Saperti biasa kebanyakan aturan dilaksanakan oleh Raden Hamzah Masood (RHM). Banyak lah SMS diterima. Pertama nya untuk menyiarkan berita tentang pertandingan ini, selepas tu memujuk penyertaan dari members, diikuti dengan syarat syarat pertandingan, mengemaskini akan penyertaan, aturan sarapan dan makan tengah hari dan akhir sekali ingatan sekali lagi butir butir pertandingan termasuk masa tee off. Kali ni shotgun start. Ini juga bermakna semua kena datang awal, menikmati sarapan dan bergerak ke tee box yang telah ditetapkan.
SMS yang diterima pada 26 Sep berbunyi “ Got 12 flights for SEBTRO. Damage RM 130 (G’fee + buggy + Ins + B’fast + lunch + I caddy per flight + lots of prizes + hole in one) Hole in one bagi all the par 3’s.
SMS terkini pada 28 Sep berbunyi “ Good networking, right strategy & strong negotiations enable us to obtain shotgun start . Tapi impian ku esok bukan nak jadi JUARA tapi we should tee off 0800 hrs.
Sibuk betul Convenor kita. Itu yang kita tahu. Sebalik ini entah apa lagi yang beliau perlu hadapi dan mengalami. Kita cuma mengiktiraf akan penglibatan nya.
Di foyer Kinrara GC kelihatan sebuah meja. RHM dah ada dah. Ada pembantu, Untuk mendaftar, membuat pembayaran, dapatkan score card, mengetahui kumpulan dalam flight dan yang penting - tee off dari tee box berapa.
Sarapan telah pun disediakan. Ramai members dah ada.
Good Luck.
Kita selesai main lebih kurang jam 1.00 t/hari. Letih. DiChanging Room duduk dulu dan menikmati hawa dingin. Nak sejuk kan badan sabelum mandi. Selesai mandi dan setelah makeup semua, naik ketingkat atas. Bilik Kinrara 1. Disitu kita akan makan tengah hari dan menyempurnakan pembahgian hadiah. Kelihatan members dan mula menikmati makan tengah hari.
Seterusnya Dato Presidente telah berucap kepada semua.
Tahniah diucapkan kepada Che Gu Nasir.
Bagi Longest Drive. Aziz Norman dapat diLubang 9, sejauh 200 meter. DiLubang 15 lak, Dato Sanusi menyerlah dengan 215 meter.
Saya rasa pertandingan kita kali ni berjalan dengan lancar dan members berseronok. Kita berkawan; kita berlawan. Siapa baik dia menang. Akhir hari kita masih Setiakawan. Akan ada lagi pertandingan dimasa masa mendatang. Siap badan dari sekarang.
Selesai majlis penyampaian hadiah, jawatankuasa telah mengadakan perbincangan.
a. Penghargaan olih Dato Presidente dan AJK kepada RHM keatas sumbangan nya menjayakan SEBTRO.
b. Oleh sebab hadiah Hole-In-One berupa jam tangan telah tidak dimenangi oleh sesiapa maka hadiah tersebut ditwarkan sebagai hadiah pada pertandingan pertandingan yang diiktirafkan oleh SETIAKAWANGOLF.
c. AJK dimaklumkan bahawa Mej Sardon ada menjemput makan tengah hari cum Rumah Terbuka Hari Raya pada minggu depan. Itu pun kalau kita bermain diBukit Unggul pada hari Rabu akan dating. Convenor sedang mengaturnya. Jadi members standby bermain di Bukit Unggul.
d. Pergerakan members Setiakawan keJogjakarta dibincangkan. Perkara sekarang dalam peringkat akhir. Secara ringkas nya bergerak keJogja pada 24 Oktober. Bermain golf sehingga pulang pada 29 Oktober. Mengikut perkembangan masih ada kosong 2 pax lagi untuk golfers. Ada yang berminat? Hubungi RHM segera.
e. Satu rombongan bermain golf dirancang pada 30 Nov dan 01 Disember. Kali ini rancangan kita adalah keIpoh dan Taiping. Pada 30 Nob bermain diMeru Valley diIpoh, selesai bermain bergerak ke Taiping, jamuan barbeque diTaiping. Bermalam diWisma Pegawai atau diresort Bkt Jana. Keesokan harinya bermain golf di Bukit Jana. Pulang pada petang 01hb Dis. Rancangan ini masih diperingkat awal dan beberapa pendekatan sedang difikirkan oleh Convenor. Members akan dimaklumkan perkembangan.
Selesai perbincangan kami pun beredar pulang.
Salam.
Setiakawan Ke Jogjakarta lak.