandingan masih belum ditetapkan. Perkara perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk:
a. Kos green fees. Lain tempat lain harganya. Pada hari tu kita telah menetapkan venue nya di Nilai Springs.
b. Berapa caddy untuk disediakan. Ada yang kata satu caddy untuk satu flight saje sementara member macam saya mencadang sekurang kurang nya satu caddy untuk satu buggy. Penekanan saya ialah ini competition dan pemain mesti berada dalam keadaan tenang dan tenteram. Caddy dapat membantu.
c. Berapa hadiah nak disediakan. Apa jenis hadiah nak disediakan. Cash ke in-kind.
Apa yang diputuskan ialah kos memasuki pertandingan sebanyak RM 150.00 tiap tiap pemain. Satu caddy akan disediakan untuk satu buggy. Hadiah bercampur campur, cash dan bola. Hanya members yang telah menyertai permainan kita sebanyak 3 kali dan lebih boleh menyertai. Aturcara yang ditetapkan pada hari itu, hari Rabu 20 Julai 2011, ialah:

Convenor kita RHM akan mengemaskinikan perkembangan SESTRO 2/2011 dari masa kesemasa.

Salam.
Setiakawan Bertanding SESTRO sekali lagi.




ps: Pas ni cerita SESTRO lak.

Wednesday, July 6, 2011

PERMAINAN GOLF MINGGUAN SETIAKAWANGOLF PADA 22 JUNE 2011 DI BUKIT UNGGUL GOLF & COUNTRY CLUB.




Mengikut SMS RHM pada 21 Jun, “We got 7 full flights”. Diikuti pul;ak dengan “Mej Saadon hasrat adakan Doa Selamat, Justeru beliau jemput lunch dirumahnya”.
Tak pasti lak, 7 flights ni pasal memang nak bermain di Bukit Unggul ke atau jemputan Mej Saadon. Tapi saya akur bahawa jemputan ni datang nya selepas kita tetapkan venue kita. Jadi secara kebetulan lah bgitu ramai mendaftar untuk main pada hari tu. Kira nya Mej Saadon ni memang dengan rela hati menjemput kita. Kerap sangat. Naik segan lak. Jadi Terima Kasih kita ni kepada beliau dan isteri berpanjangan.
Tiba dikelab pada pagi 22 Jun tu, saya ke Meja Pendaftaran. Saya dikenalkan kepada 2 member baru iaitu Saudara Ismi Mohd Nasir dan Dato Fauzi Shaari.
Kawan Hj Rosli Deli. Welcome kepada Saudara berdua.









Saya, Dato Ghani, Tan Sri Hashim Meon dan Dato Tairobi Razak tee off di Tee Box 10. Par 5, Dapat bogey disitu. Bagitu juga diLubang 11, par 4. Bogey juga. Bulls Eye di Lubang 14.Par 3 110 meter. Pakai 8 Iron. Hampir masuk bulatan tapi Miss sikit. ‘A Miss Is As Good As A Mile’.
Nampaknya kena tunggu minggu depan lak.












Kita selesai hampir jam 1.00, mandi dan berkemas dan terus ke rumah Mej Sardon K.

Disana dah ramai kawan berada termasuk kawan kawan lain semasa dalam tentera dulu. Seronok jumpa mereka.












Hidangan pun yang lazat lazat. Berselera kita makan. Selesai makan acara pemberian hadiah. Hadiah disampaikan oleh Tuan Rumah Mej sardon K. Pemenang pemenang kita pada hari itu adalah saperti dipamirkan:





Selesai pemberian hadiah, members pun beredar pulang. Yang tunggu lagi ialah jawatankuasa yang berbincang beberapa perkara termasuk:
a. Pertandingan SESTRO bagi tahun 2011.
b. Perlantikan Dato Mokhtar Perman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SESTRO. Tahniah Dato.
c. Tinjauan pada 27 Jun 2011 ketempat dirancang pertandingan SESTRO. Course yang dirancang ialah diTasik Putri G&CC.
Selesai berbincang kami pun bersurai dengan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada Sardon dan isteri, Mas. Semoga Saudara Sekeluarga diberkati Yang Maha Esa Sentiasa.
Salam
Setiakawan ke Tasik Putri Lak.
ps: Saya akui banyak lagi berita yang belum diposkan termasuk Weekly Outings di Nilai Springs pada 29 Jun, Ranking bagi bulan Mae, Jun dan juka handicap untuk bulan Julai. Bersabar. Akan saya usahakan.

SETIAKAWANGOLF HANDICAP BAGI JULAI 2011